KesihatanCara Mudah

Stres Kerja Apa yang Patut Dibuat? Lagi-lagi Yang Work From Home Tu!

Tips Apa Perlu Buat Jika Menghadapi Tekanan Kerja

Tekanan semasa kerja kadang-kadang boleh membuatkan kita rasa lelah dan stres kerja. E-mel yang kena dibalas, lambakan kerja yang bos tiba-tiba bagi, rakan sekerja yang tak memberikan kerjasama, semua ni boleh menjuruskan kepada satu perkara iaitu stres. Lagi-lagi sekarang ni musim semua kerja dari rumah atau work from home (wfh) kadang tu sampai ke malam buat kerja. 

Rasa sedikit tertekan bila bekerja selalunya adalah benda yang normal, lagi-lagi kalau kerja korang melibatkan deadline atau perlu selesaikan sesuatu benda yang mencabar. Tapi bila rasa stres kerja tu semakin teruk, ia boleh memberi kesan yang buruk kepada kesihatan fizikal dan mental korang juga.

5 Tips Menghadapi Stres Kerja Yang Patut Buat Sebelum Terlambat

Sumber Gambar Personnel Today

Menghadapi rasa stres kerja sama ada semasa bekerja atau di tempat kerja adalah satu benda yang memang tak dapat dielakkan, walaupun sebenarnya korang suka lakukan kerja tu. Ada beberapa tips yang korang boleh lakukan, untuk memastikan kadar stres yang korang lalui tu tak berlebihan.

1. Ketahui Perbezaan Apabila Rasa Stres! Jangan Tak Pedulikannya

Walaupun benda ni korang mungkin rasa mudah, tapi dengan kenal pasti macam mana tekanan yang dialami tu mempengaruhi kehidupan seharian, ia boleh membantu dalam mengurangkan rasa tekanan yang dirasai. 

Ramai orang selalu ambil mudah dengan rasa stres yang dialami, sampaikan akhirnya tekanan tu beri kesan pada kesihatan fizikal, mental, dan emosi diorang. Bila seseorang tu terdedah dengan tekanan yang berterusan, ia boleh membuatkan seseorang tu rasa sangat lesu dan juga boleh menyebabkan masalah kemurungan.

Tanda-tanda korang sedang alami stres:

  • Rasa penat yang teramat sangat
  • Sakit kepala
  • Tak boleh tidur
  • Hilang selera makan
  • Jantung berdegup laju
  • Sentiasa berpeluh
  • Kurang keyakinan diri
  • Sentiasa sakit

2. Dah Tahu Stres, Ambil Masa untuk Berehat

Kadang-kadang, ambil masa selama beberapa minit untuk diri sendiri pun dapat bantu daripada rasa terlalu stres. Kalau ada masa terluang lepas mesyuarat ataupun masa rehat, tontonlah video-video kelakar di Youtube atau dengar muzik yang korang gemari. Ia boleh bantu korang rasa lebih relaks dan membautkan fikiran lebih tenang. Solat, berzikir dan baca quran juga mampu menenangkan korang juga.

Elakkan daripada fikirkan hal-hal kerja di luar waktu pejabat. Bila dah sampai di rumah atau dah tamat waktu bekerja bagi yang wfh, itu adalah masa untuk korang berehat daripada fikirkan hal-hal tentang kerja. Jadi elakkan daripada membalas mesej atau e-mel yang melibatkan kerja, melainkan ia betul-betul penting.

3. Urus Masa dengan Lebih Baik, Jangan Tangguh Kerja!

Sumber Gambar First Cry

Ada sesetengah orang, dia rasa stres sebab diorang tak dapat nak uruskan masa dengan baik. Bila jadi macam tu, bebanan kerja kadang-kadang datang dalam bentuk yang menggunung dan deadline yang semakin singkat membuatkan orang tu jadi semakin stres.

Cuba agihkan tugasan-tugasan korang pada setiap awal minggu. Susun kerja-kerja yang perlu dilakukan mengikut kepentingan masing-masing. Dan satu lagi yang paling penting, korang kena elakkan daripada menangguh-nangguhkan dan buat kerja di penghujung deadline!

4. Dapatkan Sokongan Moral, Telefon Kawan & Keluarga 

Jangan lupa untuk berhubung dengan keluarga atau kawan yang rapat dan korang selesa untuk luahkan apa yang dirasai. Kadang-kadang, bila rasa stres kerja tu korang pendam lama-lama, ia boleh membawa kepada masalah lain pula yang lagi besar. 

Kalau minggu tu korang ada terlalu banyak kerja sampai rasa tak cukup tangan, cuba minta bantuan keluarga atau kawan untuk hantar atau ambil anak di sekolah pada hari-hari tertentu. Dengan mempunyai seseorang untuk bantu korang di saat kesusahan, ia akan dapat membuatkan rasa stres tu menyurut.

5. Cuba Berbincang dengan Bos, Jangan Takut!

Bila korang dapat sokongan dan kata-kata semangat dari bos, bebanan dan tekanan yang dirasai tu akan dapat dikurangkan. Cuba setkan masa untuk berbincang dengan dia secara berdua mengenai stres yang korang rasai di tempat kerja yang mungkin disebabkan oleh kerja yang terlalu banyak atau terlalu mencabar.

Elakkan daripada merungut atau marah-marah, sebaliknya cuba berbincang dengan baik untuk selesaikan masalah tu. Kalau tips ni rasa terlalu menakutkan atau hubungan korang dengan bos kurang baik, cuba untuk berbincang dengan bahagian HR syarikat. Diorang boleh cuba untuk selesaikan masalah yang korang hadapi.

Kesimpulannya, kerja memanglah kerja juga, tapi kesihatan diri tu lagi penting daripada stres kerja. Sekarang ni, nak cari kerja yang kurang memberikan stres tu susah, tapi apa yang korang boleh buat adalah dengan cuba untuk kendalikan tekanan yang dirasai tu dengan melakukan tips-tips di atas! Kalau nak tahu tips kerja dari rumah boleh baca di SINI.

 

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button