Tiap Kali Masuk Gaji Mesti Habis! Ini 7 Perkara WAJIB Buat Untuk Elak Situasi Ini Jadi Pada Korang & Pastikan Duit Gaji Cukup
Cara Mudah Jaga Kewangan Agar Duit Cukup Sampai Hujung Bulan
Apa tips untuk duit gaji cukup sampai hujung bulan sekurang-kurangnya? Sejak berlaku pandemik pada tahun 2020, semuanya jadi kacau-bilau kan. Definisi kehidupan normal, tak sama lagi macam dulu. Kehadiran pandemik Covid19 mengubah segala-galanya, dan ia juga mengajar kita untuk sedar bahawa mempunyai persediaan kewangan yang rapi adalah satu benda yang sangat penting. Covid mengajar kita yang mempunyai simpanan kecemasan tu penting, kalau-kalau kita dibuang kerja, dikenakan cuti tanpa gaji, ataupun elaun overtime dipotong.
Sebab itulah tahun 2021 ni, perlu ada perancangan kewangan sendiri supaya kalau ada apa-apa yang buruk lagi terjadi, kita dah bersedia. Dekat bawah ni, kitorang dah sediakan beberapa tips kewangan yang boleh diamalkan agar tahun ini dan tahun mendatang kita lebih bersedia! Jangan risau mula tengah tahun pun tak apa daripada tak buat langsung kan?
Cara Mudah Jaga Kewangan Agar Duit Gaji Cukup Sampai Hujung Bulan
Sediakan Bajet Bulanan
Sumber Gambar Direct Landing
Menyediakan bajet bulanan adalah langkah pertama dalam mengawal perbelanjaan. Kalau korang berjaya sediakan bajet bulanan, yang meletakkan setiap ringgit yang diperoleh pada tempatnya, status kewangan pun dapat ditingkatkan. Sebab dengan bajet bulananlah korang boleh nampak bahagian mana yang patut dilebihkan duitnya, bahagian mana pula yang patut dipotong.
Korang boleh gunakan formula 50/30/20 dalam bajet, iaitu: 50% daripada gaji dibelanjakan kepada keperluan, 30% kehendak, dan 20% pada simpanan. Formula ni korang boleh ubah sendiri mengikut kemampuan kewangan masing-masing.
Catat Setiap Sen yang Digunakan
Bila dah ada bajet bulanan, korang kena rekod pula perbelanjaan bulanan supaya boleh keep in track sama ada duit yang dikeluarkan tu selari tak dengan bajet yang dah disediakan. Korang boleh guna cara tradisional iaitu catit dalam buku, ataupun korang boleh gunakan apps yang boleh bantu untuk track habit berbelanja seperti apps Spendee di pautan berikut:
- Android: Play Store
- Apple iOS: App Store
Tambah Extra RM20 Simpanan Bulanan
Sumber Gambar Bukan Aku
Mungkin korang tak rasa RM20 tu banyak, tapi bak kata pepatah, sikit-sikit, lama-lama jadi bukit, kan? Bila korang tambah extra RM20 setiap bulan ke dalam tabung simpanan, korang dah berjaya menyimpan RM240 lebih banyak daripada tahun lepas!
Cari Sesuatu di Rumah untuk Dijual
Sumber Gambar Shutterstock
Tips seterusnya untuk duit gaji cukup adalah masa untuk mengemas rumah dan kenal pasti mana-mana barang yang korang boleh jual! Ia boleh jadi baju-baju yang dah tak muat lagi, bangku yang korang beli sebab cantik tapi akhirnya hanya menjadi hiasan di tepi, ataupun pembakar roti hadiah kahwin dulu yang langsung belum pernah digunakan lagi. Dengan cara ni, korang bukan je boleh dapatkan duit lebih, tapi dalam masa yang sama juga boleh keluarkan barang-barang yang mengambil ruang di rumah.
Mula Bawa Bekal ke Tempat Kerja
Sumber Gambar Hani Ismail
Makan tengah hari di tempat kerja kadang-kadang boleh memakan kos bulanan juga. Jadi apa kata korang mula bawa bekal ke pejabat. Kalau makan tengah hari di kedai sehari, contohnya belanjakan RM10, darab dengan 20 hari bekerja dah RM200 dibelanjakan untuk makan tengah hari saja. Kalau beli bahan mentah untuk bekal pula, sebulan korang belanjakan RM150 untuk barang rumah. Dah dapat jimat RM50 dekat situ, kan? Lagipun kalau bawa bekal dari rumah, kita sendiri tahu kebersihan dan kualiti makanan yang dibawa, tak macam makanan di kedai.
Jangan Menambah Hutang
Sumber Gambar Usahawan
Kalau tahun 2021 adalah tahun terakhir korang bayar ansuran kereta, jangan fikir untuk jual kereta lama dan beli kereta baru pula. Tak semena-mena korang akan teruskan berhutang dengan bank lagi, padahal baru je bebas hutang.
Kalau korang ada kad kredit pula, pastikan semua hutang dibayar tepat pada waktunya supaya interest yang perlu dibayar tak tinggi. Dan kalau korang belum ada kad kredit pula, jangan memohon kad kredit jika tak mampu atau sebab nak ikut orang. Nanti korang sendiri yang susah. Bila dah berjaya kawal diri sendiri daripada berhutang, secara tak langsung ia menyediakan diri korang untuk membuat perbelanjaan-perbelanjaan besar di masa akan datang, seperti rumah ataupun kahwin.
Kurangkan Bil Telefon Bulanan
Setiap kali hujung bulan, antara benda yang paling kusut sekali nak bayar adalah bil telefon. Kadang-kadang tu boleh mencecah sampai ratusan ringgit! Lagi-lagi kalau korang ambil installment bulanan untuk telefon. Elakkan daripada membayar ratusan ringgit hanya untuk membayar bil telefon dengan cara melanggan pakej telefon yang murah dan berbaloi. Kalau nak tahu pakej apa yang murah, boleh baca di SINI.
Jadi, tak susah pun tips duit gaji cukup sampai hujung bulan yang kitorang bagi ni kan. Dengan azam yang tinggi dan hati yang cekal, korang pasti boleh perbaiki status kewangan dalam masa setahun je! Nak tahu tips urus gaji dengan lebih jimat boleh baca di SINI