Tips Hilangkan Sakit Tekak Guna Bahan Semulajadi. Bahan Ada Dekat Rumah Je, Tak Perlu Pergi Kedai
Cara Mudah Legakan Sakit Tekak Tanpa Ubat, Guna Bahan Semulajadi
Apa tips hilangkan sakit tekak yang berkesan? Musim yang sering berubah sekarang ni kejap panas terik kejap hujan lebat memangnya tak dapat diduga. Kadang tu kita terpaksa juga redah hujan sebab nak balik rumah dan kadang terlupa pula nak minum air banyak sebab cuaca panas. Jadinya mudah untuk rasa sakit tekak. Sakit tekak ni selalunya akan rasa dulu sebelum demam. Selain menggunakan ubat, sebenarnya ada banyak cara semulajadi atau tips hilangkan sakit tekak ni.
Kalau tengah malam tiba-tiba sakit tekak takkan nak pergi hospital kan, kedai farmasi pula dah tutup. Jangan risau, boleh je pergi dekat dapur tu, cari bahan-bahan semulajadi yang mesti ada dekat rumah korang ni. Paling tak pun dapat lega kan sikit sakit tekak korang tu kan. Kalau dah melarat tu memang kena pergi check dengan doktor juga kat klinik.
Tips Hilangkan Sakit Tekak Tanpa Ubat, Guna Bahan Semulajadi
Jadi kalau sakit tekak kat rumah tu, boleh cuba dulu ikut petua ni:
1. Air Garam
Air garam ni sememangnya tak asing lagi dalam petua perubatan sejak zaman dulu lagi. Dikatakan air garam yang hangat mampu melegakan sakit tekak dengan menghapuskan dan meneutralkan asid di tekak. Dengan itu, ianya dapat mengurangkan rasa terbakar dan kesakitan pada tekak sekaligus mempercepatkan proses penyembuhan saluran tekak.
Caranya mudah je, campurkan sesudu garam ke dalam air panas, tapi jangan pula ambil air yang baru menggelegak masak tu, suam-suam bolehlah. Kumur air tersebut di mulut dan tekak beberapa saat dan keluarkan semula. Boleh amalkan beberapa kali sehari. Namun jika sakit tekak berterusan boleh terus dapatkan konsultasi doktor bimbang berlaku iritasi pula
Sumber Gambar KlikDokter
2. Air Putih
Ya betul, air putih pun boleh menjadi penyelesaian kepada sakit tekak korang. Jangan tak percaya ya. Kekurangan cecair di dalam badan atau dehidrasi sebenarnya boleh menyebabkan banyak masalah kesihatan seperti tekak menjadi kering dan bibir merekah. Jadi paling mudah untuk dibuat namun ramai masih tak buat adalah minum air dengan banyak atau secukupnya.
Paling kurang sebenarnya kita perlu minum 7 hinga 8 gelas sehari. Air yang minum pula adalah air putih ya, jangan pula minum air manis yang banyak gula tu. Memang makin tambah sakit lah tekak nya nanti.
3. Air Dan Limau
Limau juga merupakan satu bahan yang tak asing lagi daripada ilmu atau petua orang zaman dulu. Limau dipercayai boleh memberikan kesegaran pada tekak. Ini kerana di dalamnya terdapat kandungan astringen yang merupakan elemen yang dapat melegakan sakit tekak mahupun hilang suara secara semulajadi.
Caranya mudah je campurkan air masak dengan perahan limau dan boleh diminum begitu saja. Kalau pesan di kedai tu boleh minta kurang atau tanpa gula lagi bagus. Ye lah nak baik kan, kena lah tahan sikit masam tu.
Sumber Gambar Sinarplus
4. Teh Panas
Untuk melegakan rasa sakit tekak, selain minum air yang dinyatakan di atas, korang boleh juga minum teh panas. Ini berikutan teh memiliki bahan antioksida yang boleh membantu tubuh untuk melawan jangkitan dan keadaan keradangan yang menyebabkan berlakunya sakit pada tekak
Tapi lagi sekali jangan lah korang minum masa air menggelegak tu memang sakit teruk lagi lah tekak nya nanti. Buat air teh panas dan tunggu sehingga tak berapa panas baru lah minum
5. Madu
Madu sememangnya bahan semulajadi yang sangat popular dengan pelbagai khasiat yang dimilikinya. Kalau lihat ubat-ubat sakit tekak yang dijual ada yang menggunakan extrak madu juga. Ini kerana kandungan madu yang bersifat anti-bakteria, anti-virus, dan anti-kulat yang boleh bertindak melawan jangkitan kuman penyebab sakit tekak.
Caranya mudah je, ambil sudu plastik dan minum satu sudu madu begit saja. Kalau nak campur dengan air juga boleh. Tuang kan satu sudu madu ke dalam air dan minum. Amalkan selalu juga elok sebagai minuman berkhasiat.
Sumber Gambar HelloDoktor
6. Air Cengkih
Air cengkih atau Ulas merupakan petua orang dahulu yang merupakan bahan rempah dan dipercayai mampu mengurangkan rasa sakit tekak. Ini kerana ianya bersifat antibakteria dan anti-inflamasi yang boleh mengatasi keadaan kurang selesa pada saluran tekak korang.
Jadi cara nak buat dia mudah je:
- Sediakan 1 – 3 sudu teh serbuk cengkih.
- Masukkan ke dalam satu gelas air masak, kacaukan.
- Gunakannya untuk berkumur beberapa kali.
Sumber Gambar Liputan6
7. Sup Ayam
Sup Ayam adalah salah satu jenis makanan atau masakan yang disyorkan bagi pesakit yang mengalami batuk ataupun sakit tekak. Ini kerana dikatakan pada bahagian kuah sup ayam, terdapat natrium yang boleh melegakan radang tekak.
Cara nak buat sup ayam ni mudah je, masukkan ayam bersama sayuran seperti bawang, kentang, lobak dan masak sehingga ayam empuk. Kalau boleh kurangkan penggunaan minyak kerana lebih sihat.
Mudah je kan semua tips hilangkan sakit tekak guna bahan semulajadi di rumah ni. Lepas ni kalau dah ada rasa tu cepat-cepat buat dulu tips ni agar sakit tekak tu tak melarat. Tapi kalau sakit masih ada tu pergilah jumpa doktor. Kalau nak tahu tips hilangkan sakit kepala boleh baca di SINI.