PekerjaanInformasi

Tanggungjawab Majikan Pada Pekerja: Kerja Tak Lebih 12 Jam Sehari, Ada 1 Cuti Rehat Dalam Seminggu!

Senarai Tanggungjawab Majikan Kepada Pekerja

Tanggungjawab majikan pada pekerja kebelakangan ini sering kali tidak dipedulikan. Antaranya ialah gaji tidak dibayar, dibayar gaji lambat, bayaran gaji tidak cukup seperti tidak dikira overtime (OT) dan banyak lagi. Sebenarnya ramai lagi tak tahu kita sebagai pekerja ada hak juga untuk dipertahankan. Pihak kerajaan juga dah menggariskan pelbagai akta untuk melindungi hak pekerja di Malaysia.

Di Malaysia, Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) di bawah Kementerian Sumber Manusia bertanggungjawab dalam menyelaras hal ehwal pekerja di negara kita. Jadi jangan ingat majikan ni boss maka kita perlu ikut je semua benda yang disuruh buat. Kalau benda tu melanggar hak kita sebagai pekerja mengikut akta, majikan tersebut boleh dikenakan tindakan tau! Antara tanggungjawab majikan pada pekerja adalah seperti di bawah.

TERKINI: Pindaan Akta Kerja 1955 diteruskan mulai 1 Januari 2023

KEMASKINI: Kerajaan Memutuskan Pindaan Akta Kerja 1955 Ditangguhkan ke 1 Januari 2023

KEMASKINI: Pengurangan waktu bekerja mingguan daripada 48 jam kepada 45 jam akan dikuatkuasakan bermula 1 September 2020

Senarai Tanggungjawab Majikan Pada Pekerja Yang Masih Ramai Tak Tahu

Sebenarnya terdapat pelbagai aspek di mana majikan perlu bertanggungjawab terhadap pekerjanya. Antaranya adalah:

 

Waktu Bekerja

1. Mematuhi waktu kerja 8 jam sehari dan tidak melebihi 12 jam sehari termasuk kerja lebih masa
(Seksyen 60A (b) dan Seksyen 60A (b) (7), Akta Kerja 1955)

2. Memberi waktu rehat sekurang-kurangnya 30 minit dalam tempoh 5 jam bekerja
(Seksyen 60A (1) (a), Akta Kerja 1955)

3. Mematuhi waktu kerja tidak melebihi tempoh masa 10 jamterus menerus dalam satu hari
(Seksyen 60A(1)(c), Akta Kerja 1955)

4. Tidak menetapkan jumlah waktu bekerja melebihi 48 jam seminggu
(Seksyen 60A (1) (d), Akta Kerja 1955)

5. Tidak menetapkan purata jam bekerja dalam tempoh 3 minggu tidak melebihi 48 jam seminggu.
(Seksyen 60C (1), Akta Kerja 1955)

6. Membuat bayaran kerja lebih masa bagi kerja lebih masa mengikut kadar yang telah ditetapkan

  • Hari Bekerja Biasa (Seksyen 60A (3) (a), Akta Kerja 1955)
  • Cuti Rehat Mingguan (Seksyen 60A (3) (a), Akta Kerja 1955)
  • Cuti Kelepasan Am (Seksyen 60D (3) (a) (i) (ii), Akta Kerja 1955)

7. Tidak membenarkan pekerja bekerja melebihi had kerja lebih masa bagi maksud Seksyen 60A (4) (a) iaitu 104 jam sebulan (Peraturan-peraturan Kerja (Had Kerja Lebih Masa) 1980.

 

Cuti

1. Memberi sekurang-kurangnya satu hari rehat mingguan kepada pekerja
(Seksyen 59 (1), Akta Kerja 1955)

2. Memberi sekurang-kurangnya 11 hari Cuti Kelepasan Am kepada pekerja
(Seksyen 60D, Akta Kerja 1955)

3. Memberi cuti tahun bergaji mengikut tempoh perkhidmatan kepada pekerja
(Seksyen 60E, Akta Kerja 1955) 

4. Memberi cuti sakit bergaji mengikut tahun perkhidmatan kepada pekerja
(Seksyen 60F, Akta Kerja 1955)

5. Memberi cuti bersalin 60 hari dan elaun bersalin kepada pekerja yang layak
Seksyen 37 – 41, Akta Kerja 1955)

Sumber Gambar MauKerja

Gaji

1. Memberi Penyata Gaji
(Peraturan 9, Peraturan-peraturan Kerja 1957) 

2. Pembayaran gaji tidak melebihi 7 hari dari dari tempoh upah (Seksyen 19 Akta Kerja 1955) dan mematuhi Perintah Gaji Minimum 2012

3. Tidak boleh membuat potongan gaji selain yang dibenarkan
(Seksyen 24, Akta Kerja 1955)

4. Membuat bayaran gaji melalui bank
(Seksyen 25, Akta Kerja 1955)

5. Tempoh bayaran gaji tidak boleh melebihi satu bulan
(Seksyen 18, Akta Kerja 1955)

 

Penamatan Pekerja

1. Tidak boleh menamatkan kontrak perkhidmatan pekerja tempatan untuk mengambil pekerja asing
(Seksyen 60M, Akta Kerja 1955)

2. Tidak boleh menamatkan perkhidmatan pekerja dalam tempoh cuti bersalin
(Seksyen 37 (4), Akta Kerja 1955)

3. Memberi notis penamatan mengikut kontrak perkhidmatan atau mengikut Seksyen 12, Akta Kerja 1955 Membayar Faedah Penamatan Kerja bagi yang layak
(Peraturan-peraturan Kerja (Faedah-faedah Penamatan dan Pemberhentian Kerja Sementara 1980)

4. Pekerja tidak boleh dibersarakan sebelum mencapai umur persaraan minimum 60 tahun (Seksyen 5 (1) Akta Umur Persaraan Minimum 2013)

5. Boleh menamatkan perkhidmatan pekerja akibat salahlaku yang berlawanan dengan syarat perkhidmatan selepas siasatan sewajarnya dijalankan
(Seksyen 14 (1), Akta Kerja 1955)

6. Boleh menamatkan perkhidmatan pekerja sekiranya pekerja tidak hadir melebihi 2 hari berturut-turut tanpa alasan yang munasabah selepas siasatan dijalankan
(Seksyen 14(1), Akta Kerja 1955 dan Seksyen 15(2), Akta kerja 1955)

 

Butiran Perkhidmatan

1. Menyediakan Daftar Pekerja
(Seksyen 61, Akta Kerja 1955 dan Peraturan 5, Peraturan-peraturan Kerja 1957)

2. Menyediakan Daftar Bersalin
(Seksyen 44, Akta Kerja 1955)

3. Memberi Syarat-syarat Perkhidmatan kepada pekerja
Peraturan 8, Peraturan-peraturan Kerja 1957)

 

Sumber: jtksm.mohr.gov.my

Banyak sebenarnya tanggungjawab majikan pada pekerja yang perlu dilaksanakan. Jangan ingat bila mereka dah ambil kita bekerja maka boleh buat sesuka hati. Jika ada sebarang pertanyaan lanjut mengenai ini boleh terus emel ke jtksm@mohr.gov.my. Sekiranya berlaku ketidakpatuhan kepada mana-mana peraturan pun korang boleh tanya pada JTKSM untuk buat aduan dan cara membuat laporan. Kalau korang diberhentikan kerja tengok dulu panduan di SINI.

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button