ResepiRumah

10 Resepi Telur Masakan Mudah Dan Sedap Yang Digemari Ramai

Resepi Masakan Berasaskan Telur Yang Mudah

Mesti ramai tak perasan sebenarnya ada banyak resepi telur yang mudah dan sedap. Ya lah selalunya orang buat telur goreng, telur rebus macam tu je kan. Banyak lagi variasi masakan telur yang boleh dibuat jadi tak ada lah kita muak makan masakan yang sama je kan. Lagipun telur ni antara makanan yang paling mudah untuk dibeli, disimpan dan dimasak. Tak seperti ikan, ayam atau daging yang banyak cara menguruskannya seperti menyiang, membasuh dan sebagainya.

Telur ni walaupun kecil macamtu mempunyai kandungan nutrisi yang baik antaranya termasuklah protein. Protein ini amat penting dalam sumber zat nutrisi yang diperlukan badan untuk kekal cergas dan sihat. Telur juga merupakan sumber protein yang paling murah di pasaran berbanding daging, ikan ataupun ayam. Tak hairan lah telur menjadi antara makanan yang paling digemari rakyat Malaysia malah seluruh dunia.

10 Resepi Masakan Telur Yang Mudah Dan Ringkas

Terdapat banyak resepi masakan telur yang mudah dan ringkas untuk disediakan antaranya adalah:

1. Telur Sarang Rangup Thai 

Bahan-bahan: 

  • 4 Biji telur ayam
  • 1/4 cawan air
  • Sedikit serbuk lada putih
  • Sedikit garam / seasoning
  • Minyak masak untuk menggoreng

Cara-cara:

  1. Campurkan kesemua bahan di atas dan kacau sehingga kelihatan agak berbuih.
  2. Sementara itu panaskan minyak (minyak perlu banyak)
  3. Setelah minyak betul-betul panas, baru lah tuangkan telur sedikit demi sedikit (sambil mengacau di dalam kuali) sehingga habis.
  4. Tunggu beberapa minit dan terbalikkan
  5. Angkat dan tapis serta toskan minyak. Sedia untuk dihidang

Sumber: Mahadiah

 

2. Telur Berlada

Bahan-bahan: 

  • 5 biji telur ayam
  • 10 biji bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 10 biji lada besa
  • 5 biji lada besar
  • 1/2 inci Belacan
  • Garam, gula dan ajinamoto (secukup rasa)

Cara-cara:

  1. Goreng telur dahulu, angkat dan letakkan di atas pinggan
  2. Kisar kasar semua bawang, lada dan belacan
  3. Guna minyak goreng telur untuk tumiskan bahan yang dikisar sehingga betul-betul masak
  4. Letak sedikit air, perasa garam, gula & ajinomoto dan gaulkan sehingga sebati.
  5. Setelah semua dah masak tuang semua di atas telur yang siap di goreng

Sumber: Ummie Yasmin

 

3. Telur Mata Kicap

Bahan-bahan: 

  • 4 biji telur ayam (ikut berapa orang makan)
  • 1/2 biji bawang besar (dihiris)
  • 3 biji cili api (dipotong)
  • 1 biji cili besar hijau & merah (dipotong)
  • Kicap (ikut selera secukupnya)

Cara-cara:

  1. Bersihkan telur dahulu, panaskan minyak kemudian goreng telur mata
    *Jika suka telur mata yang cair, sila goreng jangan terlebih masak
  2. Toskan minyak, hidang dalam pinggan
  3. Taburkan bawang dan cili yang dipotong tadi
  4. Tuangkan kicap secara merata di atas pinggan telur tadi dan sedia untuk dinikmati

Sumber: Julia

 

4. Sambal Telur Hancur

Bahan-bahan: 

  • 3 biji telur saiz B
  • 3 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 1 sudu kecil asam jawa
  • 1 sudu kecil cukup rasa Maggi
  • Garam secukup rasa

Cara-cara:

  1. Kisar bawang-bawang dan tumiskan dalam minyak yang panas.
  2. Masukkan cili kisar sehingga terbit minyak
  3. Masukkan air asam jawa dan perasakan dengan garam & cukup rasa Maggi
  4. Setelah kuah sambal masak elok (minyak terasing) baru pecahkan telur biarkan agak-agak nak keras baru hancurkan. Siap untuk dimakan

Sumber: Anur

 

5. Telur Gulung Manis Jepun

Bahan-bahan: 

  • 5 biji telur
  • 2 sdt gula
  • 1/2 sdt garam

Cara-cara:

