Makanan Ni Masih Elok Ke Dah Basi? Ini 5 Tips Untuk Elak Keracunan Makanan & Tahu Tanda Makanan Basi
Cara Mudah Ketahui Makanan Basi Atau Dah Rosak & Tidak Elok Untuk Dimakan
Macam mana nak tahu tanda makanan basi? Bulan Ramadan dah menjelang, maksudnya kita akan mula berpuasa. Di negara kita bulan Ramadan ni selain ibadah, akan buat kita asyik terfikirkan makanan. Ada di antara kita akan masak atau beli makanan awal untuk sahur atau berbuka bagi menjimatkan masa terutamanya bagi yang bekerja. Kadang-kadang kita tak perasan sama ada makanan tersebut masih elok atau dah basi, ini tips untuk korang elak termakan makanan basi:
Tips Ketahui Tanda Makanan Basi Atau Rosak Dan Tidak Elok Untuk Dimakan
Sumber gambar Suara
1. Berkulat? Jangan Fikir Banyak, Terus Buang Semua! Jangan Buang Bahagian Tu Je.
Sumber Gambar Rootsofscience
Makanan yang berkulat menandakan makanan tersebut sudah tak boleh dimakan. Kulat yang terdapat pada makanan mempunyai bakteria yang tak boleh dilihat dengan mata. Kulat ini juga boleh mendatangkan penyakit seperti keracunan makanan, alahan dan masalah pernafasan. Sekiranya korang termakan makanan yang dah berkulat ni, segera berjumpa dengan doktor untuk memastikan tiada sebarang jangkitan lain. Terdapat kes di mana kulat pada makanan ini boleh meragut nyawa akibat toksin beracun yang dihasilkan kulat tersebut.
Jika makanan dah berkulat, buang semuanya, korang jangan buang bahagian yang nampak berkulat sahaja, tapi makan yang selebihnya. Ini kerana akar kulat boleh tumbuh di dalam makanan yang mana walau telah dibuang pada permukaannya dan masih boleh membahayakan kesihatan korang.
2. “Eh.. Dah Berubahlah Warna Makanan Ni!”
Sumber Gambar Says
Elakkan makan makanan yang dah berubah warna dari warna asalnya. Contohnya daging kalau sebelum dimasak, bertukar warna dari warna merah ke warna coklat, maksudnya daging tersebut dah tak segar dan tak selamat makanan. Sama juga halnya selepas dimasak, kalau berubah warna dari warna coklat ke warna kelabu, elakkan dari dimakan.
Cara tengok perubahan warna makanan ini paling sesuai untuk makanan yang mengandungi bahan-bahan segar seperti sayur, daging dan tenusu segar. Untuk makanan yang dibuat dengan bahan pengawet, warnanya mungkin boleh mengelirukan dan korang kena perhatikan tanda-tanda yang lain.
3. Tengok Makanan Dah Berlendir, Bila Pegang Melekit Pula
Sumber Gambar teachinggarden
Korang masak nasi atau mee goreng pada waktu pagi untuk sahur, makan tak habis, kemudian berniat nak jadikan juadah berbuka. Selepas tu tengok makanan dah berlendir. Jangan makan, diulangi, jangan makan. Kalau tengok makanan dah berlendir, itu merupakan salah satu tanda makanan basi dan tak selamat dimakan.
Lendir tersebut terhasil akibat makanan yang dicemari oleh bakteria. Antara makanan yang mudah berlendir bila sudah basi ialah nasi, mee goreng, sayur dan sebagainya.
4. Cuba Hidu, Kalau Busuk dan Tengik, Lebih Elok Dibuang Sahaja
Sumber Gambar BBC
Menurut garis panduan KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia), makanan yang berbau busuk dan tengik ialah salah satu tanda makanan tersebut sudah basi dan mereput. Walaupun kita melihat makanan tersebut masih nampak elok dari segi rupanya, tapi jika berbau tengik, lebih selamat untuk tidak dimakan dan dibuang sahaja, dari mendedahkan diri korang terhadap risiko keracunan makanan.
Tak nak lah ada yang sakit perut masa berpuasa nanti, tak pasal-pasal kena ada yang berbuka puasa awal nanti. Dah kena ganti pulak puasa lain hari nanti kan susah.
Sumber Gambar Facebook
5. “Pelik Pula Rasa dan Tekstur Makanan Ni”
Sumber Gambar wonderopolis
Kalau makanan tu tak berkulat, tak berlendir, bau pun tak busuk, tiba-tiba bila korang makan, rasa pelik dan basi pula. Tekstur makanan pun dah lain, itu maksudnya makanan tu dah tak selamat untuk dimakan. Kita ambil contoh buah epal, sepal sepatutnya rasa manis dan mempunyai tekstur yang rangup. Kalau epal tersebut rasa masam dan lembik, itu bermaksud epal tersebut sudah tak elok untuk dimakan.
Sama juga halnya dengan makanan yang dimasak seperti nasi, kalau nasi tu dah berbau keras dan masam, teksturnya pula menjadi terlebih lembik atau terlalu keras, itu menandakan nasi tersebut sudah basi.
Kesimpulannya, kita kena sentiasa berwaspada apabila melibatkan makanan yang kita makan, terutamanya bulan Ramadan ni, supaya puasa kita pun terjaga. Tak salah nak masak dalam kuantiti yang banyak untuk menjimatkan masa, tapi pastikan makanan tersebut tidak ada tanda makanan basi untuk elak pembaziran. Kalau puasa rasa selalu sakit perut mungkin disebabkan gastrik tu. Nak tahu tips puasa penuh walaupun gastrik baca di SINI