Ramai lagi tak tahu sebenarnya kita boleh simpan duit Tabung Haji potongan gaji sahaja. Kalau tiap-tiap bulan nak kena pergi kaunter semata-mata untuk simpan duit memang leceh kan. Jadi sekarang ni Tabung Haji dah sediakan kemudahan untuk kita simpan duit secara online je tanpa perlu ke kaunter. Malah, korang hanya perlu buat tetapan potongan gaji bulanan ini satu kali sahaja dan ianya akan berterusan setiap bulan menerusi kaedah direct debit.
Apa yang bagus kaedah simpan duit di tabung haji menggunakan potongan gaji secara bulanan ini? Kelebihannya adalah korang tak akan terlupa atau terlepas untuk menyimpan setiap bulan kalau terlalu sibuk dan kadang-kadang memang tak ingat. Lagi satu jimat masa sebab korang tak perlu tekan dan ingat nombor akaun setiap bulan. Selain itu ia juga bagus untuk mempunyai simpanan yang konsisten setiap bulan. Ye lah kadang tu kita liat nak keluarkan duit untuk menyimpan, jadi yang ini dia akan buatkan untuk kita tanpa kita perasan sangat.
Cara Simpan Duit Tabung Haji Potongan Gaji Secara Bulanan Guna Direct Debit
Selain tujuan utama menyimpan dalam tabung haji adalah untuk menunaikan ibadah haji itu sendiri, ianya juga merupakan satu jenis simpanan atau pelaburan yang baik. Ini kerana tabung haji juga menyediakan dividen atau keuntungan bagi simpanan yang dibuat setiap tahun. Maksudnya simpanan korang tu tak akan berkurangan malah akan bertambah lagi setiap tahun.
Contoh kalau kita simpan secara konsisten sekurang-kurangnya RM30 setiap bulan, setelah 30 tahun berikutnya jumlah akan menjadi RM10,800. Jumlah ini dah cukup untuk buat pergi haji sebab kos bagi haji kali pertama adalah RM 9,980. Tak ada lah nanti fikir mana nak cari duit banyak macam tu kan kalau mula menyimpan dari sekarang. Jadi macam mana cara nak potong gaji untuk simpan dalam tabung haji secara bulanan? Rujuk panduan berikut:
Langkah Untuk Buat Potongan Gaji Ke Tabung Haji
1. Log masuk ke THiJARI
*Pastikan telah mendaftar dahulu untuk mengakses THiJARI. Jika belum rujuk panduan di SINI
2. Klik pada menu ‘Pindahan’
3. Kemudian klik pilihan ‘Pendaftaram Direct Debit – Bank Akaun Ke TH’
4. Lengkapkan maklumat akaun TH yang ingin dimasukkan duit setiap bulan serta maklumat bank yang mana gaji pemohon diterima atau mana-mana bank yang ingin dipilih
5. Pilih kekerapan atau frekuensi untuk membuat simpanan. Ini maksudnya adalah bila ingin membuat simpanan sama ada potongan secara setiap bulan, setiap 2 bulan atau sebagainya.
6. Seterusnya akan dipaparkan laman web bank yang telah dipilih untuk membuat pengesahan No. TAC
7. Notifikasi akan dihantar setelah permohonan berjaya dibuat
8. Selesai permohonan dan mulai bulan yang ditetapkan, potongan gaji akan dibuat secara bulanan untuk dimasukkan ke Tabung Haji
Pengemaskinian / Pembatalan
Kalau tiba-tiba lepas beberapa bulan rasa nak tambah atau kurangkan amaun simpanan mahupun nak batalkan terus potongan gaji ni, jangan risau boleh buat pada bila-bila masa. Ikut je steps ni:
1. Log masuk ke Portal THiJARI seperti pautan disediakan di atas
2. Klik pada menu ‘Pindahan’
3. Klik ‘Penyelenggaraan Direct Debit’
4. Pilih sama ada ingin membuat ‘Penyelenggaraan’ atau ‘Pembatalan’
5. Ikut langkah berikutnya sehingga selesai.
Jadi selepas ini tak ada lagi alasan sibuk lah tak sempat nak pergi tabung haji untuk simpan duit sebab dah tahu cara simpan duit tabung haji potongan gaji. Semuanya boleh dibuat secara atas talian atau online sahaja sekarang. Mula lah menyimpan walaupun sedikit. Ingatlah bahawa Allah akan memanggil atau menjemput tetamuNya apabila dikehendakiNya. Selain berdoa kita harus juga berusaha semampu kita. Nak tahu cara lain untuk simpan duit di Tabung Haji boleh rujuk di SINI