Suhu, Jumlah Masa & Tips Guna Air Fryer Yang Akan Jadikan Makanan Lebih Sedap!
Cara Untuk Guna Air Fryer Dan Jadikan Makanan Lebih Sedap
Ramai tak tahu tips guna air fryer yang boleh jadikan makanan atau masakan lebih sedap. Air fryer sememangnya dah jadi perkakas memasak yang wajib ada untuk setiap rumah sekarang ni. Ye lah bukan sahaja murah tetapi ia juga memudahkan lagi kerja memasak dan yang lebih utama adalah lebih sihat. Ini kerana kurang minyak digunakan jika masak guna air fryer berbanding apabila menggoreng.
Namun nak memasak guna air fryer ni ada juga beberapa tips dan cara agar makanan yang dimasak tu lebih sedap. Mungkin ada yang kata ‘alah apa susah sangat, masukkan makanan dalam tu pusing tombol, tunggu je lah siap kan’. Ya memang semudah itu pun boleh, cumanya untuk beberapa jenis makanan ni lagi sedap kalau ikut cara tertentu.
Baca Juga : Cara Guna Air Fryer Dengan Betul Agar Tahan Lama
Cara Masak Guna Air Fryer Dan Jadikan Makanan Lebih Sedap
Berikut adalah beberapa perkongsian orang ramai mengenai cara atau tips memasak menggunakan air fryer:
Panaskan Dulu Baru Masak Dengan Rata!
Sama juga seperti oven ataupun menggoreng dengan minyak sekalipun, kelazimannya kita akan panaskan dahulu kan. Kebanyakan air fryer pelbagai jenama mencadangkan pemanasan dahulu sebelum mula memasak. Ini untuk memastikan masakan dapat dimasak dengan rata dan sekata. Walaupun kadang-kadang kita tak panaskan tapi makanan masih menjadi. Jika air fryer korang tak ada tetapan pemanasan atau preheat, hanya hidupkan ia dengan suhu yang diinginkan dan biarkan ia berjalan selama lebih kurang 3 minit sebelum meletakkan makanan ke dalam.
Gunakan Sedikit Minyak Masak Baru Sedap!
Untuk sesetengah jenis makanan, adalah lebih sedap sekirasnya kita meletakkan sedikit minyak. Ianya akan membuatkan makanan tersebut lebih garing. Contohnya seperti kentang ataupun keropok lekor. Boleh gunakan minyak zaitun atau minyak sayuran untuk jadikannya lebih sihat. Jangan pula korang tuang minyak macam nak goreng tu! Tapi makanan seperti ayam dan daging yang dah ada lemak padanya tak perlu letak minyak dah lagi.
Sapukan Minyak Atau Letak Kertas Supaya Tak Melekat!
Walaupun makanan yang hendak dimasak tidak memerlukan minyak, biasakan lah untuk menyapu sedikit minyak pada bahagian dasar bakul air fryer. Ini bagi mengelakkan makanan yang korang masak tu melekat. Ini selalunya terjadi apabila kita memasak nugget ataupun ayam sekalipun, kulit atau serpihannya mesti terlekat pada bakul. Kalau nak senang lagi boleh gunakan kertas minyak atau aluminium. Lepastu terus buang je senang.
Jangan Sumbat Makanan Penuh, Nanti Tak Rangup!
Pernah tak korang nak cepat lepastu masukkan semua makanan yang nak digoreng tu dalam air fryer tapi bila dah siap tengok makanan korang masih kurang masak atau tak rangup. Ini sebabnya terlalu banyak kuantiti makanan diletakkan. Kalau lagi banyak lagi lama perlu masak. Boleh jadi juga tak semua bahagian akan rangup. Jadi lebih elok bahagikan beberapa kali pusingan jika banyak sangat. Jangan sumbat terlalu banyak sekali masak tu. Barulah semua bahagian mudah masak dan rangup.
Sumber Gambar Tasteofhome
Goncangkan Bakul Atau Gaulkan Sedikit Makanan Waktu Masak
Apabila korang masak makanan yang kecil dan banyak seperti kentang goreng, keropok lekor, sosej dan sebagainya, lebih elok kalau goncangkan bakul atau gaulkan menggunakan penyepit selepas beberapa minit. Ini bagi memastikan masakan korang tu dapat dimasak dengan rata, atau semua bahagian boleh masak dengan baik. Sesetengah air fryer akan berhenti seketika apabila bakul ditarik keluar dan akan sambung masak semula bila dimasukkan kembali.
Sumber Gambar Tasteofhome
Tambah Air Ketika Masak Makanan Daging (Berlemak) Untuk Mengelak Berasap
Makanan yang mengeluarkan banyak lemak seperti makanan berdaging iaitu ayam, daging lembu, burger, bebola daging dan lain-lain akan menyebabkan air fryer korang berasap. Ini kerana lemak yang terkumpul di bahagian dasar air fryer akan memanas. Jadi apa yang boleh dibuat adalah letakkan sedikit air ke dalam bekas air fryer di bawah bakul sebelum masak. Jadi lepasni tak berasap lagi bila masak.
Bonus: Waktu & Suhu Air Fryer Mengikut Masakan
Ini senarai makanan yang boleh dimasak menggunakan Air Fryer dengan suhu dan waktu yang sesuai
Mudah je kan nak masak guna air fryer ni, yang penting kena tahu macam mana nak guna dengan betul dan masak mengikut tips yang dikongsikan. Baru lah makanan korang sedap dan tak kering atau kejung akibat salah resepi. Kalau yang belum ada air fryer tu boleh lah cuba tengok yang murah dekat SINI sebab banyak kelebihan dia boleh baca juga di situ.