Kewangan

Daripada BR1M Ke STR? Ini Sejarah Bantuan Tunai Dilaksanakan Oleh Kerajaan Malaysia Kepada Rakyat

Sejarah Bantuan Tunai Di Malaysia

SEJARAH BANTUAN TUNAI

Di Malaysia, sejarah bantuan tunai telah melalui perjalanan panjang yang mencerminkan evolusi sistem kesejahteraan negara dan respons terhadap perubahan sosial, ekonomi, dan politik. Bantuan tunai telah menjadi instrumen penting dalam usaha pemerintah untuk mengurangkan kejurangan sosial, meningkatkan taraf hidup rakyat, serta memastikan akses yang lebih baik kepada pelbagai aspek kehidupan.

Sebagai rakyat marhaen, mesti kita ternanti-nanti belajawan setiap tahun untuk tahu bantuan yang akan diberikan kepada kita. Seronok betul dapat tahu bila kerajaan luluskan bantuan dan sedikit sebanyak membantu kita untuk menjalani kehidupan. Artikel ini akan mengupas perkembangan sejarah bantuan tunai di Malaysia, bermula dari inisiatif Perdana Menteri ke-6, Najib Razak iaitu Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) sehingga kepada bantuan yang wujud pada masa kini.

Sejarah Bantuan Tunai Di Malaysia Daripada Dulu Hingga Sekarang

Bantuan Tunai

 

1. Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M)

Bantuan Rakyat 1Malaysia atau BR1M merupakan satu bantuan kewangan yang diwujudkan oleh kerajaan dalam pembentangan Belanjawan Malaysia 2012 oleh Perdana Menteri ketika itu iaitu Najib Razak. Bantuan khas ini antara bantuan tunai terawal dalam sejarah di Malaysia yang diagihkan secara berperingkat oleh Kementerian Kewangan Malaysia melalui Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Pada awal tahun diperkenalkan iaitu 2012 dan 2013, bantuan adalah sebanyak RM500 bagi isi rumah berpendapatan bawah RM2,000 sebulan dan antara RM3,000 hingga RM2,000. Pada tahun 2014, bantuan dinaikkan kepada RM650, tahun 2015 dinaikkan kepada RM950, tahun 2016 dinaikkan kepada RM1,000 dan tahun 2017 dinaikkan kepada RM1,200.

Kategori Isi rumah antara RM3,000 hingga RM4,000 diperkenalkan pada tahun 2014 dengan bantuan sebanyak RM450. Ianya dinaikkan kepada RM750 bagi tahun 2015, dinaikkan lagi pada tahun 2016 kepada RM800 dan pada tahun 2017 dinaikkan kepada RM900. Kategori individu bujang berpendapatan bawah RM2,000 sebulan juga diperkenalkan mulai BR1M tahun 2013 sebanyak RM250. seterusnya dinaikkan setiap tahun sebanyak RM50 sehingga tahun 2017 sebanyak RM450.

Kategori isi rumah yang layak memohon merujuk kepada seorang lelaki atau wanita yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah atau  ketua keluarga. Ini merangkumi individu berkahwin termasuk anak yang berkahwin dan tinggal bersama ibu bapa. Selain ibu atau bapa tunggal yang mempunyai  Individu (bujang, duda, ibu tunggal) bujang yang tanggungan; warga emas sebatang kara mempunyai tanggungan; dan ketua isi rumah yang berkerja sendiri juga adalah layak untuk memohon.

BR1M diperkenalkan dari tahun 2012 dan dijalankan sebagai usaha kerajaan membantu rakyat diteruskan sehinggalah pada tahun 2018 sebelum diambil alih kerajaan baharu. Bantuan ini adalah tanda keprihatinan  kerajaan dalam usaha untuk membantu  meringankan kenaikan kos sara hidup rakyat. Berikut merupakan ringkasan kadar bayaran yang telah diluluskan oleh kerajaan di bawah pimpinan Najib Razak.

bantuan tunai

2. Bantuan Sara Hidup (BSH)

Bantuan Sara Hidup ini diperkenalkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad selepas BR1M dimansuhkan pada tahun 2018. Pada tahun 2018, Fasa 1 BR1m telah dibayar pada bulan Februari. Setelah Pilihan Raya Umum ke-14 pada bulan Mei, kerajaan Pakatan Harapan telah mengambil alih namun masih meneruskan bantuan tunai ini cumanya ditukar nama kepada Bantuan Sara Hidup (BSH). Bagi fasa 2 dan 3 jumlah bantuan juga dikekalkan seperti gambar di bawah:


Bagi tahun 2019, Bantuan Sara Hidup diteruskan dengan penambahbaikan agar bantuan diberikan lebih bersasar kepada golongan yang memerlukan. Justeru itu kadar tambahan diperkenalkan berjumlah RM120 untuk setiap anak berumur 18 tahun ke bawah terhad kepada 4 orang (kecuali anak OKU yang tidak dihadkan umur). Bagi setiap kategori juga ditambahbaik seperti berikut:

