KewanganTips Jimat

Lakukan Ini Boleh Jimat Lebih RM5,000 Setahun! Tips Jimat Harian Wajib Cuba

75 Tips & Rahsia Untuk Bantu Korang Jimat Duit Setiap Hari

Di saat ekonomi mencabar selepas seluruh dunia dilanda wabak COVID19 ini pastinya ramai antara kita yang mengalami kesempitan duit atau masalah kewangan dan memerlukan tips jimat harian. Sudahlah kena cuti tanpa gaji sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ada pula yang dipotong gaji pula bila bekerja. Bantuan-bantuan kerajaan juga mungkin cukup-cukup makan sahaja untuk tampung sara keluarga dan kehidupan seharian.

Sebenarnya selain daripada bantuan yang diterima, kita juga boleh bantu diri kita sendiri juga dengan lakukakn beberapa perkara. Antaranya adalah kita boleh survive hidup pada saat genting ini dengan berjimat cermat dalam perbelanjaan harian. Nak tahu dekat mana yang kita boleh berjimat tu? Ikuti perkongsian lanjut di bawah mengenai 74 perkara yang boleh dibuat untuk jimat setiap hari.

Tips Jimat Harian Yang Boleh Diamalkan Secara Harian

Mungkin kita tak boleh buat semua, tapi apa salahnya ambil beberapa tips jimat harian ini yang boleh kita mula untuk cuba amalkan.

Bil Elektrik

1. Tutup dan cabut semua plug peralatan elektrik yang tidak digunakan seperti microwave, TV, modem internet, komputer dan sebagainya. Dikatakan ini lebih menjimatkan sehingga 10%

2. Tutup lampu atau kipas yang tidak digunakan lagi atau tidak diperlukan. Boleh jimat sehingga 2%! Ini yang ramai selalu lupa buat seperti lampu tandas ataupun kipas bilik tidur tu.

3. Bagi peralatan seperti komputer, atau TV, adalah digalakkan untuk gunakan extension jenis Surge Protector untuk selamatkan ia dari. Ianya penting untuk menjimatkan kita daripada kena beli peralatan baru. Tak salah belanja lebih sedikit untuk elak kena belanja lagi banyak nanti.

4. Beli peralatan elektrik elektrik yang jimat tenaga iaitu (5 star efficiency). Boleh jimat sehingga 10%

Baca juga: Kenapa Perlu Guna Perkakas Elektrik 5 Star

*Jumlah penjimatan bil elektrik = 22% Jimat

Pendingin Hawa (Air conditioner)

5. Beli dan gunakan pendingin hawa (Aircond) jenis inverter. Ianya akan jimat dalam 5%

6. Tetapkan suhu aircond kepada 24 darjah celcius. Boleh jimat 5%

7. Sebelum tidur, tetapkan timer mengikut kesesuaian masing-masing dan juga hidupkan kipas. Boleh jimat sehingga 10%

*Jumlah penjimatan bil elektrik = 22% Jimat

  • Total Penjimatan Bil Elektrik = 42% Jimat
  • Bil Sekarang = RM200
  • Bil Selepas Penjimatan = RM116

Bil Air

8. Tutup pancuran air atau shower sewaktu menyabun badan atau syampu rabut. Tutup juga paip air ketika gosok gigi. Jangan biarkan mengalir begitu sahaja. 5% Jimat.

9. Baiki paip atau tangki yang bocor segera. Ini kerana air bertitik-titik kalau dibiarkan boleh jadi bebaldi-baldi. 10% penjimatan boleh dapat.

10. Isi botol minuman 1.5l dan letak dalam tangki flush jamban. Korang tak perlu pun guna satu tangki untuk flush sisa korang. Kalau ada yang pilihan flush penuh atau separuh tu boleh pilih yang separuh. Jimat 10%

  • Total Penjimatan Bil Elektrik = 25% Jimat.
  • Bil Sekarang = RM100
  • Bil Selepas Penjimatan = RM75

 

Telefon

11. Semak balik penggunaan korang setiap bulan. buat Buat kiraan mengikut kategori. Call, SMS, Data. Adakah korang membayar servis berlebihan yang sebenarnya tak diperlukan pun?

12. Guna prabayar atau pascabayar? Pilih mengikut penggunaan setiap bulan. Korang tak perlu pun bayar sesuatu yang sebenarnya korang tak perlukan.

