RumahCara Mudah

Awas! Microwave Boleh Meletup Kalau Salah Guna! Ini Tips Guna Microwave dengan Selamat

Cara Guna Ketuhar Gelombang Mikro Dengan Betul

Kalau korang ada microwave di rumah, kerja nak memanaskan semula makanan akan jadi jauh lebih mudah tapi tahu tak tips guna microwave dengan betul? Cuma perlu letakkan makanan di dalam microwave, tekan-tekan butang dan ting! makanan pun dah panas. Walaupun korang dah lama gunakan microwave, boleh jadi cara penggunaannya salah – ini termasuklah bagi yang tak tutup makanan bila panaskannya! Haa mesti pernah buat kan. 

Cara microwave berfungsi tak sama dengan oven. Ia tak memanaskan udara, sebaliknya ia memancarkan gelombang mikro yang ‘menggetarkan’ molekul dalam makanan, yang kemudiannya akan menghasilkan haba pada makanan. Sebab tu selalunya kalau korang panaskan makanan dalam microwave, makanan akan cepat sejuk berbanding makanan yang dimasak di atas dapur gas atau oven.

Tips Guna Microwave dengan Betul Agar Tak Bahaya

Microwave ni bukannya perkakas yang boleh digunakan sesuka hati. Kalau tersilap guna, silap hari bulan boleh sampai mengancam nyawa penggunanya. Jadi korang kenalah ikuti tips guna microwave dekat bawah ni, supaya tak ada apa-apa musibah yang menimpa.

1. Jangan Masukkan Besi ke dalam Microwave

Besi adalah sejenis pengalir haba dan ia akan menghasilkan percikan api kalau dimasukkan ke dalam microwave yang sedang berfungsi. Pastikan korang asingkan sudu atau garfu daripada pinggan sebelum memasukkannya ke dalam microwave. Jangan tutup makanan dengan aluminium foil sebab ia boleh cetuskan percikan api juga. Yang ni mesti korang pernah buat bila panaskan makanan yang beli dari kedai siap dibalut aluminium kan?

2. Gunakan Bekas Kaca, Seramik, dan Plastik yang Tahan Haba

Sumber Gambar This is Plastics

Bekas atau pinggan yang diperbuat daripada kaca dan seramik paling selamat untuk digunakan di dalam microwave. Ada beberapa bekas plastik yang boleh digunakan di dalam microwave, tapi tak semua! Pastikan korang baca label pada bekas terlebih dahulu. Bekas daripada silikon pun boleh digunakan di dalam microwave, tapi korang kena gunakan secara berhati-hati sebab ia boleh menyerap haba dengan kuat. Nanti panas nak angkat makanan tu. 

3. Jangan Panaskan Banyak Makanan Secara Serentak

Kalau ada banyak makanan yang nak dipanaskan, jangan pula disumbat semua makanan untuk dipanaskan serentak. Lain makanan, lain masa dan suhu untuk memanaskannya. Contohnya makanan cecair seperti sup akan panas lebih cepat daripada makanan pepejal seperti kentang dan daging. Nanti lagi lambat korang nak panaskan semua makanan tu. 

4. Kacau Makanan Sekali-Sekala

Sumber Gambar Built Lean 

Microwave selalunya akan didatangkan sekali dengan piring yang akan berpusing semasa memanaskan makanan, supaya untuk memastikan setiap sudut makanan tu dapat dipanaskan. Walaupun begitu, akan terdapat bahagian makanan yang tak dapat dipanaskan dengan baik juga, lagi-lagi kalau makanan tu baru dikeluarkan daripada peti sejuk. Jadi untuk elakkan makanan hanya panas pada bahagian atas je, bila dah tamat satu kali ‘ting’ tu korang kenalah kacau makanan tu supaya setiap bahagian dapat dipanaskan.

5. Jangan Biarkan Makanan Tak Tertutup

Bila korang gunakan microwave untuk panaskan makanan, biasanya makanan tu akan cecah takat didih dengan sangat cepat. Jadi benda ni akan menyebabkan makanan korang, lagi-lagi kalau ia berkuah, akan memercik dan mengotorkan bahagian dalam microwave. Untuk elakkan benda ni daripada terjadi, korang boleh tutup makanan yang nak dipanaskan. Tapi jangan tutup rapat sangat pula sebab takut boleh meletup. Kalau dalam bekas tu buka kan sedikit 1 bahagian bukan kesemuanya tertutup rapat. 

6. Sentiasa Bersihkan Microwave

Sumber Gambar Huffington Post

Bila kali terakhir microwave korang dibersihkan? Cuba tengok dekat dalam microwave tu – pada setiap dinding, bahagian bawah dan atas microwave. Kalau ada sisa makanan, bermakna ia boleh jatuh ke dalam makanan yang korang nak panaskan seterusnya. Sisa-sisa makanan ni boleh jadi tempat bakteria membiak, jadi tak naklah makanan seterusnya dicemari bakteria yang boleh buat korang sakit pula kan. 

Cara nak bersihkan microwave ni senang je: celupkan kain ke dalam air panas (boleh diperah lemon untuk beri aroma wangi) dan lap je bahagian dalam microwave sampai bersih.

Microwave memang sangat membantu, lagi-lagi untuk jimatkan masa memanaskan makanan. Tapi kalau tak digunakan dengan betul, ia juga boleh jadi tempat bakteria membiak dan boleh juga jadi punca kebakaran. Pastikan korang ikuti tips guna microwave di atas supaya kejadian yang tak diingini boleh dielakkan dan makanan dapat dipanaskan dengan selamat! Peti Sejuk pun boleh jadi tempat bakteria membiak, baca di SINI

 

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button