RumahCara Mudah

Tips Cuci Bantal, Tilam & Karpet Serta Hilangkan Bau Busuk. Jangan Terus Buang! Cuba Dulu Ni

Cara Basuh Bantal, Tilam & Karpet Sehingga Hilang Bau

Nak cuci bantal, tilam dan karpet serta hilangkan bau selalunya memang bukan satu kerja yang mudah. Ye lah kadang tu dah cuci banyak kali pun bau tu masih ada. Kalau tilam dan kusyen pula besar bukan boleh masuk mesin basuh. Mangsa banjir pula selalu alami masalah ini lagi teruk kerana tenggelam dalm lumpur dan banjir. Kadang bau busuk tu masih melekat pada almari dan bilik juga. Boleh ke nak hilangkan bau busuk ni?

Boleh, sebenarnya ada banyak cara untuk hilangkan bau busuk. Untuk cuci bantal, kusyen dan tilam juga ada cara tertentu yang perlu diikuti agar lebih berkesan. Mungkin korang ingat cuci dan letakkan jemur di bawah panas je dah selesai kan? Tapi kadang-kadang bau tu masih akan tinggal. Jadi jangan risau, di bawah ni akan dikongsikan cara-caranya

Tips Cuci dan Hilangkan Bau Busuk Bantal, Tilam & Karpet

Ramai yang kongsikan cara-cara bersihkan dan hilangkan bau busuk di media sosial. Antaranya adalah seperti berikut:

Cara Cuci Bantal & Hilangkan Bau Busuk

Untuk cuci bantal ini, perkongsian dibuat oleh saudari Nismira di akaun Tiktok nya. Cara nya mudah je ikut langkah berikut:

1. Masukkan bantal ke dalam bekas atau baldi

2. Masukkan air ke dalam bekas tersebut sehingga bantal tenggelam dan masukkan bahan berikut secukupnya:

  • Baking Soda
  • Borax
  • Cecair / serbuk pencuci

3. Kocak kan air dengan bantal agar larutan sebati dan biarkan direndam seketika

4. Tekan kan mengguna tangan atau kayu dan terbalikkan bahagian bantal.

5.  Boleh lihat kotoran akan tertanggal dan air menjadi kotor dalam beberapa minit. Bila bantal dah nampaj bersih, angkat bantal dan perah air kotoran

6. Jemur di tempat yang panas sehingga kering sepenuhnya.

7. Hasilnya tiada lagi bau dan bantal kelihatan bersih!

Cara Cuci Tilam & Kusyen

Untuk cuci kusyen sofa ataupun tilam ni, mungkin agak susah sikit sebab ianya bukan kecil tapi besar dan tak boleh masuk mesin basuh. Jadi ini antara cara untuk bersihkan kusyen dan tilam yang dikongsikan di Youtube:

1. Kalau tilam atau kusyen korang tenggelam banjir lebih elok keringkan dulu di bawah matahari

2. Selepas itu boleh sedut menggunakan vakum, dust mite vacuum atau sekiranya ada water filter vacuum lebih elok. Sedutkan kotoran di seluruh tilam.

3. Taburkan baking soda di seluruh permukaan tilam. Gosok dan ratakannya menggunakan berus dan biarkan seketika.

4. Sedut sekali lagi menggunakan vakum

5. Masukkan satu sudu kecil cecair pencuci pinggan ke dalam air dan letakkan dalam botol penyembur, semburkan ke atas tilam dan biarkan kering seketika

6. Masukkan pula campuran air dan Hydrogen Peroxide ke dalam penyembur dan semburkan ke atas tilam. Biarkan untuk beberapa ketika.

7. Taburkan sekali lagi baking soda ke seluruh permukaan tilam. Ratakan menggunakan kain dan berus dan biarkan seketika. Sedut sekali lagi menggunakan vakum atau keringkannya di bawah matahari.

*Bagi kusyen dan sofa juga boleh buat cara yang sama seperti di atas.

 

Cara Cuci Karpet

Bagi karpet atau alas kaki pula, cara untuk mencuci nya mudah sahaja. Ikuti langkah berikut:

1. Gantungkan karpet di dinding atau ampaian dan semburkan dengan air tekanan tinggi. Kalau ada waterjet lagi bagus.

2. Tuangkan beberapa titik cecair pencuci pinggan ke atas karpet dan gosokkannya menggunakan berus ataui dengan tangan sekiranya karpet jenis tidak tahan. Jangan berus terlalu keras takut nanti rosak pula karpet nya.

3. Bilas karpet dengan sekali lagi menyembur menggunakan air tekanan tinggi

Sumber Gambar CarpetCleaning

4. Keringkan karpet di bawah matahari tetapi kalau terlalu panas cukup sekadar di bawah bumbung agar tidak merosakkan sesetengah jenis karpet.

5. Setelah kering hamparkan di lantai, taburkan baking soda dan biarkan seketika dalam 30 minit. Lalu bersihkan menggunakan vacuum cleaner.

 

Mudah sahaja kan nak cuci bantal, tilam dan karpet serta hilangkan bau busuk. Tak perlu buang terus kalau dah tenggelam banjir tu. Cuba buat dulu cara ni kalau dapat bersih dan hilang bau dah jimat duit nak beli baru kan. Kalau tak pun kena hantar ke kedai untuk buat cucian menyeluruh. Mungkin jimat sikit daripada beli baru terus. Nak tahu tips hilangkan bau busuk karpet boleh baca di SINI.

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button