13. Jimatkan penggunaan kredit / bil dengan menggunakan aplikasi percuma seperti Whatsapp. Cara nak jimat penggunaan data : pilih disable auto download pada Whatsapp.

14. Tak perlu beli handphone berjenama mahal pun. Guna je telefon yang harga tak berapa mahal tapi spefikasi bagus.

Baca juga: Telefon Pintar Spesifikasi Tinggi Harga Murah 

15. Guna data internet yang unlimited seperti UNIFI untuk tonton video dan sebagainya.

16. Gunakan casing telefon bimbit yang kukuh agar telefon tahan lama. Jadi boleh pakai handphone lama bertahun dan tak perlu tukar phone baru.

17. Elakkan call atau SMS kalau ianya dicaj. Sebaliknya gunakan aplikasi percuma seperti Whatsapp

 

Membeli-belah / Shopping

18. Rancang pembelian awal sehari sebelum pergi membeli-belah. Semak harga menggunakan aplikasi Smart Shopper dan lihat sama ada terdapat special offer atau tidak untuk barangan tertentu.

19.  Bila dah tahu apa yang nak dibeli, buatkan senarai barang atau shopping list dan pastikan ikut sepenuhnya senarai tersebut! Pedulikan sebarang promosi barang yang tidak berkaitan dan elakkan beli barang yang bukan dalam senarai tu.

20. Makan dulu sehingga kenyang sebelum pergi ke pasar raya. Ini kerana kita cenderung membeli lebih banyak kalau perut kita lapar.

21. Pastikan membeli belah dalam keadaan tenang dan bukan ketika perasaan negatif seperti sedang stres, marah atau sedih. Ini kerana apabila shopping dalam keadaan stres, marah atau sedih, kita cenderung membeli-belah dengan banyak dan mengikut nafsu untuk lepaskan emosi.

22. Jika shopping list tu pendek, ambil bakul sahaja berbanding troli untuk elakkan ambil barang yang banyak

23. Amalkan Teknik 30 hari bagi barangan yang mahal seperti TV, Handphone, Perabot, Laptop dan sebagainya. Teknik ini adalah dengan menahan diri dari membeli sesuatu item selama 30 hari. Jika tak sampai 30 hari korang dan lupa pasal barang yang nak beli tu, maksudnya korang tak perlukan barang tu pun. Teknik ini sangat bagus dan mampu menjimatkan banyak duit korang.

24. Amalkan Teknik 30 saat. Konsep yang sama seperti Teknik 30 hari, cuma teknik ini lebih sesuai apabila nampak sesuatu waktu membeli-belah di supermarket. Selepas 30 saat setelah korang pergi ke seksyen lain dalam supermarket, jika korang dah lupa maksudnya korang tak perlukan lagi barang berkenaan. Jimat RM10 x 52 minggu = RM520 setahun.

25. Sekali sekala, cuba survei baju atau kelengkapan di tempat yang murah, berpatutan tapi berkualiti tinggi. Ada beberapa tempat yang disyorkan, berkualiti tinggi tetapi murah dan berpatutan. Dapat jimat banyak membeli di tempat-tempat begini. Pakaian di kedai-kedai ini juga sama bagus kualitinya dengan jenama-jenama yang mahal.

  • Pakaian : Brands Outlet, Padini, FOS, Tesco, Aeon Big, Giant
  • Kasut & Selipar : Bata
  • Tudung & Pakaian Wanita : Masjid Jamek . PKNS Bangi, Pasar Pagi Ahad di Stadium Shah Alam

26. Suruh suami pergi beli barang dapur kerana selalunya orang lelaki ni jarang merayau. Mereka selalunya akan beli semua barang yang ada dalam list dan terus balik. Jimat RM5x52 minggu = RM260 setahun”

27. Tunggu hingga ada jualan murah bagi barangan yang agak mahal seperti TV, mesin basuh, dapur, atau pendingin hawa. Pernah beli Aircond 1HP Inverter 1200 sahaja termasuk pemasangan.. Harga pasaran sewaktu itu RM1600 termasuk pemasangan. Dah jimat RM400z!

Sebenarnya semua barang boleh tunggu sehingga jualan murah kerana produk-produk model lama akan dijual dengan harga lebih murah ataupun clearance sale. Cuma satu benda yang memang tidak boleh ditangguhkan iaitu pembelian rumah sebab rumah tidak akan pernah turun dan jarang sekali ada promosi untuk harga rumah.

