ResepiCara Mudah

Nasi Tak Habis Jangan Buang! Ini Resepi Lempeng Nasi Mudah, Sedap & Lembut!

Resepi Lempeng Nasi Simple Dan Sedap Guna Lebihan Nasi Tak Habis

Pasti pernah kita masak nasi, tapi bila dah makan, masih ada lebihan nasi tu lagi. Nak buat nasi goreng selalu dah tak lalu pula kan, jadi apa pula yang kita boleh buat dengan lebihan nasi ni? Kalau nak buang macam membazir pula banyak lagi kan. So, apa boleh buat dengan lebihan nasi semalam adalah lempeng! Betul tu lempeng yang orang makan cicah kuah atau sambal tu.

Lempeng ni salah satu makanan tradisi yang telah dimasak sejak zaman dahulu lagi. Memang terdapat pelbagai jenis resepi atau variasi lempeng yang ada, salah satunya adalah lempeng nasi. Cara nak sediakannya juga tidaklah serumit mana pun! Sangat mudah dan cepat boleh siap dah masakan ini. Orang kata masakan ekspres campak-campak siap.

Resepi Lempeng Nasi Simple Dan Sedap Guna Lebihan Nasi Tak Habis Semalam

Berikut adalah resepi lempeng nasi yang telah dikongsikan oleh Puan Bueimah Paimen:

Permintaan cucu ingin makan lempeng nasi dengan sambal tumis. “Lama tak makan lempeng ngan sambal ibu nenek,” katanya.

Yang teringin nak mencuba buat, saya salin dan tuliskan di sini. Resepi adalah dari blog chef Che Mat Gebu. Terima kasih Che Mat. Cumanya saya skip 1 bahan iaitu minyak. Mksudnya tak menggunakan minyak lah.

Bahan-bahan

  • 2 Cawan Nasi Sejuk (Nasi semalam)
  • 3 Cawan Air
  • 1 1/4 cawan tepung gandum
  • Garam secukup rasa
  • 2 Camca Besar minyak masak (mat guna minyak zaitun)
  • Kuah kari atau sambal tumis sebagai pencicah

Cara-cara:

1. Kisar 2 cawan nasi bersama 3 cawan air.

2. Kemudian masukkan 1 1/4 cawan tepung gandum, garam secukup rasa dan minyak masak.

3. Kisarkan lagi sehingga rata dan sebati. Tuangkan dalam bekas dan biarkan seketika.

4. Panaskan kuali pan anti lekat (non-stick), sapukan dengan sedikit minyak.

5. Ambil 1/3 cawan adunan lempeng, tuang ditengah-tengah pan, tuangkan secara perlahan dan biarkan ianya bergerak secara merata dengan sendirinya.

6. Masak dengan api sederhana sehingga permukaan lempeng nampak pucat dan berlubang-lubang.

7. Berhati-hati ketika menterbalikkannya, masak seketika lagi sehingga warna menjadi perang keemasan.

8. Angkat dan lakukan kaedah yang sama untuk baki adunan sehingga siap.

9. Boleh hidangkan bersama kuah kari atau sambal tumis.

Selamat mencuba!

Muda sahaja kan resepi lempeng nasi menggunakan nasi lebihan semalam ini. Tak sampai 5 minit pun boleh siap, dah lah sedap mudah pula tu nak buat. Paling penting tak membazir. Kalau nak tahu tips baiki nasi yang hangit, Boleh baca di SINI

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button