7 Sebab Kenapa Kena Beli Air Fryer & Ini Senarai Air Fryer Murah Harga Mampu Milik!
Senarai Air Fryer Murah & Kelebihan Menggunakannya
Berapa harga Air Fryer murah yang bagus? Kalau dulu kita cakap nak goreng keropok lekor tanpa menggunakan minyak, mesti orang akan ingat kita gila. Tapi disebabkan teknologi sekarang, dengan adanya air fryer, benda ni boleh dilakukan! Cara air fryer berfungsi adalah ia akan mengedarkan udara panas di sekeliling makanan yang nak dimasak sampailah makanan tu masak, tanpa perlu menggunakan minyak pun!
Air fryer memang perkakas dapur yang sangat sesuai untuk korang yang nak mulakan cara pemakanan sihat dengan cara mengurangkan penggunaan minyak dalam masakan. Dekat bawah ni, kitorang senaraikan 7 kelebihan apabila menggunakan air fryer
Kelebihan Menggunakan Air Fryer
1. Perbelanjaan Dapur Lebih Menjimatkan
Bila korang dah ada air fryer, aktiviti penggorengan makanan dah tak perlukan minyak yang banyak lagi. Dengan ini, perbelanjaan dapur korang pun boleh jadi lagi jimat! Kalau sebelum ni mungkin korang perlu beli sebotol besar minyak masak yang sekarang harganya dah jadi mahal, tapi lepas dah ada air fryer, cukup hanya beli botol kecil je. Tapi kena beringat juga, air fryer ni pakai elektrik, jadi kena jimat-jimat guna elektrik boleh baca tips di SINI.
2. Makanan Kurang Minyak dan Kolesterol
Sumber Gambar Product Nation
Macam yang korang tahu, air fryer memang tak gunakan langsung atau cuma gunakan minyak yang sikit, membuatkan makanan korang kurang minyak dan kolesterol. Kalau korang ada masalah darah tinggi, bolehlah mula memasak dengan air fryer. Semoga dapat membantu mengurangkan kolesterol dalam badan.
3. Bukan untuk Menggoreng Je!
Walaupun namanya fryer (penggoreng), tapi perkakas dapur ni boleh lakukan bermacam benda lain juga! Selain daripada menggoreng, air fryer juga boleh memanggang ayam, gril ikan, dan juga membakar kuih dan kek! Satu perkakas, boleh buat macam-macam benda. Memang berbaloi untuk dibeli kan?
4. Jadikan Makanan Rangup Balik
Pernah tak pisang goreng atau keropok lekor yang korang beli, bila dibiar lama, mesti akan lembik dan liat kan? Nak makan balik pun dah jadi tak selera. Last-last buang je, habis membazir. Tapi kalau korang ‘goreng’ semula guna air fryer pisang goreng atau keropok lekor tadi, ia boleh menjadi rangup semula tanpa perlu menyerap minyak yang berlebihan.
5. Tak Menghasilkan Asap
Satu lagi kelebihan lain air fyer ni adalah ia dilengkapi dengan sistem penapis yang akan menapis udara yang keluar daripada dalamnya supaya tak ada asap. Jadi, tak ada lagi dah masalah dapur berbau! Kalau orang tanya kenapa nampak dapur tak berasap, korang jawab je sebab masak guna air fryer.
6. Memasak Lebih Cepat dan Efisien
Kalau nak goreng sesuatu dalam kuali, kita kena sentiasa perhatikan kuali tersebut sebab takut hangus. Tapi kalau masak gunakan air fryer, korang hanya perlu masukkan dalam bekasnya, tentukan setting suhu serta masa, dan biarkan je sampai dia masak. Jadi sementara nak tunggu tu bolehlah buat kerja rumah yang lain (ataupun nak berehat pun boleh). Ini sesuai untuk golongan ibu yang bekerja sekarang ni.
7. Senang Nak Dibersihkan
Mungkin korang tengok air fryer ni macam alat canggih yang susah nak digunakan dan dibersihkan. Tapi sebenarnya tak pun. Ia adalah satu perkakas dapur yang mudah nak digunakan dan dibersihkan. Kalau nak bersihkan, cuma keluarkan bekas serta jaring, dan cucinya dengan air dan sabun macam biasa. Perlu hati-hati jugak cuci tu jangan guna berus dawai takut rosak pulak nanti, guna span sahaja dah cukup.
Sumber Gambar Rasa
Senarai Air Fryer Murah Harga Mampu Milik!
Jangan fikir yang air fryer ni mahal hanya disebabkan ia nampak canggih. Dekat bawah ni kitorang senaraikan beberapa air fryer yang mempunyai harga yang mampu milik. Namun saiz ini juga adalah antara yang kecil hingga sederhana. Kalau nak beli yang besar wang pun kena besar la sikit kan.
Jadi kalau korang nak masakan yang lebih sihat, dapat jimatkan masa dan duit, apa lagi, pujuk-pujuklah encik suami untuk belikan satu air fryer di rumah. Ia pun tak mahal mana pun. Nanti bila dah berjaya pujuk encik suami untuk beli air fryer, korang baca pula tips-tips penggunaannya. Kalau nak kumpul duit sendiri boleh cuba cara ini.