KesihatanMakanan

Suka Makan Pedas? Ini Kesan Bahaya Pada Tubuh Yang Wajib Tahu & Kebaikannya Juga

Kelebihan Dan Kekurangan Makanan Pedas

Rakyat Malaysia lazimnya suka makan pedas. Semakin pedas makanan tu, semakin ramai yang nak mencuba. Contohnya macam nasi ayam geprek yang ada pelbagai tahap kepedasan yang pernah tular di setiap media sosial suatu ketika dulu. Korang pula macam mana? Makan pedas ni sebenarnya ada baik dan buruk dia juga tau.

Kebaikan Makan Makanan Pedas Bagi Yang Suka Makan Pedas

Sumber Gambar teepublic

Capsaicin ialah kompaun di dalam cili yang memberikannya rasa pedas. Kebaikan dari makan makanan pedas yang korang boleh dapat ialah dari capsaicin dalam cili tulah! Antara kebaikannya adalah:

Berpotensi mengurangkan risiko sakit jantung dan strok

Korang tau tak makan makanan pedas boleh kurangkan risiko sakit jantung sehingga 40% berbanding mereka yang tak makan pedas? Dapatan ini ialah hasil kajian yang dijalankan oleh Institut Neurologikal Mediterranean, Itali.

Kajian oleh Universiti Vermont pula menunjukkan pengambilan cili secara harian mampu mengurangkan risiko kematian disebabkan penyakit jantung dan strok sebanyak 13%.

Mampu kurangkan berat badan

Makan makanan pedas juga boleh membantu korang untuk menurunkan berat badan kerana capsaicin di dalam cili mampu meningkatkan kadar metabolisme badan korang.

Kajian yang dijalankan pada tahun 2012 oleh Universiti Hokkaido menunjukkan pengambilan 10 gram cili mampu meningkatkan kadar pembakaran lemak. Kajian yang persis oleh Universiti Purdue pada tahun yang sama menunjukkan dapatan yang lebih kurang serupa.

Melegakan Kesakitan

Kalau korang kerap mengambil makanan pedas, lama-kelamaan ketahanan lidah korang terhadap kepedasan akan meningkat, sama juga halnya mereka yang mengalami pedih ulu hati bila makan makanan pedas.

Kajian oleh New England Journal of Medicine menunjukkan 30 individu yang mengalami masalah pedih ulu hati mengambil 2.5 gram cili mengalami kesakitan selama 5 minggu, kemudian kesakitan tersebut berkurangan dan hilang.

Keburukan Makan Makanan Pedas Berlebihan

Sumber Gambar Wikipedia

Walaupun makanan pedas tu banyak kebaikan, tapi kalau korang suka makan pedas secara berlebihan juga boleh beri keburukan tau! Antaranya seperti:

Menyebabkan gangguan kognitif atau memori

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, kajian baharu menunjukan orang tua harus berhati-hati apabila mengambil makanan pedas memandangkan ia boleh menyebabkan gangguan kognitif.

Kajian yang dijalankan selama 15 tahun ke atas 4500 orang orang dewasa berbangsa cina berumur 55 tahun ke atas menunjukkan individu yang mengambil lebih 50 gram cili sehari akan lebih mengalami kemerosotan kognitif dan memori, dan lebih cenderung terhadap mereka yang bertubuh kurus.

Masalah penghadaman dan kesakitan pada perut juga usus

Korang perasan tak kalau korang suka makan pedas terlalu banyak, ada antara kita yang mudah untuk sakit perut. Sesetengah orang cakap ‘alah’ pada makanan pedas.  Walaupun makanan pedas tidak menyebabkan ulser pada perut, namun pengambilan berlebihan boleh mengakibatkan:

  1. Irritable Bowel Syndrome (Sindrom Rengsa Usus)
  2. Masalah penghadaman 
  3. Rasa sakit dan pedih pada perut

Mencederakan rongga mulut dan saluran pemakanan

Kalau dulu korang pernah dengar, terdapat kes seorang selebriti Youtube yang mengalami kekoyakan di esofagusnya kerana muntah dengan dasyat akibat makan cili dalam kuantiti yang berlebihan sehingga pengsan dan meracau. Dia kemudiannya diberi bantuan kecemasan dan dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut.

Sumber Gambar healthyeating

Makanan pedas ini memang banyak kebaikannya namun setiap benda jika diambil berlebihan, tetap akan ada keburukannya. Jadi berpadalah dan bersederhalah dalam setiap sesuatu. Makanan apa pulak yang baik dan tak baik untuk dimakan bagi kulit muka yang bersih tanpa jerawat? Boleh baca lanjut di SINI

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button