Bila bercakap pasal mi segera je orang mesti ingat makanan yang cepat dan jimat untuk dimakan. Memang pun sebab cara nak sediakannya 2 minit pun dah siap dan boleh dapat dalam 80 sen untuk sepaket mi segera. Sebab itulah bila hujung bulan je orang cakap makan maggi (nama popular mi segera di Malaysia) je lah. Kalau setiap hari hujung bulan makan mi segera macam tu sahaja pun bosan juga kan?
Selain memilih mi segera yang berlainan jenis seperti mi segera perisa kari, ayam, atau mi segera goreng dan sebagainya, sebenarnya boleh je pelbagaikan variasi makanan maggi ni kalau kita pandai. Kalau tak pandai pun tak apa, ramai je dah kongsikan pelbagai resepi di internet. Daripada makan mi segera jenih berkuah je hari-hari memang kadang tu sampai tak lalu kan? Sekali-sekala kita cuba ubah atau buat resepi lain daripada lain hanya menggunakan mi segera sahaja.
Resepi Mi Segera Unik Dan Lain Daripada Lain
Di sini akan dikongsikan beberapa resepi mi segera yang unik dan lain daripada lain. Antaranya adalah:
Sumber Gambar Kabita’s Kitchen
Burger Mi Segera
Bahan-Bahan:
- 1 paket mi segera perasa kari (ikut citarasa masing-masing)
- 1 cawan air
- 1 biji Bawang merah dipotong dadu (bergantung nak letak atau tidak)
- 1 biji cili padi (jika ingin pedas)
- 1 Roti burger
Cara-cara:
- Tumis bawang dan cili padi dengan sedikit minyak
- Masukkan 1 cawan air
- Masukkan 1 paket mi segera dan tutupkan dengan penutup kuali selama 3 minit
- Setelah kuah pekat dan kelihatan hampir kering, cedok maggi dan masukkan ke dalam bekas bulatan bersaiz lebih kurang seperti burger
- Biarkan seketika untuk mi sejuk dan mengeras sedikit dalam bentuk bulatan
- Setelah sejuk, letakkan pada roti burger dan sedia untuk dihidang
Sumber Gambar Localguidesconnect
Pizza Maggi
Bahan-Bahan:
- 1 paket mi segera kari
- 2 biji telur
- 1 ulas bawang merah
- 2 batang sosej (direbus dan dipotong)
- 1 biji lada benggala / tomato
- 3 keping keju
Cara-cara:
- Masakkan maggi tanpa letakkan perasa, angkat dan tapis.
- Pecahkan telur bersama bawang merah. Bubuhkan perencah maggi kari.
- Satukan maggi yang direbus tadi ke dalam campuran telur dan gaulkan.
- Tuangkan di atas frying pan dan gorengkan dengan sedikit minyak. Gunakan api kecil sahaja.
- Terbalikkan dan letakkan keju, sosej dan lada benggala lalu tutupkan pan dengan penutup seketika
- Setelah itu tutup api dan sedia untuk dihidang
Sumber Gambar Facebook
Donut Mi Segera
Bahan- Bahan:
- 1 paket mi segera
- 2 batang sosej yang dipotong dadu
- 4 biji telur yang dipukul sebati
- 2 serbuk maggi kari
- Serbuk roti secukupnya
Adunan Batter - 1 cawan tepung gandum
- 1 cawan air + 2 sudu besar air
- Sedikit garam
- Sedikit lada sulah
Cara-Cara:
- Rebus maggi sehingga kembang, kemudian toskan
- Masukkan telur, sosej dan serbuk perencah maggi ke dalam mi yang telah ditos. Gaul sehingga sebati
- Panaskan kukusan
- Sapukan acuan dengan sekiti minyak (apa-apa acuan yang mempunyai lubang ditengah)
- Masukkan adunan maggi ke dalam acuan dan dikukus. Kukus selama 12 minit (Kalau guna acuan seri ayu kukus 5 minit sahaja)
- Bila dah masak, angkat dan boleh keluarkan daripada acuan tersebut
- Panaskan minyak di dalam kuali
- Celupkan seketul maggi yang dah siap dikukus tadi ke dalam adunan batter sehingga rata
- Selepas itu salutkan pula dengan serbuk roti sehingga rata
- Kemudian gorengkan dan biar sehingga warna keemasan dan boleh diangkat. Sedia untuk dihidang
Sumber Gambar Hellokerja
Murtabak Mi Segera
Bahan -Bahan:
- 1 paket mi segera kari
- 2 biji telur
- 3 biji bawang merah
- 2 batang sosej (rebus seketika bersama garam)
- Sedikit ajinamoto
- Sedikit daun bawang
Cara – Cara:
- Rebuskan mi segera sehingga lembut dan toskan
- Masukkan perencah maggi kari dan semua bahan di atas dalam satu bekas dan kacau sebati.
- Masukkan mi yang telah direbus tadi dan kacau sebati.
- Panaskan minyak dan masukkan adunan mi tadi ke dalam kuali sehingga masak, kemudian terbalikkan.
- Setelah masak dua-dua belah, angkat dan boleh hiaskan dengan mayonis dan cili sos. Siap untuk dihidang
Sumber Gambar Maggi
Maggi Bakar
Bahan -Bahan:
- 2 paket mi segera
- 1 biji bawang besar dipotong dadu
- 1 biji bawang putih dicincang
- 1 biji lobak dipotong dadu
- 1 biji kentang potong dadu
- Cendawan butang
- Sosej / isi ayam / daging kisar
- Jejari ketam (kalau ada / suka)
- 1 sudu besar serbuk kari
- 4 sudu besar sos pasta
- 6/7 biji telur (bergantung saiz)
- Sedikit garam
- Sedikit gula
- Keju (untuk topping)
Cara – cara:
- Rebuskan kentang dan lobak.
- Rebus maggi sehingga kembang dan toskan. Asingkan terlebih dahulu.
- Tumiskan bawang putih.
- Masukkan serbuk kari, sos pasta dan perencah maggi.
- Masukkan setengah cawan air dan kacau.
- Masukkan sosej/ isi ayam / daging kisar. (Pilih salah satu pilihan ini)
- Masukkan bahan direbus termasuk bawang dan cendawan.
- Biarkan masak seketika.
- Boleh kacau sekali dalam kuali.
- Masukkan dalam loyang pembakar.
- Tuangkan telur yg telah siap dipukul (Kalau rajin lapiskan maggi dulu lepas itu letak bahan. buat 3 lapis dan baru tuangkan telur).
- Hias ikut citarasa dan tabur keju.
- Bakar selama 35 minit dengan suhu 180०C.
- Dah siap dan boleh dihidangkan.
Mudah sahaja kan nak pelbagaikan jenis masakan maggi ni? Tak perlu susah-susah pun nak masak macam-macam benda lain. Guna mi segera je pun boleh. Tapi dalam sedap-sedap makan maggi ni pun harus diingat, mi segera ni kalau dimakan terlalu kerap tidak baik untuk kesihatan juga. Nak tahu lanjut baca di SINI