PekerjaanInformasi

Banyak Kelebihan Bekerja di Pasaraya Rupanya! 5 Realiti Kerja di Shopping Mall yang Semua Perlu Tahu

5 Kelebihan Kerja Di Shopping Mall

Tak ramai tahu tentang realiti orang-orang yang kerja di shopping mall atau kompleks beli belah. Ya lah, selalunya bila cikgu tanya dulu kecik-kecik nak jadi apa? Mesti ramai akan jawab nak jadi doktor, juruterbang, jurutera dan lain-lain. Tapi rezeki orang ni lain-lain kan, ada yang tak dapat nak sambung belajar atas faktor keluarga dan sebagainya, akhirnya kerja di shopping mall je. Ataupun, ada juga kes yang dapat belajar tinggi tapi rezeki diorang akhirnya kerja di shopping mall juga. Tapi patut ke orang kerja di shopping mall ini diperlekeh?

Siapa yang pernah kerja shopping mall tu mesti faham perasaannya bila orang pandang rendah dekat kita sebab kita kerja dekat shopping mall je. Nak kata orang lain kerja tempat aircond, kita pun kerja di tempat aircond juga. Nak kata orang lain ada unifrom sendiri, kita pun sama. Nak kata orang lain gaji lagi besar, jangan terkejut kalau ada orang kerja di shopping mall ni, gajinya lagi tinggi daripada gaji orang yang baru habis belajar (fresh grad). 

5 Kelebihan Kerja Di Shopping Mall

Macam mana realiti orang yang bekerja di pasaraya ni sebenarnya? Kalau kita tak cerita, orang pun tak tahu kan macam mana rasa dia. Siapa kata kerja dekat shopping mall ni tak ada kelebihan? Antara kelebihannya, tengok ni:

Sumber Gambar Malaysiakini

1. Tak Payah Belajar Tinggi-Tinggi

Lepas korang dah habis SPM atau tak habis belajar pun korang dah boleh terus cari kerja di shopping mall. Selalunya kalau nak jadi promoter, korang tak perlu ada sijil pengajian tinggi pun. Jadi kalau korang tak mampu (atau tak mahu) nak sambung pengajian, mungkin korang boleh kerja di shopping mall dulu. Nanti bila dah ada duit sendiri, boleh sambung belajar pula kan. Tak perlu dah susahkan mak ayah sebab dah ada duit simpanan masa kerja.

2. Boleh Walk-In Je Untuk Cari Kerja

Kalau korang pergi shopping mall, setiap kedai yang korang lalu tu ada peluang pekerjaan yang boleh dimohon! Kadang-kadang, boleh terus masuk kedai yang korang nak kerja tu, dan tanya kalau kedai tu cari pekerja ke tak. Tapi ada sesetengah kedai perlukan resume, jadi kalau korang nak luangkan masa cari kerja seharian di shopping mall, pastikan dah bawa siap-siap beberapa keping resume untuk bagi ke manager yang akan temu duga nanti.

Beza pula kalau cari kerja kat kilang ke atau syarikat mana-mana, nak kena tunggu ada kosong baru dia akan iklan dan kita kena hadir ikut masa yang ditetapkan tu, kalau tak datang masa tu dia tak terima dah. Jadi kerja dekat mall ni sesuai untuk korang yang betul-betul tengah terdesak cari kerja. Tapi nak cari kerja pun tak boleh senang-senang je pergi sesuka hati. Pastikan korang tah buat perkara-perkara ni.

3. Tak Payah Hadap Jem

Mungkin benda ni korang nampak remeh, tapi tersekat dalam kesesakan lalu lintas memang satu benda yang paling tak seronok. Bayangkan korang bangun awal pagi hanya untuk tersekat dalam trafik selama sejam, dan pulang kerja nanti pun kau akan menghadap benda yang sama. Kalau lalui benda yang sama setiap hari boleh murung weh!

Tapi kalau korang kerja di shopping mall, paling awal shift kerja pun pukul 10 pagi dan paling lambat pukul 10 malam. Jadi korang akan jarang bertembung dengan waktu kemuncak di jalan raya. Lagi satu, shopping mall selalunya dibina dekat dengan kemudahan pengangkutan awam. Jadi tak perlu risau dengan duit minyak yang habis tersangkut di jalan raya, naik bas atau tren je! Duit parking kereta pun dapat jimat.

4. Gaji Triple Kalau Kerja Masa Cuti Umum

Kalau kerja di shopping mall, korang kena bersedia untuk bekerja setiap hujung minggu. Walaupun mungkin korang nampak benda ni macam tak best, sebenarnya ada kelebihannya juga bila korang cuti masa orang lain bekerja, macam contoh, korang boleh selesaikan urusan bank ataupun pergi bercuti semasa hari orang lain bekerja. Mesti tempat yang korang pergi tu tak ramai orang jadi lebih tenang dan santai untuk bercuti.

Selain hujung minggu, korang kena kerja juga masa cuti umum. Selalunya orang yang kerja mall ni memang berebut nak kerja masa cuti umum sebab gaji pada haritu akan dibayar dua kali ganda (dan kadang-kadang tiga kali ganda!). Siapa tak nak kan? Tu belum campur gaji overtime lagi kalau ada jualan diskaun dan sebagainya. Tu cakap tadi gaji orang kerja shopping mall ni boleh jadi lagi banyak daripada graduan yang baru bekerja.

Sumber Gambar Maukerja

5. Tak Penat Perah Idea Guna Otak

Kerja di pejabat memang akan banyak duduk dan korang rasa kerja tu tak penat. Tapi sebenarnya, orang yang kerja di pejabat ni, diorang banyak gunakan otak untuk perah idea. Kalau kerja dekat shopping mall ni penatnya sebab kena guna kudrat atau tenaga lah. Jadi memang sesuai sangat dengan orang yang tak suka berfikir tapi lagi suka bergerak aktif.

Kesimpulannya, tak kiralah korang kerja di shopping mall atau dekat mana pun korang kerja, carilah kerja yang halal dan yang datang daripada hasil titik peluh sendiri. Kita yang muslim boleh amalkan doa di bawah ini agar kerja kita selama ini mendapat keberkatan dan dikira sebagai ibadah.

Setiap pekerjaan tu ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Jangan pedulikan apa yang orang lain cakap, asalkan korang tahu korang sedang mencari rezeki dari sumber yang baik. Tak minat kerja dengan orang? Boleh kerja ikut masa sendiri, tengok sini.

 

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button