InformasiCara Mudah

Nak Tukar Jumlah Pengeluaran Salah Amaun i-Sinar. Boleh Pinda Mulai 8 Mac

Cara Tukar Amaun Jumlah Pengeluaran i-Sinar Tersalah Pilih Amaun

Ramai juga orang yang telah membuat permohonan untuk i-Sinar tempoh hari dan kebanyakannya dah terima keputusan permohonan. Bagi yang belum memohon, digalakkan mohon mulai 8 Mac seperti saranan KWSP setelah portal dikemaskini untuk pengeluaran tanpa syarat. Ini bagi memastikan proses kelulusan dan bayaran dapat dibuat lebih cepat.

Bagi yang lulus pula, ada sebahagian daripada mereka yang telah tersalah pilih amaun ataupun tidak tahu untuk menggerakkan pilihan amaun semasa membuat permohonan. Akibatnya mereka hanya mengeluarkan jumlah amaun yang sedikit berbanding diperlukan. Ada juga yang nak cepat tergopoh gapah mohon sampai terlepas pandang bahagian ini. 

Cara Tukar Jumlah Pengeluaran Salah Amaun i-Sinar Tersalah Pilih Amaun (Pinda maklumat)

Menurut KWSP, setakat ini masih belum ada cara untuk membuat pindaan terhadap permohonan yang terpilih salah amaun i-Sinar. Namun begitu, berdasarkan panggilan telefon ke Hotline i-Sinar, pegawai khidmat pelanggan KWSP menjelaskan sistem akan dibangunkan untuk pindaan atau penukaran salah amaun i-sinar dan akan dimaklumkan setelah disediakan.

TERKINI: 

KEMASKINI: Berdasarkan Kenyataan Media KWSP pada 2 Mac 2021, bermula 8 Mac 2021, ahli akan diberi kelonggaran untuk membuat pindaan pada butiran permohonan termasuklah jumlah dipohon, maklumat bank, alamat, nombor telefon serta mod bayaran di laman i-Sinar Online.

Cara Tukar Amaun Jumlah Pengeluaran i-Sinar & Pindaan Maklumat Lain

  1. Layari Portal i-Sinar : https://isinar.kwsp.gov.my/
  2. Isikan No. Mykad dan Nombor Telefon Bimbit
  3. Klik ‘TERUSKAN’
  4. Bagi Meminda Alamat klik ‘Tick’ pada Alamat Surat Menyurat
  5. Bagi Meminda Amaun klik ‘Tick’ pada Amaun Dimohon
  6. Pilih Amaun Pilihan Baharu
  7. Bagi Meminda maklumat bayaran klik ‘Tick’ pada Maklumat Bayaran
  8. Pilih Bank dan masukkan Nombor Akaun bank yang baharu
  9. Klik ‘TERUSKAN’ bagi meneruskan proses permohonan

Cara Semak Status Pindaan i-Sinar (Jumlah & Tarikh Bayaran)

  1. Layari i-akaun KWSP: https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login
  2. Login dengan masukkan ID dan kata laluan
  3. Klik ‘Withdrawal/Pengeluaran’
  4. Klik ‘Withdrawal History/Sejarah Pengeluaran’
  5. Klik ‘ i-Sinar’ dan perincian maklumat akan ditunjukkan

Tahu tak sekarang ni kalau nak ke pejabat KWSP, kena buat temu janji dulu? Kalau tak buat temu janji korang tak boleh masuk tau. Cara-cara nak buat temu janji tu korang boleh baca di SINI.

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button