Selain kimoterapi, terdapat pelbagai ikhtiar dan cara sembuhkan kanser antaranya termasuklah ayat Al-Quran. Penyakit kanser merupakan penyakit yang amat digeruni kerana ianya wujud dalam badan dan tidaklah dapat dilihat dengan mata kasar. Keperitan yang dihadapi pesakit hanya dirasai oleh penghidapnya. Pastinya ianya pengalaman yang sangat menyakitkan kerana terpaksa melalui proses kimoterapi.
Rawatan yang disarankan lazimnya adalah kimoterapi iaitu proses membunuh sel kanser. Di samping perubatan moden, sebagai umat Islam adalah menjadi satu ikhtiar juga untuk menggunakan perubatan Islam. Seperti Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Tidaklah Allah menurunkan penyakit kecuali Dia juga menurunkan penawarnya. (Hadis Riwayat Bukhari)”
Cara Ikhtiar Sembuhkan Kanser Menggunakan Ayat Al-Quran
Perkongsian ini telah diberitahu oleh seorang pendakwah terkenal tanah air iaitu Ustaz Kazim Elias di dalam salah satu ceramahnya. Berikut adalah ringkasannya:
Seboleh-bolehnya pergi ke Umrah dan baca surah Al-fil sebanyak 1 ribu kali sepanjang tawaf, saie dan sepanjang berada di Mekah.
Faja’alahum ka asyfim makkul (5)
Bila Rasa Kesakitan
Bila sakit, ambil tapak tangan dan letak pada bahagian kanser contohnya kanser payudara letak tangan pada bahagian dada dan bacakan zikir Ya Latif berulang kali.
Fadhilat Sikir Ya Latiff
- Meredakan kesakitan
- Menghilangkan kesakitan
Bila Nak Makan & Minum
Bagi mereka yang ada penyakit kanser dan sebagainya, letakkan air minuman dan makanan di hadapan, dan bacakan kepadanya Surah Ar-Ra’du sampai habis satu surah dan makan serta minum lah makanan tersebut. Jadikan amalan.
Video Penjelasan Perkongsian Ustaz Kazim Elias
Seperti yang dimaklumkan Ustaz, Al-quran itu ubat dan penawar. Apa pun nasihat pakar seperti doktor harus juga kita ikuti kerana mereka pakar dalam bidang tersebut. InshaAllah kita hanya mampu berusaha dan ikhtiar, tuhan yang menentukan dan mengizinkan segalanya. Semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua. Ramai yang tak tahu kuali non stick juga boleh menyebabkan kanser jika tidak menggunakan perkakas yang betul. Baca lanjut di SINI