Duit Tinggal RM50 Je Lagi 10 Hari Baru Gaji. Macam Mana Nak Buat Ni Gaji Tinggal Sikit? Nak Makan Apa? Tengok Rahsia Ni.
Tips Jimat Duit Bila Gaji Tinggal Sikit
Tips Jimat Duit Bila Gaji Tinggal Sikit
Biasanya bila hujung bulan kita masing-masing akan mula ‘kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Rasanya kebanyakan dari kita faham akan situasi ini. Kita sebenarnya boleh survive 10 hari terakhir menunggu hujung bulan dengan baki RM 50 di dalam dompet, tapi tips ini bukanlah ‘cara yang paling betul’ dan sesuai untuk semua orang, namun pasti mampu membantu sedikit sebanyak untuk kebanyakan kita yang sesak di hujung bulan ni.
Sumber Gambar Says
Makan Luar Atau Masak Sendiri?
Tips 1 : Makan luar dengan bajet RM 5 sehari
Tak salah untuk masih makan luar walaupun duit di dalam dompet berbaki RM 50. Mula-mula sekali kita kena kira berapa had perbelanjaan kita sehari dengan baki duit kita yang tinggal. Contoh dalam kes ini, RM 50 dengan berbaki 10 hari baru gaji, bermaksud perbelanjaan untuk makan sehari tak boleh melebihi RM 5.
Antara pilihan makan kat luar yang kita ada dengan bajet RM 5 sehari ialah:
- Nasi Lemak
- Nasi Bujang
- Nasi Campur Bajet / Nasi Kak Wok
Selalunya nasi lemak boleh dapat dalam harga RM1.00 ketika sarapan pagi, korang boleh beli dulu dan makan tengah hari nanti, lepastu malam makan Nasi Bujang dalam RM3.50. Cara lagi satu beli nasi campur waktu tengah hari, ambil nasi penuh dan satu jenis lauk yang banyak sikit, bahagikan dua bahagian iaitu satu bahagian makan waktu tengah hari dan sebahagian lagi makan waktu malam.
Kalau pandai cari, Nasi Lemak RM1 dan Ayam Goreng RM1 pun ada selalunya dekat pasar malam atau jual tepi jalan. Boleh beli 2 dan buat dua kali makan.
Sumber Gambar Ninamirza
Tips 2: Masak Sendiri Lagi Bagus! Boleh Kawal Bajet
Korang tahu tak yang kita boleh buat perbandingan harga barang menggunakan aplikasi atau laman web rasmi Price Catcher oleh KPDNHEP Malaysia. Ia juga bagus untuk mengelak dari membazir masa, tenaga dan wang untuk pergi dari satu pasar raya ke satu pasar raya yang lain membuat perbandingan harga.
Perbandingan harga di laman web rasmi Price Catcher
Dengan buat rujukan mudah ni sahaja korang dah boleh jimat RM 2.50/kg bila nak beli ayam dan tahu lokasi untuk beli ayam tersebut. Jadi kalau tinggal RM50 dan 10 hari lagi baru nak gaji, apa yang kita boleh beli? Bahan-bahan yang kita boleh beli ialah:
- Ayam dua ekor (3.5 kg) = RM 20.95
- Kubis Bulat (1.56kg) = RM 3.10
- Minyak Masak 1 paket (1kg) = RM 2.50
- Telur (12 biji) = RM 5.00
- Beras Cap Rambutan(5kg) = RM 13.00
- Serbuk Kunyit Baba’s(125g) = RM 2.50
- Kicap Mudim (415g) = RM 2.30
Jumlah = RM 49.35
Dah ada bahan, apa pula masakan yang boleh kita masak? Ada macam-macam resepi korang boleh cuba dan ini antara cadangan-cadangannya. Korang boleh selang seli hari ni masak macam ni esok masak lain sikit barulah tak bosan dan tekak boleh telan kan.
Resepi Pertama
Makan Tengah Hari:
- Masak satu cawan nasi
- Gaul dua atau tiga ketul ayam dengan garam dan serbuk kunyit kemudian goreng
- Letak kicap atas nasi putih yang panas dan nikmati bersama ayam goreng kunyit tadi.
Makan Malam:
- Goreng kilas sebiji telur bersama sayur kobis untuk lauk tambahan
- Nikmati bersama baki nasi putih dan atam goreng kunyit yang dimasak tengah hari tadi
Resepi Kedua
Makan Tengah Hari:
- Masak satu cawan nasi
- Goreng nasi yang dah dimasak bersama sebiji telur dan perasakan dengan garam
- Nikmati hidangan nasi goreng telur untuk sarapan
Makan Malam:
- Potong ayam menjadi potongan lebih kecil, kemudian goreng kilas sekali bersama sayur kobis, perasakan dengan garam
- Hidangkan bersama nasi goreng telur yang dimasak untuk tengah hari tadi
- Nikmati hidangan nasi goreng telur bersama sayur kobis dengan ayam yang digoreng kilas.
Kuncinya untuk survive 10 hari dengan RM 50 ialah kita kena bijak berbelanja, merancang perbelanjaan atau bayar kos lainnya dengan tenaga kita sendiri, contohnya dalam hal ini, memasak. Di sini juga mungkin korang boleh lihat yang sebenarnya cukup memperuntukkan sekadar RM 200-300 sebulan untuk makan sebenarnya jika kita amal tips ini. Kalau orang bujang pun sebenarnya boleh jimat lagi banyak tau boleh baca lanjut di SINI.