28. Tak nak bayar 20 sen untuk beg plastik? Senang sahaja, letakkan beberapa beg dalam kereta. Tak perlu malu pun sebab dah ramai  yang bawa beg sendiri kalau nak shopping. Katakan nak ke supermarket 2 kali seminggu, korang dah habiskan 20 setahun. Jimat RM20 setahun.

29. Cuba tengok mudah.my kalau ada keperluan nak beli sesuatu. Kadangkala ada barang terpakai atau second hand yang masih lagi elok dan nak dijual dengan harga yang murah.

30. Daftar program loyalty seperti Bonuslink, Petronas Mesra, Tesco Clubcard, Watson, dan lain-lain. Pastikan korang daftar program-program yang korang rasa akan guna sahaja. Contohnya kalau pasar raya paling dekat ialah Tesco atau kini dikenali sebagai Lotus dan selalu shopping di situ. Tak perlu lah daftar kad Aeon pulak, daftar kad lotus sahaja.

Perlu diingatkan ada program loyalty yang percuma, ada yang berbayar sekali seumur hidup dan ada yang berbayar tahunan. Kalau korang memang selalu beli dekat situ, tak salah pun untuk bayar sedikit sebab setahun point yang terkumpul lebih banyak nilainya dari bayaran yang dikenakan (Kalau bagi program yang berbayar).

Baca Juga : Cara Bezakan Kehendak Dan Keperluan

 

Makan

31. Cuba untuk bawa bekal ke pejabat. Elakkan untuk makan di luar kerana kebanyakan masa kita adalah di pejabat, jadi dengan bawa bekalan dari rumah kita boleh jimat banyak juga.

32. Hadkan satu lauk sahaja bagi setiap hidangan. Contohnya adalah satu lauk ayam dan satu jenis sayur sahaja. Ataupun satu lauk ikan satu jenis sayur sahaja.

33. Hadkan untuk membeli fast food atau restoran mahal. Cuba sekali seminggu, seterusnya 2 kali seminggu. dan akhirnya sebulan sekali. Korang akan rasa nikmat makan di situ kalau jarang-jarang pergi (seperti mengidam lama)

34. Kalau makan di luar, elakkan daripada beli air manis atau berperisa. order air kosong sahaja. Teh O Ais berharga RM1. RM1 x 365 hari = RM365 Jimat!

35. Berhenti minum kopi jenama mahal (tak perlu beritahu), kerana tak perlu nampak bergaya atau menunjuk pada orang yang kita ni minum air kopi mahal, Satu kopi harga dah dekat RM20. RM20 x 10 hari x 12 bulan = RM2400

 

Hiburan & TV Riadah 

36. Adakah korang rasa perlu langgan rancangan TV berbayar seperti Astro atau Netflix?

Cuba kira berapa kali sahaja korang tengok rancangan TV?

  • Hari kerja – Selepas solat isyak. Pukul 8.30pm – 10pm. (1.5 jam sahaja)
  • Hari Sabtu – tolak solat, tolak makan, tolak riadah (9am – 1pm, 2pm – 5pm, 8pm – 1am) = 12 jam sahaja
  • Hari Ahad – Tolak solat, tolak makan, tolak riadah (9am – 1pm, 2pm – 5pm, 8pm – 10pm) = 9 jam sahaja
  • Seminggu anda cuma ada 22.5 jam sahaja untuk rancangan TV.
  • Sebulan anda cuma ada 90 jam sahaja untuk rancangan TV bersamaan dengan 3.75 hari sahaja.

Berdasarkan kiraan di atas, jom kita lihat berapa cas langganan sebulan dan nilai harian yang korang perlu bayar kalau ambil pakej servis hiburan ini.

  • Astro (Pek Melayu) – RM56.08 (RM14.90 sehari)
  • Astro (Superpek Sukan) – RM154.76 (RM41.30 sehari)
  • Netflix  – RM33 (RM8.80 sehari)
  • iFlix – RM10 (RM2.66 sehari)

Jadi korang rasa perlu ke? Atau boleh jimat lagi? Nak yang free je? Baca lanjut di bawah

37. Gunakan TV siaran percuma sahaja seperti TV1, TV2, TV3, TV9, 8TV, ALHIJRAH

  • Sekarang ni boleh dapat siaran kualiti HD lagi menerusi MyTV. Rujuk panduan di SINI

38. Gunakan khidmat striming percuma seperti Tonton.com.my

39. Astro On The Go – Boleh cuba tanya kawan-kawan atau saudara mara yang ada astro, dan pinjam atau sewa murah-murah untuk guna akaun mereka. Astro on the go ni satu akaun boleh digunakan untuk maksimum beberapa peranti.

