Apa Perlu Buat Bila Diberhentikan Kerja? Antaranya Semak Notis Berhenti Kerja Sama Tak Dalam Kontrak
Perkara Perlu Buat Jika Diberhentikan Kerja
Pandemik yang melanda telah memberi kesan yang buruk kepada kita semua antaranya diberhentikan kerja. Dari segi kehidupan seharian yang memerlukan kita untuk mengadaptasi dengan norma baru, sehinggalah dari segi ekonomi yang membuatkan banyak syarikat yang terpaksa ditutup. Selain itu keadaan ekonomi yang tidak menentu juga boleh menyebabkan kita kehilangan pekerjaan.
Penularan wabak Covid dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) iaitu bagi mengurangkan penularan jangkitan dalam masyarakat. Pkp ini ternyata memberi impak kepada ekonomi Malaysia, malah lebih teruk daripada zaman kegawatan ekonomi pada tahun 2008 dulu. Pada 2 Jun 2020, sebanyak 12.7 juta rakyat Malaysia menganggur, dan nombor itu dianggarkan akan menaik sehingga 2 juta orang lagi.
Akibat daripada ini, banyak syarikat yang terpaksa mengambil seberapa banyak langkah yang diorang boleh untuk memastikan kelangsungan syarikat masing-masing. Ini termasuklah dengan cara memotong gaji, memansuhkan kerja lebih masa dan elaun, mengurangkan waktu kerja, sehinggalah langkah terakhir, mengurangkan tenaga kerja dengan cara memberhentikan mereka.
Apa yang Korang Boleh Buat Kalau Diberhentikan Kerja?
Diberhentikan kerja dan kehilangan satu-satunya punca pendapatan tanpa dijangka boleh menyebabkan tekanan kepada ekonomi dan emosi seseorang. Malah, pemberhentian kerja juga boleh membawa kepada masalah kesihatan yang lain seperti stres dan kemurungan.
Di bawah ni adalah langkah-langkah yang perlu dilakukan secepat mungkin selepas diberhentikan kerja, supaya korang boleh mengawal situasi dan ekonomi sendiri dengan sebaiknya.
1. Duduk Sebentar dan Cuba untuk Bertenang
Sumber Gambar Glints
Adalah sesuatu yang normal untuk rasa terkejut, marah, sedih, kecewa, dan 1001 emosi yang lain. Lagilah kalau ia dilakukan secara tiba-tiba. Cuba untuk tenangkan diri korang dan tarik nafas dalam-dalam. Setiap orang ada cara diorang yang tersendiri untuk menghadapi berita buruk ni. Ada yang menangis, ada yang memandu seorang diri tanpa hala tuju, dan ada juga yang meluahkan apa yang dirasai kepada keluarga atau kawan yang dipercayai. Befrienders KL adalah satu platform yang baik untuk meluah kalau korang tak ada sesiapa.
2. Semak Notis Berhenti Kerja Sama Dengan Kontrak
Yang ini mungkin ramai terlepas pandang sebab bila kita mula bekerja, kita akan ditawarkan kontrak atau perjanjian pekerjaan dengan sesebuah syarikat tu. Dekat situ ada tulis notis berhenti kerja sama ada 24 Jam, seminggu ataupun sebulan. Sekiranya dalam kontrak tu tulis notis sebulan tetapi korang diberhentikan kerja serta merta, korang berhak mendapat pampasan seperti sebulan gaji dan sebagainya. Kalau syarikat tersebut melanggar kontrak maka korang boleh saman mereka.
3. Kenal Pasti Komitmen Kewangan
Bila sumber utama kewangan dah tak ada, korang kenalah semak balik perbelanjaan dan komitmen kewangan bulanan. Semak semula bajet bulanan dan tengok kalau ada apa-apa bahagian yang boleh dijimatkan. Contohnya wang minyak ke tempat kerja boleh beli barang makanan secara jimat.
Baca Juga : Cara Jimat Beli Barang Dapur
Korang bukan setakat kena pandai merancang kewangan bulanan je, tapi kewangan untuk masa depan pun kena fikir juga. Macam mana kalau benda yang sama berlaku untuk 5 ke 6 tahun akan datang? Adakah korang mempunyai simpanan yang cukup untuk sara sekeluarga sementara mendapat kerja baru? Semua benda ni korang dah kena mula fikir. Sebab itu korang perlu cari kerja baru secepat mungkin.
4. Tuntut Manfaat SIP – Elaun Percuma Sekiranya Diberhentikan Kerja
Manfaat Sistem Insurans Pekerja ni dikendalikan oleh PERKESO, yang membantu orang-orang yang diberhentikan kerja. Kalau korang diberhentikan kerja atau dipaksa untuk berhenti, korang boleh baca langkah-langkah untuk tuntut manfaat SIP tu dengan lebih jelas lagi di SINI. Apa yang penting adalah korang kena lakukannya dalam tempoh 60 hari selepas diberhentikan kerja.
5. Kemas Kini Resume dan CV
Sumber Gambar Half the Sky
Pastikan korang cepat-cepat kemas kini resume dan CV. Pastikan juga profil LinkedIn dah up-to-date, supaya perekrut kerja tahu yang korang sedang mencari kerja. Selain daripada laman web yang khusus untuk mencari kerja seperti JobStreet dan Indeed, korang boleh juga cari kerja di media sosial seperti Facebook atau Twitter. Cara dia rujuk panduan di pautan di bawah ini.
6. Kekal Positif dan Proaktif
Kehilangan kerja bukanlah sesuatu yang menyeronokkan, lagi-lagi ketika wabak yang tengah melanda. Tapi tak boleh juga kalau korang asyik meratap nasib dan sentiasa berfikiran negatif tanpa buat apa-apa yang boleh membantu. Jadi, langkah terbaik adalah untuk sentiasa berfikiran positif dan optimistik, sebab boleh jadi nak dapat kerja baru tu akan mengambil masa yang lama.
Sementara nak tunggu dapat kerja baru tu, korang boleh cuba buat kerja sambilan sebagai freelancer ke, atau buat dropship pun boleh. Sebenarnya banyak kerja sampingan yang korang boleh buat sendiri, orang kata self-employed. Antaranya boleh baca di SINI