Cara Mohon PerantiSiswa Keluarga Malaysia Peranti Percuma Untuk Pelajar IPT
Permohonan PerantiSiswa 2022 Tablet Percuma Bagi Pelajar IPT
Berita baik buat semua pelajar B40 di Institusi Pengajian Tinggi (IPT), kerajaan akan memberikan tablet pecuma di bawah program PerantiSiswa Keluarga Malaysia. Ianya telah diumumkan sebelum ini di dalam Bajet 2022. Melalui program ini, sebanyak RM450 juta diperuntukkan untuk memberi manfaat kepada 600,000 mahasiswa IPT yang merupakan daripada keluarga B40. Manfaat tersebut adalah menyediakan sebuah tablet kepada setiap pelajar B40 di IPT.
Bantuan ini semestinya memudahkan urusan semua pelajar yang layak agar lebih selesa dan kondusif untuk belajar. Menurut Kementerian Komunikasi dan Multimedia, mereka telah pun memperoleh data berkaitan daripada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) iaitu senarai nama pelajar golongan B40 yang sudah berdaftar. Ianya boleh dikenal pasti apabila pemohon memasukkan nombor kad pengenalan serta nombor matriks melalui sistem yang disediakan.
TERKINI: Permohonan Fasa 2
Permohonan Peranti Siswa Keluarga Malaysia akan dibuka sekali lagi iaitu Fasa Kedua bermula 1 Ogos hingga 30 Sept ini. Permohonan Peranti Siswa fasa kedua ini turut libatkan pelajar IPG dan kolej matrikulasi di bawah KPM.
– Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa –
Permohonan PerantiSiswa Keluarga Malaysia Tablet Percuma Bagi Pelajar IPT
Berikut adalah maklumat lanjut mengenai PerantiSiswa Keluarga Malaysia seperti cara mohon, syarat kelayakan dan sebagainya.
Apa Itu Pakej PerantiSiswa Keluarga Malaysia?
PerantiSiswa Keluarga Malaysia adalah inisiatif kerajaan dengan kerjasama syarikat telekomunikasi terpilih bagi membekalkan sebuah peranti ‘tablet’ kepada setiap pelajar B40 di IPT. Program ini dijangka akan memberi manfaat kepada kira-kira 600,000 pelajar di seluruh negara.
Syarat Kelayakan
Antara mereka yang layak menerima inisiatif ini adalah:
- Pelajar IPT yang berada dalam kelompok keluarga B40 iaitu keluarga yang mempunyai purata bulanan pendapatan seisi rumah di bawah RM4,850 layak memohon
- Melibatkan peringkat pengajian diploma, diploma lanjutan dan ijazah sarjana muda daripada Universiti Awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti dan IPT Swasta (IPTS) di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).
Tarikh Permohonan
Untuk memohon program ini, pelajar yang layak hendaklah mendaftar permohonan mulai tarikh di bawah:
- Mulai 15 April 2022 (Jam 8 pagi)
Nota: Sekiranya ada pelajar tercicir daripada senarai permohonan, mereka masih boleh memohon dan ia dikategorikan sebagai kes rayuan.
Tarikh Pengagihan Peranti
Setakat dimaklumkan, pengagihan peranti akan dibuat bermula pada minggu kedua Jun 2022.
Sesi pengagihan akan dibuat dalam dua sesi iaitu:
- Fasa 1 : Hujung Ogos / September 2022. Membabitkan 60 peratus daripada jumlah keseluruhan penerima dan ia diutamakan diutamakan kepada pemohon yang mempunyai data yang lengkap.
- Fasa 2 : Hujung Oktober / November 2022. Bagi kes rayuan (agihan ini tidak lewat daripada 60 hari selepas sesi pertama)
Cara Mohon
Untuk memohon, para pelajar perlulah melayari portal rasmi PerantiSiswa seperti pautan berikut:
- Layari Portal Rasmi PerantiSiswa
- Klik Daftar Pengguna
- Lengkapkan maklumat yang dikehendaki untuk tujuan pendaftaran dan klik Daftar
- Skrin berjaya daftar pengguna baharu akan dipaparkan setelah proses Daftar di hantar
- Notifikasi akan dihantar kepada e‐mel pemohon untuk tujuan pengesahan Pendaftaran Akaun Baharu dan klik Aktifkan Akaun
- Log Masuk menggunakan Alamat E‐mel dan Kata Laluan yang telah didaftarkan dan klik Log Masuk
- Skrin Borang Permohonan PerantiSiswa akan dipaparkan, semak dan lengkapkan Borang Permohonan PerantiSiswa yang wajib di isi
- Pilih Perakuan Pelajar dan klik terma dan syarat
- Skrin notifikasi ini dikeluarkan secara pop‐up berkaitan terma dan syarat.
- Pilih Perakuan Pelajar dan klik Hantar Permohonan
- Skrin notifikasi ini dikeluarkan secara pop‐up bagi mengingatkan pemohon agar memastikan maklumat permohonan yang dimasukkan adalah tepat dan lengkap. Sila klik butang Ya untuk meneruskan permohonan atau klik butang Tidak untuk membuat pindaan permohonan
- Skrin pengesahan akan dipaparkan setelah permohonan didaftarkan. Klik Cetak/Simpan untuk simpanan
- Cetak borang permohonan untuk simpanan
- Skrin notifikasi ini dikeluarkan secara pop‐up untuk keluar dari Sistem https://perantisiswa.kkmm.gov.my. Sila klik butang OK untuk keluar dari sistem atau klik butang BATAL untuk kekal diskrin
Cara Semak Status Keputusan
Untuk membuat, para pelajar perlulah melayari portal rasmi PerantiSiswa seperti pautan berikut:
- Layari Portal Rasmi PerantiSiswa
- Log Masuk dan Klik Setuju
- Setelah tekan setuju, tarikh untuk mendapatkan peranti tersebut akan ditunjukkan namun masa untuk mengambil masih belum ditetapkan.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut rujuk pautan di bawah atau sila hubungi perincian di bawah sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut:
- Soalan Lazim
- Manual Pengguna
- Terma & Syarat
- Emel : helpdesk.upps@kkmm.gov.my
- Telefon : 03-8911 5351 / 03-8911 5258 / 03-8911 5265 / 03-8911 5188
Sebarang maklumat terkini akan dikemaskini dari semasa ke semasa setelah diumumkan lanjut oleh pihak kerajaan.