5 Tips Beli Barang Online dengan Selamat, Elak Kena Tipu!
Tips Beli Barang Online Tanpa Jadi Mangsa Penipuan
Zaman sekarang ni, orang lebih suka untuk beli barang online atau secara atas talian daripada cari di kedai. Ini sebab beli barang online ni ada beberapa kelebihan antaranya:
- Jauh lebih mudah. Tak perlu keluar rumah untuk pergi ke kedai. Dapat jimat duit minyak lagi!
- Barang yang lebih murah sebab boleh beli terus dari pembekalnya.
- Barang yang dicari confirm ada. Kalau kita ke kedai fizikal, kadang-kadang barang yang kita nak tu dah habis stok atau memang tak dijual. Bila beli secara online pula, tinggal nak search je, dan terus beli dari kedai yang ada stok.
- Tak perlu bersesak dengan orang ramai, lagi-lagi kalau tengah musim promosi. Beli barang secara online boleh buat sambil baring atau makan di rumah je.
Tips Beli Barang Online Tanpa Kena Tipu
Walaupun ada banyak kelebihan yang membuatkan kita lebih senang untuk memilih beli barang online, ia masih ada juga risikonya. Dan antara isu atau risiko terbesar bila beli barang secara online ni adalah isu keselamatan. Ada banyak kes pembeli yang tertipu atau terkena scam bila beli barang online.
Korang mestilah tak nak menjadi salah seorang mangsa yang tertipu kan? Isu kena tipu masa beli barang secara online sebenarnya boleh dielak, kalau korang ikuti tips-tips mudah dekat bawah ni:
1. Membeli di Online Platform yang Dijamin Selamat
Pembelian secara online kadang-kadang memerlukan kita untuk berkongsi maklumat peribadi seperti alamat, nombor telefon dan butiran kad bank. Jadi korang kenalah pastikan laman web yang dilayari tu selamat sebelum berkongsi segala maklumat peribadi pada penjual. Cara nak tahu laman web tu selamat adalah kalau alamat atau link URLnya bermula dengan “https:” yang menandakan laman web tersebut secured atau selamat.
Selain tu, korang juga boleh beli barang secara online di platform seperti Lazada dan Shopee yang mempunyai polisi “jaminan wang dikembalikan semula”. Macam Shopee, diorang akan ‘pegang’ dulu duit pembeli, dan lepas pembeli dah dapat barang barulah duit tersebut dilepaskan kepada penjual. Jadi kalau barang tak sampai atau barang sampai lain boleh minta balik duit yang kita dah bayar tu. Dengan cara ni, korang boleh elak daripada menjadi mangsa kes penipuan.
2. Tengok Rating dan Review Kedai
Salah satu tips yang paling berkesan sebelum nak beli barang secara online, adalah tengok rating dan review untuk kedai tersebut. Kalau rating kedai tu dapat 4 bintang dan ke atas, maksudnya ramai pelanggan yang berpuas hati dengan servis kedai tersebut.
Tapi kadang-kadang, ada juga kedai yang mempunyai rating tinggi tapi masih bermasalah. Ini mungkin kerana penghantaran laju atau bungkusan yang elok. Tips lain yang korang boleh buat adalah untuk tengok bahagian komen 1 bintang pada kedai tu. Di situlah korang boleh tengok feedback pelanggan yang tak berpuas hati dengan servis yang diberikan dan boleh nampak kualiti sebenar servis penjual serta cara mereka melayan pelanggan.
Sumber GambarConsumer Ramblings
3. Lihat Polisi dan Jaminan Kedai seperti Return/Refund
Lepas dah jumpa barang yang nak dibeli, pastikan korang baca polisi yang ditetapkan oleh kedai tersebut. Cari berapa lama tempoh atau jaminan yang ditawarkan, berapa lama warranty, ataupun korang boleh juga bertanya pada kedai tu tentang polisi pemulangan barang atau wang kalau kualiti barang yang sampai tak sama seperti apa yang diiklankan. Nanti tak adalah bila korang tak berpuas hati barang dah sampai, tak boleh nak tukar sebab kedai tersebut tak sediakan polisi macam tu.
4. Simpan Resit, Maklumat Pembelian, dan Perbualan dengan Penjual
Setiap kali lepas beli barang secara online, pastikan korang terus siap-siap screenshot atau tangkap gambar semua butiran pembelian. Buat salinan simpanan semua resit pembelian dan perbualan korang dengan penjual. Ini supaya kalau ada penipuan yang berlaku, korang dah ada bukti yang boleh digunakan semasa membuat laporan polis nanti.
Sumber Gambar Malaysian Beauty Haul
5. COD untuk Barang yang Mahal seperti Elektronik
Untuk barang-barang yang mahal macam telefon bimbit atau laptop, amatlah digalakkan kalau korang buat pembelian secara COD (Cash on Delivery) atau bayar sewaktu terima. Bukan je lebih selamat, malah korang boleh juga belek-belek terlebih dulu barang yang nak dibeli, tengok-tengok kalau ada kerosakan yang tak diberitahu. Kalau nak beli barang elektronik secara online memang tak berbaloi, dengan risiko barang pecah lagi, risiko barang hilang pun boleh jadi. Jadi buat keputusan sebaiknya.
6. Elakkan Beli Barang Yang Terlalu Murah dan Tak Logik Akal
Ada beberapa kes yang pernah ditipu semasa beli online adalah apabila harga yang ditawarkan itu jauh lebih rendah daripada harga biasa. Memang ada promosi yang dijalankan kadang-kadang. Tapi kita harus bijak dan berfikir bahawa logik tak harga untuk barang yang kita beli tu dengan harga sedemikian. Contohnya televisyen baru selalunya di pasaran dalam RM500 tetapi dijual RM250. Macam tak boleh terima dek akal kan. Jadi boleh jadi ia adalah penipuan, ataupun barang sebenar bukanlah yang original atau boleh jadi barang yang di reject atau second hand Apa pun amalkan tips yang dikongsikan di atas untuk elak ditipu.
Penting: Buang Bungkusan Pos dengan Betul
Apa yang korang buat dengan bungkusan pos lepas barang dah tiba? Kalau jawapannya adalah terus buang ke dalam tong sampah, korang kena berhenti buat macam ni! Bungkusan pos yang sampai tu masih terdapat maklumat peribadi seperti alamat dan nombor telefon korang. Orang yang tak bertanggung jawab boleh ambil je nombor korang dan mula ganggu atau melakukan penipuan lain pula. Cara yang betul untuk membuang bungkusan pos adalah dengan:
- Menghitamkan maklumat diri dengan pen marker sampai tak nampak langsung nombor dan huruf yang tertera.
- Mengoyakkan borang konsainan (consignment note) yang mempunyai maklumat peribadi korang sehingga menjadi kepingan kecil.
Sumber Gambar Twitter
Lepas ni, beli barang online akan jadi lebih menyeronokkan bila dah tahu cara-cara selamat yang boleh mengelakkan kita daripada ditipu. Jadi pengguna yang bijak dan berhati-hatilah semasa membeli. Kalau nak beli barang murah secara bukan online boleh rujuk panduan ini.