KenderaanTips Jimat

Ramai Lagi Tak Tahu Sebenarnya Tips Jimat Minyak Kereta Ini!

Tips Jimat Minyak Kereta

Dengan keadaan ekonomi yang tak menentu sekarang, semua orang pun kalau boleh nak berjimat bila berbelanja termasuklah nak tahu tips jimat minyak kereta. Beli barang dapur nak berjimat, guna elektrik dan air pun kena berjimat, barulah nanti hidup tak rasa terbeban sangat bila nak kena keluar duit untuk berbelanja. Dan duit lebih yang ada pun boleh masuk dalam tabung simpanan untuk masa-masa kecemasan di masa akan datang.

Bagi yang memandu kereta, dah tentu-tentulah korang nak cari cara yang paling efektif untuk jimat minyak, kan? Mesti korang pernah dengar macam-macam mitos dan juga produk di pasaran untuk jimat minyak. Sebenarnya korang tak perlu belanja lebih pun untuk jimat minyak. Hanya perlu ikut tips ni, mesti penggunaan minyak kereta berjaya dijimatkan!

9 Tips Jimat Minyak Kereta Yang Ramai Lagi Tak Tahu 

Harga minyak petrol kadang-kadang tak menentu turun-naiknya. Kita mungkin tak boleh nak kawal harga minyak petrol, tapi kita boleh kawal cara penggunaan minyak petrol untuk mendapatkan penjimatan yang optimum! Selain tu beberapa tips jimat minyak yang korang boleh buat adalah: 

1. Buka Tingkap Ke Buka Aircond Lagi Bagus?

Sumber Gambar Semuanyajdt

Ada orang kata buka tingkap lagi bagus, tapi ada orang kata guna aircond lagi bagus. Yang mana satu yang betul? Sebenarnya kena tengok juga situasinya macam mana. Kalau buka aircond, kereta akan guna minyak. Tapi bila buka tingkap, rintangan akan tinggi dan akan guna minyak juga. Haa jadi nak buat macam mana ni yang betul?

Caranya macam ni, buka tingkap kalau bawa kereta perlahan macam jalan nak pergi kedai depan rumah ataupun taman permainan berhampiran.

Kalau dekat highway pula, lagi baik kalau korang buka aircond, sebab kalau memandu laju sambil buka tingkap, rintangan kereta akan meningkat dan guna banyak minyak.

Lagi satu, kalau masatu korang baru nak hidupkan kereta dan cuaca tengah panas terik, jangan pulak terus buka aircond sampai tahap maksimum. Ya, memang kereta akan cepat sejuk, tapi akan guna banyak minyaklah sebab enjin perlu kerja lebih kuat. Tapi apa korang boleh buat, jalan kan kereta dengan buka tingkap sedikit dulu untuk udara panas keluar, kemudian baru buka aircond

2. Kurangkan Berat Kereta! Kereta Bukan Stor

Salah satu cara paling mudah nak jimat minyak kereta adalah dengan kurangkan ‘berat’ kereta. Kereta korang bukan stor untuk simpan barang-barang macam fail-fail kerja atau buku-buku. Benda-benda yang macamni, bukan je menyemakkan kereta, tapi boleh memberatkan kereta korang juga. Makin berat kereta korang, makin banyak minyak yang kereta gunakan untuk gerakkannya. Jadi, kosongkan bonet dan simpan barang-barang tu dekat tempat yang sepatutnya.

Sumber Gambar Facebook

Kalau kereta jenis ada box dekat atas kereta pun, korang boleh cabut juga. Gunakan bila perlu je macam nak balik ke kampung ke atau pergi melancong. Kalau tak guna, cabut box tu daripada kereta sebab ia akan meningkatkan lagi rintangan kereta justeru boleh menyumbang kepada penggunaan minyak yang sedikit lebih berbanding biasa.

