Servis Aircond Sendiri Guna Remote Control Je? Biar Betul? Ini Perkongsian Seorang Jejaka
Cara Servis Pendingin Hawa DIY Menggunakan Alat Kawalan Jauh
Sekarang ni cuaca panas boleh tahan bahangnya sampai ke malam kadang-kadang kena buka aircond sebab tak tahan kan tapi tahu tak kita boleh servis aircond sendiri guna remote?. Bila dah selalu bukak tu memang kena rajin servis jugak lah kan untuk elak aircond cepat rosak ataupun tak sejuk. Biasanya aircond atau pendingin hawa ni perlu servis 6 bulan sekali atau setahun sekali.
Tapi dalam keadaan sekarang ni iaitu PKP 3.0 seluruh negara, penyelenggaraan aircond oleh juruteknik tak dapat dibuat sebab tak termasuk dalam senarai dibenarkan. Jadi macam mana nak buat kan? Jangan risau, sementara tunggu proses servis aircond dari pakar, korang boleh juga buat sendiri seperti yang dikongsikan seorang lelaki di media sosial
Cara Servis Aircond Sendiri Guna Remote Control
Servis aircond sendiri guna remote je? Betul ke? Bunyi mungkin agak pelik, tapi bila fikir balik secara logik, ada betul nya. Betul ini bukanlah servis yang memang korang perlu buat bagi setiap aircond itu. Tapi ini adalah cara untuk mengurangkan pengumpulan kotoran di aircond sekaligus dapat mengelakkan aircond jadi tak sejuk dan tak perlu lah korang panggil technician datang servis selalu kan.
Jadi tanpa membuang masa, ini adalah perkongsian seorang lelaki di media sosial bernama Syamzone. Korang boleh cuba ikut dan rasai perbezaannya sendiri.
1. Jangan Terus Matikan Aircond Selepas Guna
Menurutnya, cara pertama selepas menggunakan aircond pada waktu malam (kalau guna waktu pagi pun boleh lah buat juga) jangan terus matikan aircond tu! Sebaliknya buat langkah yang kedua di bawah
2. Tetapkan Mode daripada ‘Cool’ ke ‘Fan’
Sumber gambar Youtube
Biasanya kalau nak sejuk memang kita guna atau set mode ‘Cool’ kan? Jadi bila nak tutup tu, tukarkan dulu tetapan aircond kepada mod ‘Fan’. Pilih kelajuan kipas pada tahap paling tinggi atau maksimum.
3. Biarkan berjalan selama 15 minit
Jalankan operasi aircond dalam tetapan ‘Fan’ sehinga lebih kurang 15 minit dan setelah itu barulah matikan aircond tersebut.
Mengapa Perlu Buat Begini?
Mesti ramai tanya, kenapa perlu tetapkan ke mode ‘Fan’? Menurut insan ini, tujuan kita tetapkan ke mod kipas adalah kerana ia tidak akan mengaktifkan pemampat. Justeru itu hanya blower kipas fancoil sahaja berjalan dengan normal (tidak sejuk) serta udara bertiup.
Maka ia akan mengeringkan kelembapan yang ada pada bahagian dalaman unit aircond korang. Ini sekaligus akan membantu mengurangkan pengumpulan kotoran dan kulat (yang disebabkan oleh debu, kotoran serta kelembapan)
Jejaka ini turut menitipkan pesanan jangan lah pula untuk menetapkan semula mode airond kepada ‘Cool’ bila korang menggunakannya lagi pada esok hari atau masa akan datang. Nanti panas pulak aircond tu korang ingat dah rosak padahal tak tukar setting. Senang je kan servis aircond sendiri guna remote, tapi kalau rumah korang masih panas, mungkin boleh cuba tips sejukkan rumah, boleh baca lanjut di SINI.