TeknologiCara Mudah

Kenapa Perlu Pakai Alat Elektrik 5 Bintang Cekap Tenaga? Ini Cara Semak Perkakas Elektrik Jimat Tenaga 5 Star Rating

Cara Semak Perkakas Elektrik Cekap Tenaga Melalui Suruhanjaya Tenaga

Setiap kali dapat bil elektrik, korang mesti takkan fokus sangat dekat perkakas elektrik jimat tenaga dan mana yang guna banyak tenaga. Sebaliknya, korang akan hanya tengok amaun yang perlu dibayar, dan terus bayar je tanpa tahu berapa banyak tenaga elektrik yang dah digunakan. Selama ni, korang mungkin akan beli perkakas elektrik yang paling murah je. Tapi nak tahu tak, sebenarnya, setiap perkakas elektrik ni ada ratingnya yang tersendiri, dan makin tinggi rating perkakas tu, makin banyak tenaga elektrik dapat dijimatkan. 

Sumber Gambar TNB

Gambar logo rating jimat tenaga boleh tengok contoh seperti di atas. Di negara kita, antaranya terdapat 4 perkakas elektrik jimat tenaga yang akan ditampal dengan label kecekapan tenaga yang diiktiraf oleh Suruhanjaya Tenaga. Label kecekapan tenaga ni datang dalam bentuk bintang, jadi makin tinggi bintang, makin banyak tenaga yang dapat dijimatkan.

4 Perkakas Elektrik Jimat Tenaga yang Mempunyai Label Kecekapan Tenaga

Kebanyakan perkakas elektrik jimat tenaga yang dilabelkan dengan 5 bintang, harganya mungkin akan menjadi lebih mahal sedikit dan membuatkan korang berfikir dua kali juga sebelum nak beli. Tapi kalau kira-kira kos jangka panjangnya, ternyata perkakas elektrik yang tinggi rating adalah lebih menjimatkan.

Peti Sejuk

Sumber Gambar Twitter

Antara perkakas elektrik jimat tenaga 5 bintang yang korang wajib beli adalah peti sejuk. Ini kerana, peti sejuk ni korang akan pasang 24 jam sehari, setiap minggu, malah akan dibiarkan terpasang sepanjang tahun! 

Penggunaan peti sejuk biasa (3 bintang) akan menggunakan tenaga sebanyak 1242kWh manakala peti sejuk yang jimat tenaga (5 bintang) pula hanya menggunakan sebanyak 993kWh. Maksudnya, dalam setahun, korang boleh jimat sebanyak RM95.94!

Nanti masa nak beli peti sejuk 5 bintang, pastikan dah bertanya pada penjual, kapasiti mana yang sesuai untuk keluarga korang gunakan. Kalau keluarga yang kecil atau yang selalu makan luar, tak perlulah nak beli peti sejuk 600L pula kan.

Televisyen

Sumber Gambar Carousell

Antara tips jimat semasa menggunakan TV yang korang tahu adalah menutupnya kalau tak ada orang tengok. Tapi walaupun korang dah amalkan cara ni, TV tersebut masih menggunakan tenaga elektrik kerana plagnya masih terpasang. Menurut Pihak Berkuasa Pembangunan Lestari (SEDA) Malaysia, TV akan gunakan 2.2 Watt setiap jam plagnya terpasang pada soket. Bayangkan, berapa banyak tenaga yang digunakan secara senyap-senyap.

Sebab tu lah korang kena tukar TV korang kepada TV 5 bintang yang hanya menggunakan 133kWh dalam setahun, berbanding 325kWh untuk TV 3 bintang. Korang boleh jimat sebanyak RM73.98 dalam setahun.

Kipas

Sumber Gambar Shopee

Kadang-kadang, kita susah nak tutup kipas sebab nak udara mengalir dengan baik dalam rumah. Kalau tak nanti rasa terperap je dalam rumah kalau tutup kipas. Kalau nak buka pintu pula, takut makin banyak habuk masuk dalam. Semua benda ni dah tak payah fikir dah kalau korang gunakan kipas jimat tenaga. Kalau kipas 3 bintang akan gunakan 168 kWh setahun, kipas 5 bintang pula hanya gunakan 141 kWh setahun dan jumlah yang dapat dijimatkan dalam setahun, RM 10.40. Itu baru sebuah kipas. Kalau di rumah korang ada 4 kipas, dah dapat jimat RM41.60 setahun.

Pendingin Hawa

Sumber Gambar Shopee

Malaysia ni memang kita kenali dengan dua cuaca je, sejuk dan panas. Dan kebanyakan harinya lebih banyak panas terik, kadang-kadang bahangnya sampai ke malam! Walaupun kipas dah pasang paling laju, pun kita akan tidur dalam keadaan berpeluh juga. Ramai yang tak nak beli aircond sebab takut bil elektrik melambung tinggi. Tapi kalau korang gunakan dengan cara yang betul, dan aircond yang digunakan pun bertaraf 5 bintang, bil elektrik korang takkan jadi mahal pun.

Bayangkan, aircond 3 bintang akan gunakan 2520 kWh setahun. Tapi aircond 5 bintang pula hanya gunakan sebanyak 1800 kWh tenaga elektrik untuk setahun. Dan jumlah yang korang boleh jimat mencecah RM 277.42 setahun, untuk satu aircond!

Macam Mana Nak Tahu Perkakas Elektrik yang Kita Beli Tu 5 Bintang?

Kalau beli dekat kedai, memang kita akan nampak perkakas elektrik yang dilabel dengan 4 atau 5 bintang. Tapi macam mana nak beli online? Penjual tu boleh je tipu kan? Jangan risau, ada cara nak periksa, sama ada perkakas elektrik tu berapa bintang.

  • Mula-mula korang boleh ke laman web INI.
  • Di bahagian MEPS Appliance, korang boleh pilih kategori, brand, dan rating sesuatu perkakas tu. Kemudian klik Search.

  • Nanti boleh nampak senarai perkakas elektrik dengan rating 4 atau 5 bintang yang korang beli sebelum tebus baucar RM200 tu.

Senang je kan sebenarnya nak jimat elektrik ni? Selain daripada menggunakan perkakas elektrik jimat tenaga, ada beberapa cara lagi yang korang boleh buat untuk jimat tenaga elektrik. Kalau nak tahu, boleh baca tipsnya di SINI.

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button