  • Isi rumah yang berpendapatan bulanan RM3001 – RM4000 : Bantuan berjumlah RM500
  • Isi rumah yang berpendapatan bulanan RM2001 – RM3000 : Bantuan berjumlah RM750
  • Isi rumah yang berpendapatan bulanan bawah RM2000 : Bantuan berjumlah RM1000

 

Bagi tahun 2020, BSH masih diteruskan dengan penambahbaikan iaitu perluasan skim kepada individu dengan pendapatan kurang RM2,000 sebulan bagi bujang berumur lebih 40 tahun atau OKU berumur 18 tahun, masing-masing bakal menerima RM300. Jumlah bantuan kategori isi rumah adalah sama seperti tahun sebelum ini. Malahan, pada Februari 2020 kerajaan mengumumkan tambahan BSH sebanyak RM100 untuk setiap penerima serta RM50 dalam bentuk e-tunai susulan pandemik COVID-19

Namun begitu, setelah kerajaan Pakatan Harapan tumbang pada sekitar Mac 2020 dan Perdana Menteri baharu Tan Sri Muhyiddin Yassin dilantik, BSH 2020 masih diteruskan.

3. Bantuan Prihatin Rakyat (BPR)

Pada tahun 2021, Menteri Kewangan ketika itu, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mengumumkan BSH akan digantikan dengan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR). Isi rumah berpendapatan bulanan kurang RM2,500 dengan seorang anak atau tiada anak akan menerima bantuan sebanyak RM1,200 manakala isi rumah yang mempunyai dua anak atau lebih akan menerima RM1,800.

Bagi isi rumah berpendapatan bulanan antara RM2,501-RM4,000 dan mempunyai seorang anak atau tiada akan menerima bantuan RM800 manakala isi rumah yang mempunyai 2 orang anak atau lebih akan menerima RM1,200. Sementara itu, isi rumah berpendapatan bulanan antara RM4,001-RM5,000 dan seorang anak atau tiada akan menerima RM500 manakala isi rumah yang mempunyai dua orang anak atau lebih akan terima RM750. Golongan bujang berpendapatan bawah RM2,500 berumur 21 tahun ke atas turut menerima RM350.

4. Bantuan Keluarga Malaysia (BKM)

Pada tahun 2022 pula, Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) telah menggantikan Insentif kewangan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) pada tahun sebelum ini. Bagi mereka yang telah menerima Bantuan BPR tidak perlu membuat sebarang permohonan baru. Penerima hanya perlu kemaskini dan membuat semakan jika ada sebarang perubahan maklumat jika perlu. Peruntukan BKM ini adalah sebanyak RM8.2 billion.

Menerusi pembayaran ini, setiap penerima iaitu seramai 9.6 juta orang bakal menerima sehingga RM2,500 mengikut kategori kelayakan masing-masing dengan bayaran secara berperingkat. Pengagihan bantuan dibuat lebih menyeluruh seperti warga emas tiada pasangan dan golongan bujang masing-masing akan menerima BKM sebanyak RM600 dan RM350, bergantung kepada had pendapatan. Jumlah bayaran mengikut kategori adalah seperti di bawah:

5. Sumbangan Tunai Rahmah (STR)

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) telah pun dibuat secara berperingkat dan sedikit sebanyak memberi kelegaan buat rakyat. Jumlah tertinggi bagi bantuan ini adalah sehingga RM2,5000. Apa yang menarik lagi adalah bagi penerima miskin tegar, mereka layak menerima bantuan tambahan berupa bakul makanan sehingga RM600.

Bantuan ini diperkenalkan pada tahun 2023 dan Perdana Menteri ke-10 iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim. STR ini merupakan salah satu inisiatif di bawah konsep Payung Rahmah bertujuan untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan menghadapi cabaran kos sara hidup.

Bagi pemohon atau pasangan yang layak STR dan telah meninggal dunia pada tahun semasa, kerajaan menyediakan bantuan Skim Khairat Kematian (SKK) dalam bentuk tunai dan permohonan telah dibuka sehingga 31 Disember 2023. Anwar yang juga Menteri Kewangan, berkata program bantuan tunai untuk B40 di bawah Kementerian Kewangan itu dijenamakan semula kepada STR dan akan terus ditambah baik. Boleh rujuk infografik di bawah untuk lebih memahami tentang Sumbangan Tunai Rahmah.

Selama puluhan tahun, bantuan tunai di Malaysia telah mengalami transformasi yang mencerminkan matlamat kerajaan untuk memperbaiki keadaan hidup rakyat. Dari program-program bertumpukan keperluan rakyat dengan pendekatan yang lebih menyeluruh, bantuan tunai telah menjadi alat dinamik dalam mendepani cabaran sosial dan ekonomi yang semakin mencabar. Sangat penting bagi kita ambil tahu tentang sejarah bantuan tunai yang telah dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia untuk rakyatnya hidup lebih selesa. Baca juga artikel tentang bantuan-bantuan lain di SINI.

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button