MakananTips Jimat

Ramai Kata Rasa Sama Macam McD, Beli Ni Jimat Boleh Makan Sekeluarga Lagi!

Makanan Sejuk Beku Rasa Lebih Kurang Sama Macam McDonald

Tular baru-baru ini ramai mengatakan makanan sejuk beku rasa sama macam mcd. McDonalds atau popular dipanggil McD adalah antara restoran makanan segera yang terkenal di Malaysia. Siapa sahaja yang tak pernah makan kan? Di kampung pun kini dah ada buka. Tapi harga dia memang tak boleh makan selalu sebab mahal juga sesetengah menu tu. Lagi-lagi kalau belum gaji tiba-tiba anak-anak minta nak makan.

Kadang tu kalau ada lima orang anak, masing-masing nak 1 menu kalau lima orang dah berapa ringgit pula kan? Jangan risau, ramai dah kongsikan sebenarnya ada makanan sejuk beku dekat pasaraya dan kedai rasa dia seakan-akan McDonalds. Yang bagusnya harga dia beli 1 paket boleh makan sekeluarga! Siapa tak nak dapat jimat banyak macam ni kan. Tak ada lah anak-anak kecewa sebab hajat tak tertunai.

Makanan Sejuk Beku Rasa Lebih Kurang Sama Macam McDonald

Memang ramai yang cakap makanan sejuk beku ni rasa lebih kurang sama macam McDonald. Ianya merupakan produk berjenama ‘First Pride’ di mana makanannya antaranya adalah:

First Pride Tempura Chicken

Ini adalah produk yang dikatakan rasanya sama seperti nugget McDonalds iaitu First Pride Tempura Chicken. Dengan harga serendah RM11 di pasaran, pastinya dapat makan cukup sekeluarga dengan harga yang jimat.

Sumber Gambar Twitter

 

First Pride Chicken Katsu Crispy

Ini pula adalah makanan yang rasa sama seperti McChicken McDonalds iaitu First Pride Chicken Katsu Crispy. Tapi yang ni daging di tengah tu je lah, Kalau roti dengan sayur dan mayonis tu memang tak ada lah sekali dalam produk ni kan. Kalau yang suka pedas tu boleh ambil yang Spicy dimana rasa seperti Chicken McDeluxe. Yang ni pula boleh dapat dalam harga RM9 hingga RM16.

 

Kenapa Rasa Hampir Sama? 

Sebenarnya syarikat First Pride sendiri telah menyatakan bahawa produk sejuk beku mereka telah dibuat oleh MacFood Services Sdn Bhd iaitu pembekal bagi produk seperti daging, ayam dan ikan untuk McDonald di Malaysia.

 

Best kan dapat makan makanan sama macam McD tapi harga lebih jimat dan boleh makan sekeluarga lagi. Memang lah situasi atau perasaan tak sama macam rasa makan di restoran yang betul tapi sekurang-kurangnya dapatlah rasa makanan yang sama kalau keadaan kewangan tak mengizinkan. Kalau nak tahu cara buat ayam goreng ala KFC sendiri boleh rujuk resepi di SINI.

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button