Gaji Sikit Pun Masih Mampu Bagi Duit Dekat Mak Ayah, Ini Caranya Tips Jimat Duit Orang Bujang
Tips Jimat Duit Bagi Orang Bujang
Tips Jimat Duit Orang Bujang. Gaji Sikit Pun Masih Cukup Bagi Mak Ayah.
Dulu masa kecil tak sabar nak jadi orang besar ada kerja dan gaji sendiri. Tapi bila dah besar ni pening kepala pula nak kena bayar itu ini. Korang yang bujang tu mesti pernah rasa stres sebab gaji tak cukup nak sara hidup sendiri lepastu duit pun nak kena hantar balik kampung dekat mak ayah kan? Mana nak simpan untuk buat majlis kahwin lagi. Apa yang korang boleh buat untuk pastikan duit sentiasa cukup? Ni dia antara langkah-langkah yang boleh dilakukan.
Makan Sedap Boleh Tapi Hadkan Dua Kali Sebulan Je
Tak salah pun sebenarnya nak makan besar macam KFC atau siakap tiga rasa dekat kedai tom yam. Tapi cuba hadkan untuk dua kali sebulan je supaya korang tak terlebih belanja. Ni kalau setiap hari makan mahal je memang tengah bulan dah habis lah duit gaji korang jawabnya.
Bukan tak boleh makan sedap, tapi makanlah makanan yang bukan sedap dekat mulut je tapi di dompet juga. Hari-hari biasa, korang boleh makan nasi campur je. Kalau nak lagi jimat, order je nasi bujang. Sedap pun sedap. Kalau tak, korang boleh masak sendiri dekat rumah supaya tak banyak keluar duit.
Pakai Bil Atau Top Up Yang Paling Murah Sebab Wifi Percuma Kan Ada!
Ni ramai yang selalu buat. Ambil pakej telco paling mahal padahal tak habis pun data sampai hujung bulan. Tambah lagi dengan pakej telefon pintar sekali paling-paling dah RM100 sebulan.
Kita tak boleh ikut kehendak je. Cuba tengok apa yang kita lebih perlukan. Jadi, tak perlu ambil internet banyak data pun sebenarnya, sebab dekat tempat kerja atau kedai mamak pun ada wifi percuma kan?
Ni contoh pelan data termurah yang korang boleh cuba bagi tips jimat duit orang bujang:
Sumber Gambar Umobile
Beli Barang Second Hand Pun Takpe, Barang Sama Tapi Harga Murah Lagi
Sekarang ni memanglah nak beli barang baru tu senang sebab boleh ansuran, tapi takkan lah semua benda nak berhutang kan? Contohnya sekarang ni telefon pintar, asal keluar yang baru je semua nak beli. Padahal, korang boleh berjimat-cermat dengan cara guna telefon biasa je. Tak perlu canggih mana pun. Cukuplah setakat boleh guna untuk WhatsApp dan sebagainya.
Kalau nak yang canggih jugak tapi murah, korang boleh tengok phone second hand atau yang telah dipakai dekat platform online macam Shopee, Lazada, Mudah, Carousell atau dekat kedai pun boleh. dan sebagainya. Tapi hati-hati jangan kena tipu ya! Kalau nak beli yang baru juga tapi murah, baca tips selanjutnya.
Beli Barang Bila Ada Diskaun Atau Promosi, Dapat Jimat Sehingga Separuh Harga!
Sumber Gambar duitkertas
Nak beli barang untuk diri sendiri tu tak salah pun sebenarnya. Bukannya selalu kan? Cuma korang kena buat pilihan bijak dan belilah pada waktu barang tengah murah iaitu bila ada diskaun atau promosi. Contohnya kalau beli secara online akan ada diskaun seperti 9.9, 11.11, YES dan sebagainya.
Korang jugak boleh shopping dekat tempat yang ada sale seperti sudut atau rak promosi. Selain tu bila nak makan pun boleh pilih menu yang ada promosi seperti set kombo dimana makanan sekali dengan air dengan harga lagi murah. Daripada beli air asing dengan makanan, selalunya harga akan mahal sikit.
Simpan Dulu Baru Belanja, Baru Ada Duit Untuk Kecemasan, Tak Payah Hutang
Mungkin benda ni paling susah nak buat sebab korang kena disiplin atau biasakan diri. Kalau tak boleh mula banyak, cuba simpan sikit dulu RM50 sebulan. Dah biasa baru naikkan sikit demi sikit.
Percayalah kalau korang ada duit dalam dompet atau bank, mesti akan terpakai punya. Jadi asingkan siap-siap. Korang boleh letak dalam tabung atau bank yang takde kad ATM supaya duit tak boleh keluarkan. Duit simpanan ni penting bila ada kecemasan macam bila motor rosak ke dan macam-macam lagi. Sekurang-kurangnya kita tak perlu hutang sana sini bila berlaku perkara yang tak dijangka. Jadi ini amat penting dalam tips jimat duit orang bujang.
Bagi Duit Dekat Mak Ayah Walaupun Sikit, Gaji Berkat Baru Rasa Cukup
Bila dah buat semua tips kat atas tadi, percayalah pasti cukup punya duit nak bagi dekat orang tua kita. Seberapa banyak mana pun gaji korang, jangan lupa hulur sikit dekat mak ayah walaupun RM50 je. Sebabnya, yang kita nak kejar adalah keberkatan dalam mencari rezeki dan mengharapkan redha mak ayah kita. Memang diorang tak pernah minta tapi sebagai anak, tugas kita untuk bahagiakan kedua ibu bapa kan? Kalau tak bagi duit pun mungkin belanja mereka makan di luar pun dah cukup bahagiakan mereka.
Diharap agar tips-tips yang dikongsi dapat memberi manfaat kepada korang semua terutamanya golongan bujang. Lepas dah tahu tips jimat duit orang bujang ni bolehlah korang simpan duit untuk kahwin, beli motor ke, kereta ke atau mungkin beli rumah. Macam mana gaji sikit pun boleh buat pinjaman beli kereta? Baca sini. Dah tau dekat mana boleh jimat ni jangan lupa amalkan!