MakananInformasi

Ini Petua Makan Durian & Kurangkan Panas Badan Serta Hilangkan Bau Durian. Cuba Dulu Baru Tahu Betul Tak

Tips Hilangkan Bau Durian Dan Elakkan Panas Badan Sebab Makan Durian

Bila musim durian tiba, mesti ramai yang akan ambil peluang untuk makan raja buah ini yang datang mungkin setahun sekali sahaja tapi masih ramai tak tahu petua makan durian ni. Buah durian ni memang merupakan kegemaran rakyat Malaysia kan? Mungkin ada sesetengah yang tak suka, antaranya sebab bau dia yang kuat dan juga boleh menyebabkan badan berasa panas.

Sebenarnya ada bermacam-macam petua yang boleh dibuat untuk elakkan daripada panas badan akibat makan durian mahupun untuk menghilangkan bau durian yang melekat pada tangan dan juga mulut selepas makan. Jadi tak ada masalah lah kalau nak makan durian lepasni kan.

Petua Makan Durian – Tips Hilangkan Bau Durian Dan Kurangkan Panas Badan

Ini adalah perkongsian petua makan durian yang diberikan oleh orang ramai yang mungkin berkesan mahupun tidak. Jadi tak salah untuk kita cuba buat dulu kan, tak rugi apa-apa pun.

Sumber Gambar Babab

Petua Elakkan Panas Badan Sebaik Sahaja Makan Durian

Mungkin tips ini paling popular dalam kalangan kita untuk hilangkan rasa panas badan selpas makan durian. Antaranya adalah:

  • Minum Air Di Pangsa Durian
    Setelah selesai makan durian, ambil sebuah pangsa durian dan tuangkan air mineral ke dalamnya lalu diminum air tersebut
  • Makan Buah Manggis
    Lazimnya musim buah manggis akan tiba sekali bersama musim durian kan? Jadi boleh lah makan buah manggis selepas makan durian kerana dikatakan ianya dapat membantu mengurangkan haba dalam badan
  • Minum Air Kelapa
    Air kelapa ini memang sinonim untuk mengurangkan panas badan walaupun bukan selepas makan durian kan. Jadi boleh lah guna petua minum air kelapa ini untuk elakkan panas padan selepas makan durian

Petua Hilangkan Bau Durian Pada Mulut

Antara masalah paling utama bila makan durian ni adalah bau mulut. Kalau pergi solat tu memang boleh terganggu orang sebelah bila yang makan durian tu sendawa kan. Jadi tipsnya adalah:

  • Berkumur Air Yang Dituangkan Di Pangsa
    Sama seperti tips hilangkan panas badan tadi, cumanya kali ini perlu berkumur sahaja
  • Campurkan Air Kumuran Dengan Limau 
    Limau sememangnya mempunyai haruman yang kuat dan wangi. Justeru boleh lah berkumur dengan air dicampurkan limau atau perasa limau selepas makan durian

Sumber GambarSteemit

Petua Hilangkan Bau Durian Pada Tangan

Bila makan durian ni, bukan saja mulut bau durian, tangan yang pegang tu pun boleh bau. Ye lah bau durian ni kan memang kuat sampai ada hotel yang tak benarkan bawa masuk durian sebab baunya. So tips nya adalah:

  • Alirkan Air Di Kulit Durian
    Sebelum korang buang kulit durian tu, ambil satu bahagian dan lalukan bahagian kulit yang berduri di bawah air  dan basuh tangan korang dengan air yang mengalir dari kulit durian tersebut
  • Basuh Guna Air Di Pangsa
    Isikan air dalam pangsa durian ataupun belah dalam kulit durian yang telah diambil isinya tu. Lalu gunakan air tersebut untuk mencuci tangan korang
  • Cuci Guna Hirisan Timun
    Selain itu, ada juga petua yang mengatakan untuk hilangkan bau durian pada tangan bolehlah mencucinya dengan menggunakan hirisan timun

Mudah je kan nak gunakan petua makan durian bagi hilangkan bau durian pada tangan dan mulut ataupun elakkan panas badan selepas makan durian. Gunakan barang yang ada dekat rumah je tak perlu beli lagi. Kalau rasa tips ni bermanfaat jangan lupa share kan pada yang lain. Nak tahu tips pilih durian yang elok boleh baca di SINI

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button