MakananTips Jimat

Makan Kat Luar Boleh Jimat Ke? Ini Cara Dan Tempat Makan Luar Tapi Murah (Tips Jimat Makan Luar)

Tips Jimat Makan di Luar

Tips Jimat Makan Luar Jika Seorang, Bersama Kawan Atau Keluarga

Makan dekat restoran sebenarnya boleh jadi agak mahal. Lagi-lagi kalau kita sedang berjimat. Tapi ada juga yang tanya, kalau nak berjimat sangat makan je lah dekat rumah kan? Betul juga tapi bila datang mood malas nak masak dekat rumah tu, kita nak makan dekat luar kan? Takpun, kawan-kawan ajak makan dekat luar untuk saja-saja lepak ataupun tiba-tiba anak-anak teringin nak makan dekat luar. Masa ni lah kena tau cara-cara nak berjimat bila kena makan dekat luar ni. Macam mana caranya? Ini dia antara tips jimat makan luar

1. Cari tempat makan yang tak kenakan caj servis

Sumber Gambar Warung PORT

Banyak kita jumpa tempat makanan yang akan kenakan caj servis ataupun tax apabila anda hendak membayar. Selalunya kedai-kedai di dalam shoppingmall atau restoran terkemuka. Tapi kedai-kedai restoran atau warung tepi jalan langsung tidak kenakan caj lebihan malah harga makanan lebih murah dan berpatutan. Lagipun makanan di gerai-gerai kecil macam ni kadang lagi ternyata sedap daripada makanan yang ada di dalam restoran di shopping mall tu. Makan sedap, poket selamat, hati pun puas. 

2.Sentiasa ketahui jika ada diskaun mingguan ataupun bulanan

Kalau tetap mahu makan di restoran yang mengenakan servis caj, korang boleh tengok-tengok jika ada diskaun yang mereka tawarkan. Jangan malu bertanya pada pekerja di situ jika ada diskaun ataupun tidak. Seperti di Burger King, setiap bulan mereka akan berikan voucher bulanan contohnya korang boleh dapat empat biji burger bersama kentang cheese serendah RM 20 sahaja. Cara nak check kat mana boleh dapat voucher ni boleh sentiasa periksa di laman web mereka atau media sosial seperti Facebook dan sebagainya.

3. Kongsi makanan dengan rakan ataupun family

Order satu menu tetapi dalam portion yang besar. Contoh macam minta nasi lebih. Korang hanya perlu tambah beberapa ringgit sahaja untuk portion yang besar daripada korang order  menu yang lebih kurang sama tapi harganya dua kali ganda mahal. Kalau makan dengan anak kecil pun kadang tak perlu order seorang satu makanan sebab diorang selalu makan tak habis pun. Mungkin order satu nasi lepastu bahagi dua untuk anak. Minta pinggan kosong je, jangan risau yang ni tak kena caj punya!

4.Jangan malu order air kosong je!

Sumber Gambar Rojakdaily

Tak perlu minum air manis. Ini tak sikit-sikit nak boba lah, jus buah-buahan lah. Cukup air kosong atau ais kosong sahaja kerana air manis sahaja sudah berharga RM 2 hingga ke RM 6. Lagipun, korang boleh kurangkan pengambilan gula sekaligus! Dahlah sihat, jimat pulak tu. Kalau malu jugak order ‘sky juice‘ nama lain bagi ais kosong kat sesetengah tempat, tak ada lah segan sangat kan. Ini tips jimat makan luar paling berkesan setakat ni!

5. Makan di rumah

Eh? Tapi ni bukan pasal makan dekat luar ke? Ya, betul. Makan di rumah maksudnya korang beli di restoran dan kemudian bawa balik ke rumah. Servis caj dikenakan kalau korang dilayan sebagai pelanggan di restoran tersebut. Jika take-away korang hanya dikenakan tax sahaja dan disitu sudah kurang beberapa ringgit! 

Selain tu, korang boleh juga order secara online di platform seperti FoodPanda ataupun GrabFood yang selalu menawarkan voucher dengan potongan harga yang banyak. Contoh macam di FoodPanda, jika anda masukkan kod ‘kakionline’ anda akan dapatkan potongan harga sebanyak RM10 setiap pembelian! Kadang-kadang lepas diskaun tu memang boleh dapat harga lagi murah daripada harga sebenar di kedai. 

Sebenarnya memanglah memasak di rumah tu lebih jimat tapi mestilah ada waktu kita rasa macam nak makan di luar dengan pelbagai pilihan makanan yang sedap dan mudah, order je siap, tak perlu susah payah masak. Dah ada tips jimat makan luar ni bolehla ikut kan. Tapi kena beringat juga jangan makan di luar terlalu kerap. Takut duit kita banyak habis dekat situ. Kalau kaya takpe jugak, ni hujung bulan makan maggi je. Kena tahu bajet kita apabila makan diluar. Cukup dua ke tiga kali seminggu!

 

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button