Rumah

4 Tips Elak Soket Elektrik Di Rumah Mudah Terbakar. Nombor 1 Ramai Orang Buat!

Cara Hindari Soket Rumah Terbakar (Plug Meletup)

Kita kena tahu betapa pentingnya untuk elak soket elektrik mudah terbakar atau daripada plug mudah panas dan meletup kerana kesilapan kecil tersebut mampu menjadikan kita tinggal sehelai sepinggang. Di Malaysia, sejumlah 7,447 kes kebakaran struktur dicatatkan pada tahun 2021 dengan 60 peratus daripadanya disebabkan oleh punca elektrik menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Walaupun sebahagian perkara yang perlu kita lakukan bagi menjaga keselamatan soket elektrik di rumah ini nampak remeh, namun sangat penting untuk kita beri perhatian bagi mengelakkan kehilangan harta benda dan paling penting nyawa. Ini 5 tips korang wajib buat bagi elak elektrik di rumah korang panas dan mudah terbakar.

Tips Elak Soket Elektrik Mudah Terbakar (Plug Elektrik Meletup)

1. Jangan Guna Banyak Plug Pada Satu Soket, Overloading sebabkan Overheating!

Sumber Gambar @ElecSafetyFirst

Paling senang nak ingat ialah overloading = overheating. Maksudnya kalau korang overload atau berlebihan penggunaan pada satu-satu soket elektrik, overheating atau terlalu panas pasti akan berlaku kerana soket elektrik tersebut ‘bekerja’ atau menyalurkan arus elektrik melebihi kapasitinya tersendiri. Ini termasuklah untuk korang yang selalu menggunakan extension plug pada soket elektrik untuk disambung kepada lebih dari satu peralatan elektrik.

Pastikan jumlah penggunaan elektrik peralatan yang disambung pada satu-satu soket itu tidak melebihi kapasiti soket itu tersendiri, kalau mula terasa suam atau panas pada soket tersebut, segera matikan suis, dan pindahkan penggunaan beberapa peralatan elektrik tersebut ke soket lain. Soket elektrik yang suam atau panas tadi boleh digunakan semula setelah suhunya lebih sejuk.

2. Buat Pemeriksaan Sistem Pendawaian Di Rumah, UPAH PAKAR!

Sumber Gambar Coyne College

Sistem pendawaian elektrik rumah ialah sesuatu yang korang mesti beri perhatian terutamanya sistem pendawaian rumah yang lama atau dilakukan bukan oleh mereka yang pakar seperti wireman. Sistem pendawaian rumah korang juga mestilah sesuai dengan peralatan elektrik yang korang gunakan di rumah bagi elak soket elektrik rumah korang tidak panas dan mudah terbakar.

Contohnya, kalau rumah korang mempunyai mesin pengering pakaian di mana penggunaan elektrik peralatan ini agak tinggi, adalah lebih selamat untuk pastikan soket untuk kegunaan mesin pengering pakaian itu menggunakan saiz wayar yang lebih besar/tebal. Ini adalah untuk mengelakkan berlakunya overloading arus elektrik pada wayar soket tersebut yang akan menjurus kepada overheating. Kerosakan pada wayar atau soket dan juga penggunaan fius soket yang tidak sesuai boleh menyebabkan overheating berlaku.

Untuk perkara ini, benda terbaik yang korang boleh lakukan untuk mendapatkan khidmat mereka yang profesional dalam bidang ini seperti wireman atau chargeman yang diiktiraf. Jangan berkira dalam perihal keselamatan tetapi anggaplah itu pelaburan untuk memastikan soket elektrik rumah korang selamat untuk digunakan.

3. Guna Peralatan Elektrik Yang Ada Cop SIRIM

Sumber Gambar Selangor Kini

Mesti korang selalu dengar pesanan untuk pastikan beli barangan yang mempunyai pelekat logo SIRIM kan? Peralatan elektrik yang sudah diiktiraf SIRIM kebiasannya akan disertakan dengan pelekat yang mempunyai logo SIRIM, bermaksud peralatan tersebut selamat digunakan kerana telah menepati piawaian keselamatan SIRIM, dan seterusnya dapat elak soket elektrik dari mudah panas dan terbakar.

Perkara ini penting untuk kita beri perhatian kerana terdapat peralatan elektrik di luar sana yang tidak menepati piawaian dan memberi risiko keselamatan kepada penggunananya. Sesetengah pengecas yang digunakan untuk banyak peranti atau peralatan elektrik boleh mengubah voltan atau arus elektrik untuk menampung peranti yang dipalamkan. Ini boleh menyebabkan plag peranti atau peralatan tersebut menjadi panas secara mendadak, secara langsung juga akan meyebabkan soket elektrik rumah korang menjadi terlebih panas dan mudah terbakar. Jadi ingat, tak ada pelekat SIRIM, jangan beli.

4. Sambungan Kepala Plag Dengan Soket Longgar? Betulkan Dengan Segera!

Sumber Gambar Youtube Fix This House

Sambungan antara plag dan soket wajib kita pastikan ketat dan serapat yang mungkin. Hal ini kerana sambungan antara palam dan soket yang longgar akan menyebabkan berlakunya rintangan sentuhan. Semakin tinggi paras rintangan sentuhan, semakin tinggi haba akan dihasilkan apabila arus elektrik mengalir melalui soket elektrik ke palam peralatan elektrik tersebut.

Peningkatan suhu dari kejadian ini juga akan menyebabkan peningkatan suhu pada soket elektrik yang akan menyebabkannya mudah terbakar. Perkara ini mungkin nampak remeh bagi sesetengah kita, tetapi percayalah, ini bukan sekadar mampu elak soket elektrik rumah korang overheat, tetapi mampu menyelamatkan harta benda dan nyawa korang juga keluarga.

Cukup korang ikut dan amalkan 4 tips mudah ini, korang secara tak langsung memastikan keselamatan harta benda dan keluarga. Ingat, perkara berkaitan elektrik dan kebakaran jangan dipandang enteng. Mencegah lebih baik dari merawat!Bomba kata wajib periksa kotak suis utama sebulan sekali elak litar pintas. Caranya rujuk di SINI.

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button