Pertama Kali Nak Berkhemah? Ini 5 Tips Berkhemah Terbaik Orang First Time!
Cara Persediaan Untuk Berkhemah Pertama Kali
Sumber Gambar Pegasus
Apa tips berkhemah yang wajib kita tahu? Berkhemah boleh dijadikan aktiviti untuk melarikan diri buat sementara waktu dari kehidupan bekerja yang sibuk di bandar. Pengembaraan mendekatkan diri kepada alam semulajadi mampu membantu kita untuk berasa lebih segar dan mengurangkan serabut dalam kepala ni.
Tapi, untuk pastikan korang menikmati aktivti ini, persediaan dalam memastikan keselesaan ketika berkhemah, dengan mengambil langkah dan menggunakan alat yang betul juga penting. Kalau salah langkah, atau kurang persediaan, berkhemah boleh bertukar jadi mimpi ngeri untuk korang.
Tips Berkhemah First Time Untuk Beginner
Ini senarai 5 tips berkhemah untuk pemula atau beginner seperti korang. Kalau semua tips berkhemah ini sudah buat dan sediakan, itu bermaksud korang sudah bersedia untuk melakukan aktiviti ini.
1. Pertama Kali Berkhemah? Berlatih Pasang Khemah Dulu!
Sumber Gambar WikiHow
Untuk mereka yang baru pemula untuk berkhemah, sudah pasti korang belum pernah pasang khemah kan? Jadi sebelum korang masuk dalam hutan atau ke mana-mana tapak perkhemahan, pastikan korang terlebih dahulu punya kemahiran untuk memasang khemah. Belajar dan berlatih pasang khemah di rumah atau di mana-mana kawasan lapang sehinggalah korang mahir.
Percayalah korang tak akan mahu pasang khemah buat kali pertama bila korang dah di dalam hutan tanpa ada kemahiran ini. Bila korang dah mahir memasang khemah, masa yang korang gunakan untuk memasang khemah akan menjadi lebih singkat, dan boleh gunakan masa lebihan untuk membuat aktiviti lain ketika berkhemah.
2. Tentukan Dan Pilih Awal Tempat Perkhemahan!
Sumber Gambar LIMA
Antara perkara yang boleh buat korang stress dan panik ialah apabila semakin dekat dengan hari korang nak berkhemah, tapi korang masih tak ada idea nak berkhemah dekat mana! Perkara ini korang wajib elakkan dengan memilih dan menentukan tempat perkhemahan sekurang-kurangnya seminggu sebelum korang nak berkhemah.
Untuk pemula, korang dinasihatkan untuk pilih tempat perkhemahan yang khusus atau tapak perkhemahan yang dijaga dan diuruskan oleh premis milik swasta atau awam. Periksa tapak perkhemahan yang korang nak pergi, apa kemudahan yang disediakan, aktiviti yang korang boleh buat di sana dan sebagainya. Bagi memudahkan lagi urusan korang, yang terbaik ialah kalau korang tempah dahulu tapak perkhemahan yang korang nak pergi dengan pihak pengurusan.
3. Sentiasa Bersedia Untuk Sebarang Perubahan Cuaca!
Sumber Gambar Google Weather
Ini lagi satu tips penting yang korang wajib ambil tahu bila nak berkhemah. Semak ramalan cuaca sebelum nak berkhemah, walaupun ramalan cuaca menunjukkan cuaca elok sepanjang aktivti perkhemahan korang, sentiasa bersedia untuk sebarang perubahan cuaca, terutamanya untuk cuaca bertukar buruk.
Ini beberapa barang keperluan yang korang pastikan wajib ada untuk bersedia dengan perubahan cuaca jika cuaca menjadi buruk:
- Baju hujan atau poncho
- Heat pack
- Insect Repellent
- Krim pelindung matahari
- Rain fly shelter untuk khemah
- Alas khemah yang kalis air
- Sitting pad
- Lampu Suluh
4. Bawa Makanan Yang Mudah Dimasak Dan Alat Memasak
Sumber Gambar Kembara Meal
Ketika berkhemah, korang mesti pastikan makanan yang korang bawa mencukupi dan paling elok jika bawa makanan yang mudah untuk dimasak. Sekarang udah ada makanan dalam pek yang sememangnya direka khas untuk aktiviti berkhemah, contohnya seperti pek makanan Kembara Meal seperti di dalam gambar.
Pek makanan seperti Kembara Meal sesuai untuk korang bawa pergi berkhemah kerana mudah disediakan. Cukup korang tambah air dalam bekas yang mempunyai heat pack di dalamnya, biarkan selama beberapa minit dan makanan tersebut sedia untuk dimakan.
Kalau korang nak melakukan aktiviti memasak, pastikan alat dan kelengkapan memasak korang cukup seperti periuk, cerek, tungku, mancis, arang dan sebagainya. Kalau korang bawa camp stove lagi elok kerana korang tetap boleh masak walaupun hari hujan.
5. Tinggalkan Tapak Perkhemahan Dalam Keadaan Elok Dan Bersih
Sumber Gambar Adobe Stock
Ini tips dan peraturan paling penting apabila korang selesai berkhemah. Tapak perkhemahan biasanya terletak di kawasan alam semulajadi. Jadi amat penting untuk kita pastikan kita tidak mencemari kawasan tersebut terutamanya dengan sampah yang kita buat ketika kita berkhemah. Sepertimana korang datang untuk berkhemah, melihat tapak perkhemahan tersebut bersih, pastikan keadaannya bersih seperti itu juga sebelum korang pulang.
Kalau korang buat unggun api, pastikan api sudah dipadam sepenuhnya untuk tujuan keselamatan para pengunjung lain.
Korang rasa dah bersedia untuk berkhemah? Dengan 5 tips berkhemah ini persediaan untuk korang berkhemah pasti lebih mudah selepas ini! Apa yang penting jaga kebersihan agar alam semulajadi kita dapat dipelihara untuk generasi akan datang. Takut nak berkhemah? Jangan risau ada banyak hotel atau rumah penginapan korang boleh tempah dengan harga yang murah. Cuma kena tahu cara sahaja. Ini cara booking hotel murah.