KesihatanCara Mudah

6 Petua Hilangkan Sakit Gigi Di Rumah, Antaranya Mengunyah Bunga Cengkih!

Cara Hilangkan Sakit Gigi Di Rumah Tanpa Beli Ubat

Sakit gigi adalah antara sakit yang paling menjengkelkan, lagi-lagi kalau ia tiba-tiba datang pada waktu malam sebelum nak tidur memang pening fikir cara nak hilangkan sakit gigi tu. Rasa sakit gigi ni selalunya akan buat satu kepala berdenyut-denyut sampai tak boleh nak tidur. Nak pergi klinik gigi tengah-tengah malam buta mana ada yang buka kan? Nak beli ubat tahan sakit pun farmasi dah tutup. Jadi apa boleh buat? 

Korang tak perlu risau, sebab ada beberapa petua yang boleh diikuti untuk kurangkan rasa atau hilangkan sakit gigi hanya dengan menggunakan bahan-bahan yang boleh didapati di rumah saja. Petua-petua tersebut korang boleh baca di bawah ni:

6 Tips & Petua Hilangkan Sakit Gigi Guna Barang Ada Di Rumah Je

1. Kumur Air Garam

Sumber Gambar Suara

Cara ni adalah cara yang selalu orang guna setiap kali kalau diorang mengalami sakit gigi. Air garam sebenarnya mengandungi agen nyahkuman yang boleh mengurangkan keradangan yang dirasai di bahagian gigi dan gusi. Selain tu, apabila berkumur air garam, ia juga dapat membantu untuk menyingkirkan sisa-sisa makanan yang masih melekat di celahan gigi.

  • Kacaukan dua sudu garam ke dalam secawan air sehingga sebati.
  • Kumur selama 10-15 saat. Ulang beberapa kali sehingga air habis.

2. Pek Ais

Sumber Gambar Premier Family Dental

Dengan menggunakan pek ais juga boleh mengurangkan rasa sakit gigi. Rasa sejuk daripada ais akan mengecutkan pembuluh darah di kawasan yang ditekap, lalu dapat mengurangkan rasa sakit yang dirasai.

  • Balutkan bongkah ais dengan kain tuala yang bersih, dan tekapkan pada pipi dekat dengan bahagian gigi yang sakit.
  • Tekapkan 15-20 minit setiap beberapa jam sampailah rasa berdenyut hilang.

3. Tinggikan Kedudukan Kepala

Sumber GambarDas Abdul

Rasa sakit dan berdenyut juga berpunca daripada darah yang berkumpul di bahagian kepala apabila baring. Bagi nak elakkan rasa sakit gigi yang boleh mengganggu tidur, letakkan beberapa bantal di bahagian kepala untuk meninggikan kedudukannya supaya darah tak lagi berkumpul di situ.

4. Teh Pudina

Sumber Gambar Teas Direct

Teh pudina juga mempunyai agen nyahkuman dan bahan antioksida seperti mentol yang boleh beri kesan kebas di tempat yang sakit.

  • Letakkan teh pudina di dalam peti sejuk selama beberapa minit sebelum gigit uncangnya di bahagian gigi yang sakit secara perlahan-lahan.
  • Selain tu, korang juga boleh celupkan uncang teh pudina ke dalam air panas. Kemudian, apabila uncang dah suam, gigit atau sedut di bahagian yang sakit.

5. Bunga Cengkih

Sumber Gambar Jiwa Sihat

Bunga cengkih bukan hanya boleh digunakan dalam masakan saja. Ia juga boleh digunakan untuk melegakan rasa sakit gigi. Bunga cengkih mengandungi eugenol, sejenis bahan yang boleh mengurangkan rasa sakit dengan mengebaskan bahagian tersebut.

  • Tumbuk beberapa kuntum bunga cengkih dan titiskan beberapa titisan air sampailah terbentuk pes. Sapukan pes tersebut di bahagian gigi yang sakit selama beberapa minit dan kemudian kumur untuk hilangkannya.
  • Ataupun korang boleh gigit bunga cengkih di bahagian yang sakit secara perlahan-lahan untuk melepaskan kandungan eugenol yang ada di dalamnya.

Cara ni tak sesuai untuk kanak-kanak memandangkan saiz bunga cengkih yang kecil. Takut nanti anak tercekik pula nanti.

6. Bawang Putih

Sumber Gambar Titik Nol

Satu lagi bahan masakan yang boleh digunakan untuk mengurangkan keradangan gigi. Bawang putih memang dikenali sebagai ubat dalam perubatan dan petua Melayu disebabkan kandungan allicin, sejenis bahan nyahkuman yang boleh membunuh bakteria.

  • Tumbuk bawang putih sehingga menjadi pes. Tambahkan juga sedikit garam. Kemudian sapukan pes tersebut di bahagian gigi yang sakit.
  • Ataupun, korang boleh juga mengunyah bawang putih perlahan-lahan di bahagian yang sakit. Rasa dan baunya yang kuat mungkin tak digemari oleh sesetengah orang tapi cara ni ternyata berkesan.

Ingat, petua-petua di atas ni hanyalah rawatan hilangkan sakit gigi dalam masa yang singkat. Ia takkan dapat menyembuhkan terus masalah gigi yang korang ada. Jadi, korang masih perlu bertemu doktor gigi juga untuk mendapatkan rawatan lanjut. Nak tahu tips turunkan berat badan yang lain dari lain. Baca SINI

 

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button