Kekurangan Bajet? Ini Tips Jimat Beli Baju Raya & Shopping Dengan Murah Yang Wajib Tahu
Tips Jimat Shopping Baju Raya & Beli Pakaian Raya
“Alamak bajet macam dah tak cukup ni, nak beli baju raya anak-anak lagi.” Ini selalunya situasi yang berlaku pada mak bapak kat luar sana. Kadang-kadang yang bujang pun sama je bajet lari sebab mungkin tahun ni tak dapat bonus atau gaji kena potong. Kesian pulak dekat anak-anak dah puasa penuh tak dapat pulak pakai baju baru raya nanti. Habis nak buat macam mana ni?
Tips Jimat Beli Baju Raya Tanpa Membazir
Jangan risau, setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya. Walaupun duit dah tak banyak, tapi sebenarnya kalau korang berbelanja dengan bijak, pasti cukup punya. Nak jadi bijak dalam berbelanja kena lah tambah ilmu dulu kan? Jadi ini tips jimat shopping baju & pakaian raya
Tips 1 : Beli Lebih Awal & Jangan Last Minute!
Persiapan raya ni sebenarnya kalau kita dah ready dari awal takkan jadi masalah tak cukup bajet dan sebagainya. Sebab awal-awal dah rancang pembelian jadi kewangan tu lebih terurus. So kalau dah plan awal-awal, boleh lah shopping raya awal dahulu jugak.
Contohnya macam nak beli kasut raya anak boleh beli sebulan sebelum puasa. Jadi gaji bulan sebelumnya tu dah ada peruntukan siap-siap. Tak ada lah semua nak pakai gaji bulan nak raya tu kan. Memang sesak lah nanti. Jangan beli last minute! Sebab apa? Nanti pilihan tak banyak saiz pun banyak habis, kesudahannya terpaksa lah beli yang lagi mahal sebab tu je ade yang ramai tak beli
Tips 2: Beli Waktu Ada Promosi Atau Barang Yang Ada Diskaun
Sumber Gambar Borneotoday
Ini memang cara paling jimat yang paling senang lah. Beli baju raya atau shopping waktu promosi selalunya sempena perayaan ataupun hujung minggu. Mungkin ramai tak kisah sangat pasal barang ada diskaun ni sebab yelah berapa ringgit lah sangat kan. Tapi cuba fikir balik kalau anak 4 orang, 1 baju dapat diskaun RM10 dah jimat RM40!
Trik untuk cari barang yang ada diskaun ni pon ada tipsnya. Contohnya kalau di kedai pakaian tu korang kena pergi sudut yang ada dituliskan Promosi atau Sale. Lazimnya diorang letak dekat hujung-hujung rak ataupun ada lorong khusus untuk barang yang ada promosi.
Tips 3: Beli Set Combo Untuk Lebih Jimat!
Sumber Gambar Mommynowa
Untuk suami isteri yang ramai anak tu, tips ni amat sesuai untuk korang. Sebabnya korang dapat jimat berganda-ganda sebab nak tak nak memang kena beli sorang satu untuk anak tu kan. Jadi set combo ni memang harga dia akan jadi murah jika beli banyak contohnya buy 2 free 1. Kalau anak korang ada 3, korang hanya perlu bayar untuk harga 2 pakaian tu je. Jimat kan!
Satu lagi jenis set combo adalah 3 for RM50 di mana kalau beli satu harga RM19.90. Pastinya beli 3 lagi jimat kan! So buatlah pilihan yang bijak, cari pakaian yang ada promosi begini.
Tips 4: Tawar Menawar Kalau Beli Banyak
Sumber Gambar Ainacisaraa
Ini tips yang memang diamalkan sejak dahulu lagi kalau membeli dan nak berjimat iaitu minta kurang dengan peniaga atau tawar menawar. Bila korang beli baju anak sampai 3 helai tambah dengan baju korang lagi mestilah peniaga tu dapat untung yang banyak kan. Jadi tak salah untuk minta harga istimewa sedikit sebab kita dah bantu mereka dengan beli dengan banyak. Dapat kurang RM10 ke RM5 tu dah bersyukur lah kan.
Tapi kalau beli dekat mall jangan pulak buat macam ni. Kena gelak pulak nanti. Kalau dekat mall boleh guna tips seterusnya
Tips 5: Guna Promosi Bayaran E-Wallet Atau Kad Bank
Sumber Gambar Ringgitplus
Yang ini mungkin ramai masih tak guna atau tak perasan. Sebenarnya sekarang ni banyak aplikasi e-wallet atau tanpa tunai yang menawarkan promosi bila korang berbelanja menggunakan platform mereka. Dapatlah cashback beberapa ringgit nanti. Kalau tak pun sesetengah kad bank seperti kad kredit ada menawarkan juga pulangan tunai 10% kalau belanja pada hujung minggu dan sebagainya. Jadi gunakanlah!
Tips 6: Beli Online Boleh Dapat Banyak Kupon Penjimatan!
Sumber Gambar Mnctrijaya
Tips ini memang paling sesuai untuk ibu bapa atau orang bujang yang tak ada masa nak pergi membeli belah. Ye lah kadang-kadang anak tu kecil lagi nak bawak shopping baju raya bulan puasa ni takut tak larat jadi paling senang sekali beli online je! Bukan saja dapat jimat duit beli barang, tapi jimat duit minyak, duit parking dan juga jimat tenaga.
Kalau beli online ni, mestilah ada kupon seperti free shipping atau penghantaran percuma dan sebagainya kan. Jadi gunakan kelebihan yang ada ni untuk lebih jimat!
Senang je kan nak jimat? Jadi takda alasan dah kalau anak minta beli baju raya baru untuk tahun ni mak ayah kata dah takde duit. Ikut je tips yang kita share kat atas tadi, inshaAllah pasti boleh punya. Barang masakan untuk raya pun nak beli dah mahal nak dekat raya ni? Jangan risau baca tips jimat belanja barang keperluan harian di SINI