InformasiCara Mudah

Cara Dapatkan Sijil Digital Vaksinasi MySejahtera Bagi Yang Sudah Lengkap Vaksinasi Tetapi Tidak Muncul Di MySejahtera

Langkah Dapatkan Sijil Digital Vaksinasi Di MySejahtera & Cara Print Sijil Vaksin Dalam Bentuk PDF

Masih ramai hadapi masalah untuk dapatkan sijil digital vaksinasi MySejahtera? Jangan risau di sini akan dikongsikan cara untuk mendapatkannya. Ye lah sekarang ni semua nak tunjuk sijil digital vaksin ni kan. Kalau tak tunjuk pun dia akan keluar di bahagian ‘Check-in’ bila masuk sesuatu tempat. Kalau dah lengkap vaksin tapi tak keluar status lengkap vaksin di MySejahtera macam mana?

Susah betul kan kalau jadi macam ni? Dah pergi tempat vaksin pun kadang mereka cakap tak boleh buat apa-apa sebab mereka dah buat dengan betul tapi MySejahtera yang belum update. Jadinya memang cara untuk dapatkannya adalah melalui MySejahtera. MySejahtera pula tiada pejabat atau talian telefon yang boleh telefon, yang ada hanyalah helpdesk, jadi ini langkahnya untuk membuat aduan di MySejahtera.

Cara Verifikasi Vaksinasi Untuk Paparkan Sijil Digital Vaksinasi MySejahtera

TERKINI: Menurut Twitter MySejahtera, hampir 70% masalah rekod vaksinasi dan sijil vaksinasi digital tidak dikemaskini dan tidak ditunjukkan ke dalam akaun MySejahtera adalah disebabkan proses verifikasi dan pengesahan untuk vaksinasi tidak dibuat terlebih dahulu. Justeru untuk melakukannya, ikuti langkah berikut:

  1. Pergi ke laman utama apilikasi MySejahtera
  2. Tekan ikon Vaksinasi COVID-19
  3. Tekan Vaksin Untuk (Nama Anda) / (Tanggunggan Anda)
  4. Pastikan maklumat yang diisikan adalah betul dan tepat
  5. Tekan ikon Sahkan
  6. Jawab semua soalan sehingga selesai
  7. Tekan Pautan ‘Click here to confirm your appointment’ untuk mengesagkan kehadiran temujanji
  8. Selepas proses memuat naik rekod vaksinasi oleh pihak MySejahtera berjaya dilakukan, rekod vaksinasi dan sijik vaksinasi digital akan dikemaskini dan dipaparkan ke dalam aplikasi MySejahtera

Cara Dapatkan Sijil Digital Vaksinasi Melalui Bantuan Teknikal MySejahtera

Untuk mendapatkan sijil digital vaksinasi menerusi bantuan teknikal MySejahtera, sila ikuti langkah berikut:

1. Layari laman web : mysejahtera.malaysia.gov.my/help/

 

2. Klik Mula

3. Pilih ‘M’ iaitu Saya telah divaksin tetapi maklumat vaksinasi saya belum dikemaskini di Laman Vaksin saya

4. Pilih ‘Nombor Telefon’ dan masukkan semua maklumat yang diperlukan

5. Klik Seterusnya

6. Pilih Dos yang perlu dikemas kini lalu klik seterusnya

7. Masukkan maklumat vaksinasi anda dan klik seterusnya

8. Ambil gambar kad vaksinasi dan muat naik gambar tersebut dengan klik ‘Browse’ dan pilih gambar tersebut

9. Klik Hantar

10. Selesai. Proses bagi mendapatkan sijil digital vaksinasi akan mengambil masa lebih kurang 2 minggu kerana perlu melalui proses verifikasi dengan PPV yang berkenaan

Cara Cetak Sijil Vaksin MySejahtera PDF Bagi Perjalanan Tempatan & Luar Negara

Kemaskini terbaharu daripada MySejahtera adalah sekarang ni korang dah boleh print atau save Sijil Digital Vaksinasi dalam bentuk PDF. Jadi urusan lepasni lebih mudah jika nak guna untuk berjalan ke luar negeri atau luar negara. Mungkin ada beberapa hotel yang minta bukti korang dah lengkap vaksinasi ke belum, jadi tak perlu lah screenshot je daripada MySejahtera tu. Bagi je pdf ni senang. Cara nak dapatkannya mudah je ikut langkah ni:

1. Pastikan kemaskini atau update dulu MySejahtera di App Store, Play Store atau AppGallery

2. Buka aplikasi MySejahtera dan klik tutup untuk keluar dari bahagian Check-in kepada Menu Utama

3. Klik Profil dan scroll ke bawah sehingga jumpa butang Download di bahagian bawah Siji Digital Vaksinasi

Mudah je kan cara nak dapatkan sijil digital vaksinasi Mysejahtera? Selepas siap buat laporan di helpdesk boleh semak beberapa hari kemudian sama ada telah dikemaskini ataupun belum. Semoga dapat membantu mereka yang memerlukan. Jangan lupa share pada orang lain yang hadapi masalah ni. Kalau ada masalah MySejahtera lama nak padam dan tukar maklumat MySejahtera tanggungan kepada MySejahtera sendiri boleh rujuk di SINI

 

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button