Ramai nak balik kampung ke tu? Mesti seronok kan pulang ke kampung halaman setelah berapa lama tak balik. Ada juga yang ambil cuti lama untuk melancong di pusat peranginan dalam negara mahupun di luar negara. Seronok-seronok juga tapi jangan lupa untuk buat beberapa perkara ini sebelum tinggalkan rumah lama. Bukan apa, untuk lebih selamat daripada perkara-perkara yang tak diingini berlaku.
Kalau balik kampung atau bercuti mestilah semua pergi sekali kan dan rumah yang ditinggalkan kosong. Bila rumah dibiarkan kosong lama ni macam-macam kemungkinan boleh berlaku seperti berlaku kebakaran ataupun dipecah masuk. Ye lah sebab tak ada siapa nak tengok kan rumah kan. Kalau jiran-jiran ada boleh lah tengok kan, tapi kalau semua pun balik kampung atau bercuti susah juga.
Perkara Perlu Buat Sebelum Balik Kampung Atau Bercuti Dan Tinggalkan Rumah Lama
Jangan risau, tak jadi masalah pun kalau korang tinggalkan lama rumah tu cumanya perlu buat beberapa langkah berjaga-jaga untuk pastikan semua ditinggalkan dalam keadaan selamat. Ini antara beberapa perkara tersebut:
1. Tutup suis dan cabut plug elektrik
Sumber Gambar Maukerja
Perkara ni adalah benda wajib yang korang patut check sebelum tinggalkan rumah. Pastikan dah tawaf satu rumah untuk tengok semua suis elektrik telah dimatikan dan plug-plug juga ditanggalkan. Yang paling penting antaranya adalah suis seterika dan suis penapis air. Bukan apa sebab benda elektrik yang ada unsur pemanas ni kalau korang terlupa tutup silap-silap boleh terbakar rumah. Kalau plug biasa pun boleh berlaku litar pintas sehingga terbakar rumah, sebab itu seeloknya tanggalkan sahaja semua plug yang tak pakai.
Tapi plug peti sejuk korang jangan pula cabut atau tutup, nanti balik satu kerja pula nak bersihkan peti sejuk sebab barang semua rosak dah. Untuk lampu pula, korang boleh lah buka satu atau dua lampu di luar ataupun dalam agar tak adalah rumah gelap langsung bila malam. Sekurang-kurangnya kalau pencuri masuk orang lain boleh nampak kan. Lagi bagus kalau korang ada lampu yang boleh set timer dia tu.
2. Tutup Paip Air
Sumber Gambar Khalifahmedianetworks
Kadang-kadang ada yang tadah air dalam besen sampai lupa nak tutup semula. Lagi-lagi kalau getah tu panjang ke dalam baldi, memang tak bunyi seperti air masih terbuka. Jadi untuk lebih selamat, check semua paip air pastikan tertutup sebelum keluar meninggalkan rumah. Kalau rumah ada gangguan bekalan air pun korang wajib buat ni. Sebab kadang-kadang kita biarkan paip terbuka sebab tak ada air, sekali waktu kita tak ada kat rumah bekalan air pulih semula. Memang boleh banjir satu rumah dibuatnya nanti.
3. Buang Sampah & Basuh Pinggan Mangkuk
Ini mungkin korang tak perasan juga, ye lah masing-masing sibuk kemas baju kadang-kadang tak pergi dapur sebab lupa. Sampah dapur tu yang paling bahaya sebab kalau ada sisa-sisa nasi ke memang biar dua tiga hari je boleh berulat nanti. Sama juga dengan pinggan mangkuk dalam sinki tu, pastikan korang basuh semua dulu kalau tak memang semut ulat datang lah nanti. Selain tu juga, sampah boleh meninggalkan bau yang busuk. Nanti kalau tak buang, balik semula ke rumah buka je pintu terus berbau satu rumah.
4. Tutup Api Dapur & Cabut Kepala Gas
Satu lagi perkara yang kadang kita terlepas pandang atau terlupa adalah mencabut kepala gas. Perkara ini adalah disarankan untuk korang buat apabila tidak berada di rumah dalam tempoh yang lama. Ini kerana ianya dapat mengurangkan risiko kebocoran dapur atau hos gas.