40. Android Box – Boleh cuba muat turun aplikasi yang boleh tengok rancangan TV tempatan dan juga antarabangsa. Antaranya boleh guna KODI atau cari yang lain boleh hujan. Yang penting perlu ada data internet tanpa had.

41. Last sekali korang korang je tengok banyak rancangan TV percuma yang ada dekat internet terus. Cuma perlu pandai cari website.

42. Persoalannya adakah korang rasa perlu bayar untuk tengok rancangan TV selama 3.75 hari sahaja dari 30 hari sebulan?

Berapa yang korang boleh jimat setahun kalau batalkan servis-servis ni? tengok ni:

  • Astro (Pek Melayu) – RM672.96 jimat!
  • Astro (Superpek Sukan) – Rm1857.12 jimat!
  • Netflix – RM396 jimat!
  • iFlix – RM120 jimat!

43. Seterusnya korang perlu ke keluar tonton wayang setiap minggu? Korang boleh cuba alternatif di atas. Tiket wayang – RM15. RM15 x 4 kali seminggu x 12 bulan = RM720 Jimat!

44. Elakkan pergi ke Gym yang caj keahlian bulanan kalau korang bukan pergi selalu dan hanya sekali dua sahaja seminggu. Pilih untuk ke gym yang caj sekali masuk.

45. Cuba elakkan diri daripada release stress di shopping mall atau tempat-tempat berpotensi habis duit seperti Uptown, Pasar Malam. Sebaliknya boleh pilih untuk ke Taman Rekreasi, perpustakaan, tasik mahupun pantai. Cuba pilih hobi atau tempat yang tidak perlukan kos yang tinggi atau tiada kos langsung!

46. Batalkan langganan atau jangan beli surat khabar mahupun majalah. Sebaliknya baca sahaja secara online. Ada pelbagai laman web atau aplikasi yang korang boleh gunakan dan boleh pilih berita atau artikel yang korang minat seperti:

  • Berita News : Bernama, Berita Harian, Astro Awani
  • Kewangan : The Edge, Compare Hero, iMoney, Ringgit Oh Ringgit, Ringgi Plus
  • Hartanah : Propertyguru News, Star Property, The Edgeproperty
  • Tarikh penting & pengumuman : Mysumber, Panduan Malaysia
  • Teknologi & Mobile : Soya Cincau, Amanz
  • Gosip & Trending Terkini : Kita perlu juga Jimat Masa, dab tidak perlu ambil tahu tentang gosip tetapi menambahkan ilmu kita dalam kewangan, isu semasa.

 

Bank & Pinjaman Serta Bil Lain

47. Bayar pinjaman atau kredit kad sebelum due date untuk elakkan interest. Ada 2 kesan membayar lambat atau skip bayaran:

  • Late Interest Change (Kebanyakan kes RM30 sekali lambat, ini average)
  • Interest boleh berubah sekiranya sering skip bayaran, kesannya tempoh pinjaman menjadi lebih lama dari sepatutnya (dari 3% naik 4% naik 5% dan seterusnya)

48. Elakkan daripada terlupa atau tak sempat nak bayar dengan menggunakan bayaran secara online. Korang boleh bayar pinjaman ke bank lain walaupun sistem online yang korang pakai bukan bank yang sama. Cuba tanya bank online korang caranya macam mana.

49. Tutup mana-mana bank akaun yang korang jarang pakai. Setiap bank selalunya akan caj tahunan RM12 untuk servis kad ATM.

50. Kalau korang memang dah tak nak pakai kredit kad dan apply pinjaman lain, korang boleh clearkan tunggakan kredit kad dan pinjaman dengan satukan kesemuanya dalam satu pinjaman. Boleh check bagaimana caranya di SINI

51. Semak bil-bil bulanan korang, kemungkinan ada caj-caj yang korang tidak sepatutnya bayar. Saya pernah dengar ada satu kes seorang pengguna telco dikenakan caj tambahan sehingga RM300 setiap bulan untuk servis yang dia tak guna pun!

