MakananInformasi

Apa Akan Terjadi Kalau Anda Suka Makan Lewat Malam? Ini Cara Elak Lapar Tengah Malam

Kenapa Tidak Baik & Perlu Elak Makan Lewat Malam

Lepas pukul 12 je mesti rasa nak pergi dekat dapur, cari makanan apa yang boleh dimakan sebab dah terbiasa suka makan lewat malam. Dengan telefon dekat tangan, nak tengok bola ataupun drama yang terlepas siang hari tadi, mulut pula rasa macam nak mengunyah sesuatu. Tak pun, kita dah tidur lepas pukul 10 malam tapi pukul 2 terjaga pulak, sebab perut berbunyi rasa lapar nak makan. Banyak keburukan kalau kita teruskan habit ni. Dari segi kesihatan dalam badan dan juga mental kita.

Suka makan lewat malam? Ini sebab kenapa perlu elak makan selepas jam 12 malam

Sumber Gambar Zonia

1. Susah Turun Berat Badan (Eating Disorder)

Korang perlu tahu yang berat badan senang sangat naik apabila kerap makan di waktu tengah malam. Kalori yang kita ambil di tengah malam akan di simpan sebagai lemak (fat) di dalam badan, maka terjadilah berat badan naik secara mendadak. Konsep “Kalori hanya lah kalori” tidak boleh digunakan apabila kita makan selepas jam 12 tengah malam. Lagipun, lepas makan mesti akan terus rasa mengantuk dan terus tidur kan? Hah jangan tipu lah. 

2. Kecelaruan Makan (Eating Disorder)

Pernah ke korang rasa macam setiap kali waktu malam sebelum nak tidur je mesti nak kena kunyah sesuatu baru lah boleh tidur dengan tenang. Itu kemungkinan besar korang ada masalah dengan NES iaitu Night Eating Syndrome. Haa jangan main-main! Kalau selalu terjadi, itu bukan fikiran sahaja, tu penyakit tau!

Sumber Gambar Straitstimes

3. Tahap Ingatan dan Tumpuan Yang Lemah

Bukan sahaja bawa parah pada badan, malah kepada otak juga! Waktu makan korang secara tak langsung akan beri kesan (effect) kepada sistem di dalam otak seperti lambat belajar ataupun kurang beri tumpuan dalam sesuatu perkara. Kalau korang perasan juga, korang akan senang jadi pelupa. Sekali sekala suka makan lewat malam tak apa, tapi kalau dah selalu pukul 2 pagi bangun cari makan, tu yang boleh jadi macam ni. 

Sumber :Memory Improvement Tips

Jadi, apa yang korang boleh buat untuk elakkan benda macam ni terjadi kat badan korang?

Cara Untuk Elak Lapar di Waktu Tengah Malam!

Sumber Gambar medicalnewstoday

Makan Seperti Biasa Pada Waktu Siang!

Jangan pernah rasa korang perlu hadkan waktu makan pada waktu siang. Apabila mengamalkan ‘3 meals a day’ atau 3 hidangan sehari, senang untuk korang kawal selera makan masing-masing. Sarapan jangan tinggal sebab itu paling penting untuk beri tenaga pada kita, makan tengah hari boleh makan hidangan berat seperi nasi atau mee, dan  ,makan malam pula boleh awalkan untuk makan.

Antara cadangan waktu makan:

Sarapan : Antara pukul 7 pagi hingga 8 pagi

Makan Tengah Hari : 12 tengah hari atau 1 petang (4 ke 5 jam selepas sarapan)

Makan Malam : Sekitar jam 6 petang (tidak kurang 3 jam sebelum tidur)

Minum air kosong dengan banyak!

Sebenarnya kita boleh kelirukan atau twist otak kita untuk fikir yang kita sudah kenyang, sedangkan sebenarnya korang kenyang air sahaja! Tak apa, air tu akan diproses jadi buangan korang nanti! Malah minum air 2 liter sehari amat digalakkan oleh pakar kesihatan. Jadi bila lapar tengah malam minum air kosong je! Jangan korang cari bubble tea ke ape pulak, habis nanti. 

Apa yang paling sesuai boleh dimakan kalau lapar sangat waktu malam?

Sumber Gambar healthline

Tapi macam mana eh kalau lapar gila-gila waktu malam ni? Rasa macam kena juga makan sesuatu. Kalau tak nanti tak boleh tidur pula…

  • Kalau boleh elakkan makanan ringan daripada ada di dalam rumah. Memang susah bila keluar daripada pasar raya tak beli makanan ringan tapi kena ingat kalau makanan ringan tak ada dalam rumah, pilihan yang ada hanyalah makan kudapan yang sihat ataupun boleh juga minum milo ataupun nestum/oat. Mengenyangkan juga!
  • Boleh makan telur rebus dengan kicap. Ni pun satu protein yang tinggi untuk kekalkan korang kenyang pada jangka masa lama sikit. Jangan pula makan dengan nasi! Memang tak jadi.

Suka makan lewat malam tu dah bahaya, tapi kalau suka makan maggi pun bahaya juga. Kalau korang suka makan maggi pula, boleh baca SINI

 

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button