ResepiMakanan

Daging Korban Nak Masak Apa? Ini 5 Resepi Daging Sedap & Mudah Disediakan

Resepi Masakan Daging Mudah & Sedap

Bila tiba hari raya korban atau hari raya Aidiladha mesti ramai cari resepi daging. Mana tak nya daging korban kadang banyak pula kita dapat orang bagi kan. Kadang tu simpan sampai berbulan dalam peti sejuk beku tu. Nak masak lauk sama je takut bosan pula, nak masak resepi baru takut tak sedap. Daging ni kadang dapat bahagian lembut senang, tapi tak semua bahagian lembut kan jadi nak masak pun kena tahu cara betul.

Baca juga: Cara Masak Daging Cepat Lembut

Sebenarnya banyak sangat resepi masakan daging yang sedap dan juga mudah nak masak. Kadang tu tak perlu masak lama sangat pun jika tahu teknik masakan yang betul. Nak potong daging tu sendiri pun kena ikut teknik yang betul barulah daging tak liat dan senang untuk dikunyah. Jadi masakan apa yang mudah dan sedap untuk dimasak dan sesuai dimakan seisi keluarga? Jom tengok resepi-resepi di bawah:

5 Resepi Daging Mudah & Sedap

Berikut adalah perkongsian resepi daging yang mudah dan sedap dikongsikan orang ramai:

Daging Goreng Kicap Pedas

Bahan:

  1. Daging
  2. Bawang putih (dimayang)
  3. Bawang besar (dimayang)
  4. Sedikit halia (dimayang)
  5. Cili Api (digunting)
  6. Sos tiram
  7. Kicap

Cara:

  • Rebus empuk daging, tapis dan buangkan airnya lalu perap dengan kicap lemak manis
  • Setelah itu gorengkan daging dalam minyak dan keluarkan baki minyak berlebihan daripada kuali
  • Masukkan bawang besar, cili, halia, sos tiram dan kicap
  • Gaulkan sebati, letakkan sedikit air jika terlalu kering dan masak sehinga keluar minyak
  • Siap dan sedia untuk dihidang

Kredit: Siti Sarah Hamid

Sup Daging Dengan Macaroni

Bahan-bahan:

  1. 300 gm daging lembu
  2. 5 ulas bawang merah
  3. 3 ulas bawang putih
  4. Halia
  5. 2 biji kentang
  6. Sup bunjut
  7. Sup bunjut tulang
  8. Sedikit garam
  9. Sedikit perahan lemon (jika ada)
  10. Sedikit macaroni
  11. Sedikit daun sup
  12. Sedikit bawang goreng

Resepi:

  • Bawang dihiris nipis. Kentang dipotong dua
  • Tumis bawang sehingga naik bau. Masukkan sup bunjut & tumis seketika
  • Masukkan daging, kentang, bahan yang ditumis ke dalam periuk. Rebus sehingga empuk
  • Masukkan makaroni, rebus selama 5 minit (hingga kembang). Masukkan garam sebagai perasa. Perahkan sedikit lemon (jika ingin)
  • Taburkan daun sup & bawang goreng. Sedia untuk dimakan

Kredit : Haiza Khamis

 

Nasi Daging

Bahan:

  1. Bawang besar
  2. Bawang putih
  3. Halia
  4. Rempah kurma – untuk 3 pot beras gunakan separuh paket rempah kurma
  5. Rempah 4 sekawan –  kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan kulit kayu manis
  6. Daging direbus sehingga empuk
  7. Minyak sapi – guna 3 sudu penuh
  8. Beras –  guna beras wangi 3 pot, beras biasa pun boleh,

Cara:

  • Rebus daging sehingga empuk. Simpankan air rebusan daging untuk digunakan sewaktu memasak nasi
  • Basuh beras bersama 2 helai daun pandan
  • Tumis rempah empat sekawan bersama bawang merah, bawang putih, halia dan rempah kurma menggunakan minyak sapi
  • Masukkan garam dan perasa
  • Setelah sebati, tambahkan secawan air rebusan daging
  • Tunggu sehingga mendidih kemudian masukkan beras seketika
  • Masukkan ke dalam periuk nasi
  • Masukkan daging yang telah direbus dan tomato
  • Masukkan air rebusan daging mengikut keperluan beras. (Beras biasa, jumlah air sama banyak dengan beras)

Kredit: Ica Ashida

 

Daging Stew

Bahan:

  1. 2 sudu besar minyak
  2. 800g daging lembu (dihiris)
  3. 1 biji bawang kuning (dipotong kiub kecil)
  4. 2 ulas bawang putih
  5. 1 batang lobak merah (dipotong kiub)
  6. 1 biji kentang (dipotong kiub)
  7. 3 cawan stok daging
  8. 1 helai daun salam (daun bay)
  9. 1 sudu besar herba campuran
  10. 1 sudu besar tepung jagung (dibancuh air)
  11. Lada hitam
  12. Garam

Cara:

  • Panaskan minyak dan masukkan daging. Gorengkan sehingga seperuh masak. Kemudian, ketepikan.
  • Menggunakan periuk yang sama, masukkan sedikit minyak dan masukkan bawang kuning, bawang putih, lobak merah dan kentang. Masak sehingga naik bau.
  • Masukkan daging yang telah digoreng. Kemudian, masukkan stok daging (atau air rebusan daging).
  • Masukkan daun salam, herba campuran dan lada hitam. Kemudian renehkan selama 40 minit
  • Masukkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan air. Renehkan selama 10 minit.
  • Masukkan garam dan tutup api dapur. Sedia untuk dinikmati.

Kredit: Says

 

Kari Daging Simple

Bahan:

  1. Daging pejal (1kg)
  2. 2 sudu besar rempah kari daging
  3. Daun kari
  4. 2 sudu besar santan
  5. 2 sudu besar minyak masak
  6. 1/2 sudu teh garam
  7. 500 ml air
  8. 4 ulas bawang putih
  9. 2 ulas bawang merah
  10. 1 biji bawang besar
  11. Kulit kayu manis
  12. Bunga lawang
  13. Asam gelugor

Cara:

  • Tumbukkan separuh bahagian bawang merah, bawang putih dan bawang besar. Manakala separuh lagi dihiris halus.
  • Panaskan kuali / periuk. Masukkan daun kari, kulit kayu manis dan bunga lawang hingga naik bau. Tuangkan minyak masak ke dalam periuk. Masukkan bahan yang ditumbuk & dihiris tadi. Biarkam sehingga garing.
  • Setelah garing, masukkan rempah dan daging. Gaul rata dan masukkan asam
  • Tunggu sehingga mendidh. Tambahkan air dan masukkan garam
  • Apabila daging hampir empuk, masukkan santan dan kacau. Tunggu daging empuk dan siap!

Kredit: Fafa ghazali

 

 

Senang je kan nak masak 5 jenis resepi daging ni. Mungkin ada resepi yang banyak bahan sikit tapi kebanyakannya semua bahan dah ada kat rumah kan. Kalau dah tahu masakan simple ni bila-bila nak masak pun boleh kan. Jangan lupa share juga pada yang lain. Kalau nak tahu tips cara lembutkan daging frozen dengan cepat sebelum masak boleh baca di SINI.

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button