Beli Barang Kemas Emas Tak Membazir, Boleh Jadi Aset Masa Depan. Ini Tipsnya.
Tips Beli Barang Kemas Emas
Sejak dua menjak ni, negara kita seperti dilanda demam emas, apabila di media sosial, ramai yang mempromosikan tentang betapa berbaloinya memiliki emas di waktu sekarang memandangkan nilainya yang susah nak jatuh. Kedai-kedai emas pula menawarkan diskaun serta promosi jualan yang hebat-hebat, sampaikan semua orang pun jadi rambang mata nak pilih barang kemas yang mana satu.
Sumber Gambar Says
Nak beli barang kemas pun perlu tahu cara atau tips ke agar tak kena tipu? Ya, betul tu. Barang kemas merupakan satu perhiasan yang menjadi kegemaran hampir semua wanita. Kalau boleh, paling kurang pun ada sebentuk cincin emas yang tersarung di jari, ataupun seutas gelang di pergelangan tangan.
Tips Beli Barang Kemas Agar Tidak Tertipu
Ada yang kata, alang-alang memberi barang kemas yang diperbuat daripada emas, jangan jadikannya hanya sebagai perhiasan, tetapi aset juga. Mana tahu, di waktu sesak nanti, barang kemas tersebut boleh dipajak atau dijual semula agar dapat duit yang diperlukan.
Nak beli barang kemas, tak boleh main beli saja. Takut nanti tertipu atau kerugian apabila terbeli barang kemas yang salah. Sebab tu lah, korang kena ikuti tips-tips membeli barang kemas di bawah ni supaya pembelian tersebut menjadi lebih berbaloi:
1. Beli Barang Kemas 999 (24k) atau 916 (22k)
Ketulenan emas dikira dengan nilai karat (k). Jadi semakin tinggi karat ni, semakin banyak kandungan emasnya. Jadi kalau korang nak cari barang kemas, nanti cari yang jenis 999 atau 916 sebab nilai karatnya tinggi. Makin tinggi nilai karat, makin bernilai barang kemas tersebut. Selalunya, setiap barang kemas akan mempunyai tag masing-masing. Jadi cari tag yang bernombor 999 ataupun 916.
Sumber Gambar Facebook
2. Beli Barang Kemas yang Padu atau Tumpat
Sebelum nak membeli, korang kena tahu yang barang kemas ni ada dua jenis iaitu padu/tumpat, ataupun kosong. Kalau nak beli barang kemas, lebih baik korang beli yang jenis padu/tumpat ni disebabkan nilainya yang lebih tinggi. Nanti apabila nak dijual balik ataupun dipajak, barang kemas akan diukur dengan alat densimeter dan barang kemas yang mempunyai ketumpatan yang tinggi dapat dijual balik dengan nilai yang lebih tinggi. Selain tu, barang kemas padu/tumpat juga lebih tahan lasak dan susah untuk terputus ataupun terbengkok.
Sumber Gambar Jewel Cafe
3. Elakkan Membeli Barang Kemas yang Mempunyai Batu Permata
Mungkin ia nampak lebih cantik, tapi barang kemas yang mempunyai batu permata, nilai jual baliknya lebih rendah daripada barang kemas emas yang kosong. Jadi kalau nak jadikan barang kemas sebagai aset untuk dipajak atau dijual balik, lebih baik elakkan daripada membeli barang kemas yang berbatu permata.
Sumber Gambar Shopee
4. Simpan Resit Pembelian
Penyimpanan resit asal pembelian akan membantu korang semasa nak jual balik ataupun nak pajak barang kemas tersebut. Dengan adanya resit pembelian, harga yang dibeli oleh kedai selalunya bernilai 80% daripada harga asal. Manakala kalau korang cuba untuk menjual semula barang kemas tanpa resit, harga belian akan jatuh kepada 75% saja malah ada juga yang lebih rendah!
Sumber Gambar Asian Parent
5. Jangan Beli Emas Putih
Kalau tujuan korang membeli barang kemas untuk pelaburan akan datang, elakkan daripada membeli barang kemas daripada emas putih kerana kandungan emas di dalamnya cuma 37.5% atau 75% saja. Jadi nilai jualan balik adalah sangat rendah, malah boleh kata ia tak laku pun di kedai pajak.
Sumber Gambar Emas Antam
6. Cari Kedai yang Terima Belian Balik dengan Nilai yang Tinggi
Sebelum nak membeli, cuba cari kedai emas yang terima belian balik dengan nilai yang tinggi. Selalunya, kedai emas atau kedai pajak biasa akan membeli semula barang kemas dengan 20% hingga 25% diskaun dari harga asal. Tapi ada juga kedai yang hanya membeli dengan diskaun 15%.
7. Jangan Tertipu dengan Emas Palsu
Kadang-kadang walaupun korang tengok kedai emas tu macam gah, tapi kena hati-hati juga sebab ada juga kedai yang menjual barang kemas dengan emas palsu. Ada cara nak kenal pasti emas tu tulen ke tak, iaitu:
- Melalui pandangan visual: Macam kitorang cakap tadi, cari tag yang tersangkut pada barang kemas tersebut dan lihat jika ada nombor 1 hingga 999 ataupun 0k hingga 24k.
Sumber Gambar Vanilla Kismis
- Uji dengan magnet: Emas yang tulen takkan tertarik dengan magnet. Kalau barang kemas melekat pada magnet, boleh jadi ia cuma logam yang dicelup emas.
- Gosokkan dengan jari: Cuba cari jika ada apa-apa kesan pudar pada barang kemas selepas menggosok-gosoknya dengan jari. Emas tulen takkan pudar warnanya.
- Lepaskan dalam air: Isi bekas atau balang yang cukup besar dengan air kemudian lepaskan barang kemas tersebut ke dalamnya. Emas adalah bahan yang tumpat. Jadi emas tulen akan tenggelam, manakala emas tipu pula akan timbul.
Jadi bila dah tahu tips nak beli barang kemas, tak adalah korang tertipu pula nanti. Dan ingat, bagi umat Islam yang mempunyai barang kemas yang diperbuat daripada emas tapi tak pakai, korang kena bayar zakat emas tau. Nak buat kerja sampingan supaya dapat kumpul duit beli emas, boleh baca SINI