52. Korang belum ada simpanan pendidikan untuk anak-anak bagi masuk ke Universiti atau Kolej? Jangan risau, mulakan awal, boleh daftar dengan SSPN-i boleh baca lanjut di SINI.

 

Merokok

53. Ini adalah kunci paling utama untuk jimatkan duit anda

  • Sekotak rokok – RM12 (tahan 2 hari sahaja)
  • Sebulan – RM180
  • Setahun – RM2160 Jimat!

 

Rumah

54. Korang duduk rumah sewa?

Ukur jarak dari tempat tinggal korang sekarang dengan tempat kerja? Jauh atau tidak? Berapa korang sewa sekarang? Adakah korang akan lebih jimat kalau beli rumah sendiri?

Contohnya, Apartment:

  • Kadar Sewa: RM800 sebulan
  • Harga Pasaran Apartment sekarang: RM150,000

Berapa installment kalau beli apartment tersebut?

Kiraan kasar: 100k = RM500 bulanan, 200k = RM1,000 bulanan, 300k=RM1500 bulanan

Jadi untuk apartment RM150k = RM750 sebulan

Korang dah dapat RM50 Jimat!

Mungkin korang rasa tak banyak RM50 sebulan tetapi korang perlu tahu kebanyakan tuan rumah lazimnya akan naikkan kadar sewa 2 tahun sekali atau kemungkinan menjual rumahnya kepada orang lain.

Korang mungkin tak akan dapat kadar sama kalau berpindah di unit yang baru kerana owner akan kenakan penyewa baru dengan kadar sewa semasa.

Tetapi soal membeli rumah bukan senang kerana korang perlu sediakan duit 10% untuk deposit, 3% untuk upah peguam dan duti stem, serta 2% hingga 3% untuk agreement bank dan insurans.

Dalam kes atas ni korang perlu sediakan dalam 16% iaitu = RM24k

Cara yang boleh dicadangkan adalah buat muka tebal, dan menumpang selama 2 tahun di rumah keluarga atau saudara mara berdekatan tempat kerja korang secara pecuma. Beritahu masalah korang dan sponsor sikit duit dapur atau bil elektrik atau air.
2 tahun sekejap sahaja, cuma perlu tahan dalam tempoh waktu itu sahaja.
Korang jimat RM200 sebulan = RM800 x 24 = RM19.2k
Jadi korang cuma kurang dalam 5k sahaja yang pastinya boleh dapat dengan jimat kategori lain nanti.

55. Korang duduk rumah sendiri? Terasa installment  rumah membebankan?

Contohnya RM800 sebulan, korang rasa terbeban nak bayar installement yang tinggi ni setiap bulan?

Sebenarnya korang tak perlu gunakan duit gaji korang pun untuk bayar ansuran bulanan rumah. Jika korang check duit KWSP akaun 2 masuk 300 sebulan, korang boleh gunakan duit yang masuk tersebut untuk membayar installment bulanan korang. Boleh check di SINI

Jadi korang cuma perlu guna duit RM500 sahaja sebulan berbanding RM800

56. Korang juga boleh sebenarnya guna duit KWSP untuk beli rumah, tanpa perlu menumpang rumah keluarga atau saudara mara.

Pastikan korang dah tahu berapa harga pasaran rumah yang ada rancang nak beli. Semak berapa duit dalam KWSP Akaun 2 korang ada. Kalau cukup 16% yang diperlukan untuk membeli rumah, cuba semak dengan ibu bapa atau keluarga yang ada sejumlah duit itu untuk pinjam sementara. Berikan penyata KWSP korang sebagai bukti mampu bayar balik duit mereka.

 

Kereta

57. Rancang perjalanan korang, elakkan memandu kereta dalam kesesakan jika tidak perlu

58. Sentiasa pastikan angin tayar optimum dan buat balancing serta allignment berjadual

59. Elakkan isi penuh untuk kurangkan beban kereta, dan kurangkan beban dalam kereta

60. Pandu dengan kelajuan rata (tidak pecut) untuk jimatkan minyak

61. Tutup enjin sekiranya berhenti lama dan tutup aircond sekiranya cuaca tidak panas

62. Sekiranya kereta korang dah berusia dan perlukan banyak penggantian alat ganti, dan selalu rosak atau breakdown, itu tandanya korang sudah perlu bertukar kepada kereta baru. Dapatkan nasihat kereta baru di SINI

 

Cukai

63. Korang jarang dapat balik semua duit yang kena tolak cukai setiap bulan? Kadang-kadang selepas tolak dengan KWSP dan Insurans, masih ada dalam 1k-2k yang korang tidak dapat claim balik.

