RumahCara Mudah

Elak Rumah Terbakar dengan Mengikuti 6 Tips Ni. Nombor 5 Tu Orang Selalu Tak Buat!

Cara Elak Kebakaran Rumah

Mesti ramai lagi tak tahu tips elak rumah terbakar. Kita selalu dengar pepatah lama yang berbunyi “Rumahku Syurgaku”. Ternyata rumah yang selesa dan selamat adalah rumah yang paling sempurna untuk sesebuah keluarga duduk. Rumah kita adalah tempat kita mengumpul memori dengan orang yang kita sayangi. Sebab tu lah, tak dapat kita nak bayangkan kalau rumah yang kita sedang duduki ni hangus disambar api. Habis semua harta-benda dan memori yang kita cipta di situ hilang begitu saja.

Pada tahun 2019 saja, sebanyak 50 ribu kes kebakaran rumah yang berlaku dan api, dalam masa dua minit je dah boleh bertukar menjadi sesuatu yang mengancam nyawa. Walaupun orang kata kalau benda tu nak terjadi, ia akan terjadi, tapi ada sesetengah perkara kita boleh elakkannya dengan cara mengambil langkah keselamatan, lagi-lagi untuk mengelakkan kebakaran berlaku di rumah kita.

Tips Elak Rumah Terbakar

Bagi mengelakkan rumah kita daripada rentung terbakar, korang boleh ikuti cara-caranya di bawah:

1. Pasangkan Alat Pengesan Asap di Rumah

Sumber Gambar Facebook

Antara salah satu petanda terdapat kebakaran yang berlaku di rumah adalah asap yang terhasil daripada punca api. Dengan adanya alat pengesan asap, korang boleh awal-awal lagi mengesan punca kebakaran yang berlaku dan terus memadamkannya. 

Alat pengesan asap lebih baik dipasang pada siling bilik tidur, dan ruang tamu. Nak pasang alat pengesan asap di dapur boleh je, cuma takut nanti ia akan beri ‘false alarm’ bila ia mengesan asap yang datang daripada masakan korang. Alat pengesan asap ni boleh je dibeli di Shopee dan banyak juga pilihan yang ada.

2. Gunakan Perkakas Elektrik dengan Cap SIRIM

Sumber Gambar Genuine 1224 Blogspot

Mana-mana perkakas elektrik perlulah mempunyai cap SIRIM. Itu tandanya ia telah melepasi standard SIRIM dan selamat untuk digunakan. Risiko untuk terjadinya musibah juga berkurang. Bayangkan kalau korang gunakan plug elektrik yang entah apa-apa jenama, yang tak ada cap SIRIM, percikan api boleh terhasil dan kalau plug tersebut berada dekat dengan langsir ataupun karpet, kebakaran besar boleh berlaku dengan cepatnya.

3. Kenal Pasti Barang yang Boleh Jadi Punca Kebakaran

Sumber Gambar Food and Wine

Bila korang dapat kenal pasti barang-barang yang selalunya menjadi punca kebakaran, bolehlah alihkan ataupun buang barang tersebut. Dekat bawah ni kitorang senaraikan barang-barang yang selalu menjadi punca kebakaran dan cara untuk menggunakannya dengan betul:

  • Oven: Kalau korang ada memasak atau membakar juadah dengan menggunakan oven, pastikan oven tersebut tak ditinggalkan tanpa pengawasan sebab ia boleh mencetuskan kebakaran.
  • Pembakar Roti: Cabut plug setiap kali lepas menggunakannya. Selain tu, korang juga perlu membuang serdak-serdak roti yang terkumpul di dasar pembakar roti tu sebab ia mudah terbakar.
  • Gelas Dekor: Sebenarnya apabila alat dekor rumah yang diperbuat daripada gelas diletakkan di tepi tingkap, ia boleh menyerap dan memfokuskan cahaya dan haba matahari kepada karpet lalu menyebabkan kebakaran! Kalau korang ada gelas dekor ni, lebih baik kalau letakkannya di tempat yang jauh daripada cahaya matahari.
  • Habuk: Setiap rumah pasti akan berhabuk dan korang kena tahu habuk ni senang terbakar. Lagi-lagi kalau habuk tersebut berkumpul dekat dengan plug. Jangan lupa untuk vakum rumah paling kurang seminggu sekali.
  • Lilin Aroma: Kalau bilik korang ada lilin aroma, jangan sesekali nyalakannya sebelum tidur. Lilin aroma hanya boleh dinyalakan masa korang berjaga saja. Kita tak tahu, boleh jadi kalau-kalau langsir tertiup dan terkena api lilin tu.
  • Plug: Kalau plug korang jenis yang sampai boleh nampak wayar-wayar dekat dalam, cepat-cepatlah tukar sebelum terhasilnya percikan api.

4. Cabut Plug atau Matikan Suis Kalau Tak Digunakan


Sumber Gambar
 Mau Kerja

Korang kena jadikan benda ni sebagai amalan, iaitu mencabut atau mematikan suis perkakas elektrik bila tak digunakan. Kebanyakan daripada kes kebakaran yang berlaku adalah berpunca daripada percikan api yang datang dari plug atau soket yang terpasang. 

5. Sediakan Alat Pemadam Api

Sumber Gambar Fire Fix

Setiap rumah perlu ada paling kurang sebuah alat pemadam api. Korang disyorkan untuk mempunyai alat pemadam api yang jenis debu kering, memandangkan ia boleh memadam apa saja jenis kebakaran. Letakkan ia di tempat yang mudah digapai oleh orang dewasa tapi jauh daripada capaian anak kecil. Korang boleh letakkan alat pemadam api tu di dapur, bilik ataupun ruang tamu.

6. Simpan Mancis dan Pemetik Api di Tempat yang Selamat


Sumber Gambar
iHeartRadio

Kanak-kanak selalu terpesona dengan api dan kita selalu tak faham kenapa. Kalau diorang nampak mancis ataupun pemetik api, mesti mahu dinyalakan dan dibuat main. Untuk mengelakkan daripada anak bermain api, simpan mancis dan pemetik api di tempat yang selamat seperti di kabinet dapur yang tak dapat diambil mereka.

Rumah adalah tempat kita untuk berteduh daripada panas-sejuk di luar. Oleh itu, pastikan korang menjaganya dengan sangat baik supaya kejadian yang tak diingini seperti kebakaran, takkan berlaku. Antara punca kebakaran yang terbesar adalah percikan api daripada litar pintas. Pastikan korang tahu cara periksa kotak litar suis dengan betul untuk elak berlakunya litar pintas. Boleh baca lanjut di SINI.

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button