  1. Satukan telur, garam dan gula dalam mangkuk. Pukul dengan garpu hingga sebati
  2. Panaskan pan atau kuali dengan minyak zaitun/minyak masak.
  3. Tuangkan telur dan biarkan masak, gulung atau lipat telur. letakkan di hujung pan, tuangkan lagi adunan telur. Ulang sehingga habis adunan telur tadi.
  4. Setelah siap, boleh dipotong mengikut kesukaan masing-masing

Sumber: Ani

 

 

6. Sup telur

Bahan-bahan: 

  • 1 biji telur (dikacau)
  • 2 ulas bawang putih (dicincang)
  • 1 inci halia (dicincang)
  • 1 kiub pati ayam
  • 5 batang filamen ketam (dihiris nipis memanjang)
  • 1 sudu kecil tepung jagung (bancuh dengan 1 sudu besar air)
  • 2 cawan air
  • Daun bawang

Cara-cara:

  1. Panaskan air di dalam periuk dan masukkan bawang putih, halia dan kiub pati ayam. Biarkan mendidih
  2. Masukkan filamen ketam dan biarkan ianya masak sekejap
  3. Kemudian tuangkan bancuhan tepung jagung sedikit demi sedikit. Kacau sehingga sup menjadi pekat.
  4. Masukkan telur dan kacau secara memusing pusingan supaya telur tidak bergumpal
  5. Taburkan daun bawang dan siap sedia untuk dimakan

Sumber: Cempaka Putih

 

7. Telur Rebus Masam Manis

Bahan-bahan: 

  • 2 biji telur (dikacau)
  • 1 periuk air (rebus telur)
  • 1/4 biji bawang besar (di mayang)
  • 1 ulas bawang putih (di mayang)
  • 4 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu kecil sos tiram
  • Sedikit capsicum (di potong dadu)
  • 1/4 biji bawang besar (di hiris kasar)

Cara-cara:

  1. Masukkan telur dalam periuk berisi air dan rebus telur sehingga masak. Kemudian ketepikan dan sejukkan sebentar
  2. Tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga naik bau dan kekuningan.
  3. Masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram dan bawang besar. Kacau hingga sebati.
  4. Tambahkan air jika nampak pekat. Akhir sekali masukkan capsicum dan kacau sekejap. Tutupkan api
  5. Kupas telur tadi dan belah kepada dua bahagian. Siramkan kuah tadi ke atas telur. Dah siap telur rebus masam manis yang sedap dan mudah di sediakan

Sumber: Nor Zahida

 

8. Kerabu Telur

Bahan-bahan: 

  • 2 biji telur (dipukul)
  • 1 Bawang Besar (Dihiris)
  • 1 Lobak Merak  (Disagat)
    Bahan Sos:
  • Sedikit jus lemon
  • Sedikit kurma
  • Sedikit madu
  • Sedikit air stok rebusan

Cara-cara:

  1. Masukkan telur yang telah dipukul dalam pan dan gulungkan serta potong serong panjang
  2. Masukkan lobak merah sagat dan hirisan bawang
  3. Masukkan bancuhan sos, gaul rata semuanya.
  4. Sedia untuk dihidangkan

Sumber: Haslinda

9. Telur Goreng Masak Asam

Bahan-bahan: 

  • Telur goreng
  • Bawang besar hiris
  • Bawang putih hiris
  • Halia hiris
  • Cabai masak hiris
  • Cili padi hiris
  • Air asam jawa
  • Gula dan garam

Cara-cara:

  1. Gunakan minyak goreng telur tadi.
  2. Tumis bahan-bahan hiris sehingga layu.
  3. Masukkan air asam jawa. Pekat atau cair bergantung pada citarasa sendiri.
  4. Masukkan gula dan garam secukup rasa. Biarkan telur mendidih sekejap.
  5. Tutup api. Siap untuk dihidang!

Sumber: Noriza Jaja

 

10. Salad Telur Klasik

Bahan-bahan: 

  • 6 biji telur rebus (kupas kulit dan lenyekkan)
  • 3 sb mayonis
  • 1 st bawang merah (dicincang)
  • 1/4 st garam laut
  • Serbuk lada hitam
  • 1/8 st serbuk paprika (ditaburkan)
  • Daun bawang (dicincang dan ditaburkan)

Cara-cara:

  1. Dalam satu mangkuk, satukan semua bahan, gaul sebati.
  2. Sejukkan sehingga sedia untuk dimakan

Sumber: Mahadiah

 

Banyak kan resepi mudah tapi sedap hanya dengan menggunakan telur. Tak ada lah kita makan telur goreng atau telur rebus je hari-hari kan. Bahan-bahan nak guna tu pun simple je dan mesti ada dekat dapur korang tu. Boleh lah masak kalau nak cepat contohnya untuk sahur dan sebagainya. Kalau nak tahu cara kupas telur rebus dengan mudah boleh baca lanjut di SINI

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button