Ya, korang memang tak boleh claim balik duit tu tapi korang boleh dahulukan duit korang dan bayar zakat pendapatan yang wajib atas setiap muslim. Kemudian boleh claim balik duit tersebut dari e-filling.

Sekurang-kurangnya duit lebihan tu tak perg kepada kerajaan semata-mata tetapi pergi kepada bayaran zakat kita. Jadi tiada lagi alasan untuk korang tidak menunaikan rukun Islam ke-4.

Mana korang pilih – Zakat (Rukun Islam) atau Kerajaan? Korang ada 2 pilihan sahaja.

 

Di Rumah

64. Jangan buang makanan lebihan, simpan dan panaskan balik, jimat untuk breakfast!

65. Cuba buat Deko DIY sendiri untuk jimatkan kos, Boleh rujuk di SINI

66. Jual semua item yang anda tak perlu di Mudah. Jangan buang sebab kadang kala ada item yang tidak disangka-sangka ada orang ingin beli.

67. Sewakan bilik guna kepada tetamu sekiranya ada bilik yang tidak digunakan di Airbnb dan Mudah.my

 

Simpanan

Buat tabung-tabung di bawah untuk simpanan

68. Tabung 1 – Simpan duit RM1 sehari bila balik kerja – RM365 setahun

69. Tabung 2 – Jangan guna duit RM5 dan balik kerja simpan dalam tabung / sampul

70. Tabung 3 – Simpan setiap minggu tambhan RM2 setiap minggu. Minggu 1 = RM2, Minggu 2 RM4, Minggu 3, RM6 dan seterusnya. RM2756 setahun

71. Tabung 4 – Simpan semua syiling dalam satu tabung

72. Tabung 5 – Duit OT, Duit Bonus

73. Pilih dan tandakan keempat-empat tabung itu – Kecemasan, Bercuti, Raya, Roadtax

74. Jadi korang tak perlu sakit kepada sekiranya perlu duit untuk kecemasan, bercuti, raya, atau renew roadtax. Senang dan tak sakit kepala bukan?

75. Kalau nak buat Roadtax Kereta secara online boleh. Rujuk di SINI

 

Mari Lihat Berapa Kita Boleh Jimat & Simpan Dalam Masa Setahun!

Berdasarkan kiraan di atas, berikut adalah hasilnya:

Penjimatan

  • Bil Elektrik : RM84 x 12 = RM1008
  • Bil Air : RM25 x 12 = RM300
  • Astro (pek melayu) = RM672.96
  • Rokok = RM2160
  • Tak order air manis ketika makan = RM365
  • Tiket Wayang = RM720
  • Guna Teknik 30 saat = RM520
  • Tidak guna beg plastik = RM30

Tabungan duit

  • Tabung duit RM1 = RM365
  • Tabung duit RM2 berganda = RM2756

Kita tak ambil kira duit overtime (OT), Bonus sebab tabung itu akan digunakan untuk membayar Roadtax, Raya, & Kecemasan

Jadi total penjimatan + Hasil tabungan :

RM8,896.00 Setahun !

Kalau korang berdisplin dan amalkan tips di atas, dalam masa 5 tahun, korang akan ada :

RM44,484 !

Simpanan korang dah banyak, nak buat apa?

1. Boleh pilih pelaburan selamat – ASB, Tabung Haji

2. Komoditi – Emas

3. Equity – Saham, Unit Trust

4. Hartanah

Lebih awal korang melabur, lebih cepat duit bekerja untuk korang, lebih cepat korang capai kebebasan kewangan.

Beli apa yang perlu, jual apa tidak perlu, tidak perlu menunjuk, Simpan & labur utuk masa depan, Cari income lebih/part time.

Sumber: tipsjimatcermat

 

Mungkin kita tak mampu nak buat semua tips ni dalam satu masa, tapi tak salah untuk kita mencuba dulu kan. Buat je satu atau dua tips yang korang rasa boleh buat dan tengok hasil dia nanti. Kalau dah berhasil, boleh lah buat tips yang seterusnya kan. Kalau korang nak tahu cara simpan duit atau menabung yang lain daripada lain boleh cuba ikut cara ni. Baca lanjut di SINI.

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button