Sumber Gambar Facebook
5. Angkat Kain Jemuran
Jangan lupa angkat kain jemuran di ampaian luar rumah tu. Nanti kalau biar je tersidai kalau hujan ke ribut alamat melayang lah kain-kain korang tu.
6. Tutup Semua Tingkap & Kunci Pintu
Sumber Gambar Blogspot
Ini memang perkara paling penting sebelum meninggalkan rumah. Kunci semua pintu dan pastikan pintu tersebut rapat dan mangga yang digunakan ketat atau elok lagi. Yang selalu ramai lupa adalah tutup tingkap sebab ada banyak di rumah tu kan. Jadi sebelum keluar rumah check dulu semua rapat ke tidak. Kalau hujan boleh tempias basah nanti, dan lagi bahaya pencuri boleh gunakannya sebagai laluan masuk.
7. Hidupkan CCTV & Alat Penggera Jika Ada
Sekarang ni zaman dah maju, CCTV atau kamera sekuriti boleh dipasang dekat rumah dengan harga dalam RM100 sahaja. Kalau rumah ada alat penggera pun pastikan dihidupkan. Bila dah pasang ni jangan lupa pula check dulu sebelum bergerak sama ada berfungsi atau tidak. Kalau tak sia-sia je pasang tapi tak berguna. Kalau ada cctv ni mudah untuk pantau keadaan rumah, kalau ada apa-apa kecurigaan boleh telefon je pihak polis minta mereka ronda di situ.
8. Pastikan Bawa Semua Barang Seperti Charger & Berus Gigi, Tak Perlu Beli Lagi
Kadang kita kemas-kemas ni benda yang penting tu lah lupa nak bawa contohnya macam pengecas telefon. Ini lah benda yang kalau tak ada susah nanti ye lah nak telefon orang lain pun tak boleh sebab bateri tak ada. Berus gigi pun salah satu benda yang selalu kita lupa bawa. Dah nak kena beli yang baru dekat kedai pula rugi je duit yang kita boleh pakai untuk benda lain sebenarnya.
9. Pastikan Haiwan Peliharan & Makanannya Mencukupi
Sumber Gambar Facebook
Buat yang ada bela haiwan peliharaan tu, jangan lupa pula tinggalkan mereka dengan sebaiknya. Contohnya kalau bela ikan dalam akauarium ke, pastikan letak makanan mereka secukupnya. Sama juga seperti kucing, anjing dan lain-lain. Kalau boleh minta tolong jiran jagakan pun boleh, kalau tidak hantar saja ke pusat penjagaan sementara seperti hotel kucing dan sebagainya
10. Maklumkan Pada Jiran Atau Polis
Ini juga merupakan satu cara paling selamat untuk tinggalkan rumah dalam satu tempoh yang lama iaitu bagitahu pada jiran atau polis. Bukan apa, senang sikit untuk minta tolong mereka tengokkan keadaan rumah jika ada sebarang aktiviti mencurigakan mereka boleh terus hubungi polis. Pihak polis juga boleh dimaklumkan sekiranya korang tidak berada di rumah dalam satu tempoh yang lama. Ini bagi memastikan mereka sedia maklum dan boleh meronda kawasan tersebut bagi mengurangkan risiko berlaku kejadian pecah masuk rumah.
Cara Lapor Polis Untuk Balik Kampung Menerusi VSP
Untuk membuat makluman kepada pihak polis apabila balik ke kampung dan rumah tiada penghuni, boleh rujuk cara berikut:
1. Muat turun aplikasi VSP – PDRM
2. Klik Daftar untuk pengguna pertama kali
3. Isikan maklumat diperlukan dan klik Dapatkan Kod
4. Masukkan Kod Keselamatan yang dihantarkan ke telefon bimbit dan pendaftaran berjaya.
5. Log masuk dan klik Balik Kampung
6. Isikan tarikh balik kampung dan maklumat lain dan tekan Hantar
7. Permohonan Berjaya. No. Rujukan akan dipaparkan
Dah buat semua ni barulah boleh tinggalkan rumah dalam keadaaan tenang dan tak perlu risau lagi. Bagi yang muslim boleh juga baca doa dan bertawakal pada Allah setelah melakukan semua tips ini. Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat untuk korang semua. Kalau nak tahu tips elakkan pencuri memasuki rumah boleh baca di SINI