3. Tayar Kena Cukup Angin

Korang kena pastikan tayar kereta sentiasa terisi dengan angin yang cukup. Bila tayar kurang angin, kawasan permukaan tayar yang terkena jalan akan jadi makin besar. Bila kawasan permukaan makin besar, makin banyak rintangan yang kereta akan alami untuk bergerak, maksudnya kereta akan guna lagi banyak minyak untuk bergerak. Ada kajian menunjukkan, kalau tekanan tayar kereta kurang 10 PSI (70 kPa) daripada tahap yang diperlukan, penggunaan minyak akan naik sebanyak 2.5%! Banyak juga tu, jadi sentiasa periksa angin tayar, jangan dah meletup nanti baru sibuk nak pam. 

4. Tak Perlu Make Up Kereta Pun, Tambah Bebanan Je Nanti!

Selalu orang cakap diorang make up kereta sebab nak bagi kereta lagi lawa dan kereta lagi stabil. Penambahan spoiler dekat bonet memang boleh buat kereta lagi stabil sebab angin akan ‘memberatkan’ lagi bahagian belakang kereta. Barulah sedap nak pecut! Tapi sebenarnya bila korang tambah aksesori dekat kereta, ia akan lagi memberatkan dan tingkatkan rintangannya untuk bergerak, bermaksud makin banyaklah minyak yang kereta akan guna nanti. 

5. Berhentilah daripada Mencucuk Kereta Lain

Kalau yang jenis suka bawa kereta laju dan mencucuk kereta lain dekat highway, lebih baiklah kalau korang berhenti daripada buat benda tu lagi. Bukan setakat membahayakan nyawa, ia juga akan membuatkan korang asyik tekan brek, lalu akan meningkatkan penggunaan minyak kereta. Jadi tak payah nak jadi raja jalan. Jaga jarak dan bawa kenderaan dengan kelajuan di tahap yang selamat.

6. Lagi laju bawa kereta lagi banyak pakai minyak

Sumber Gambar BeritaHarian

Haa ni kalau korang bawa kereta dekat highway mesti perasan kan. Kalau pecut je memanjang minyak memang akan lebih cepat habis berbanding biasa. Jadi pandu lah dengan mengikut had kelajuan yang ditetapkan. Secara amnya, kelajuan sememangnya akan menyebabkan penggunaan minyak bertambah anggarannya seperti berikut:

100km/j: penggunaan minyak bertambah 10%
105km/j: penggunaan minyak bertambah 15%
110km/j: penggunaan minyak bertambah 25%

7. Ada Cara Betul Nak Isi Minyak

Masa nak isi minyak tu, pastikan cuaca tengah redup atau lagi baik kalau isi waktu malam. Kalau korang isi waktu panas terik, banyak minyak yang akan ‘hilang’ sebab ia meruap dalam persekitaran yang panas.

Selain tu, waktu nak isi minyak juga, korang boleh isi dengan perlahan-lahan. Jangan terus tarik picu tu sampai habis sebab minyak akan meruap jadi wap. Tarik picu tu separuh je dan kekalkan posisi tu sampailah tangki minyak kereta penuh.

8. Matikan Enjin Bila Tunggu Orang

Bila kena tunggu orang dalam kereta yang masih hidup dan korang pasang pula aircond, makin banyaklah kereta tu akan guna minyak. Kereta akan gunakan 2.6 liter minyak dalam setiap sejam ia tak digerakkan. Matikan enjin dan buka tingkap. Kalau takut panas, korang boleh sediakan kipas awal-awal dalam kereta. Bolehlah mengipas sambil menunggu atau nak duduk luar sementara menunggu pun okey jugak. Boleh dapat udara segar kan.

9. Jangan Ambil Remeh Pasal Servis

Pastikan korang servis kereta secara berkala. Jangan pula tunggu kereta rosak baru nak hantar ke bengkel. Penggunaan minyak boleh meningkat sehingga 50 peratus kalau korang lambat servis kereta. Rajinkan diri untuk check spark plug, minyak hitam, kipas aircond, dan air filter kereta. Kalau korang malas atau tak reti, buat je pemeriksaan kereta secara berkala seperti dua bulan sekali untuk mekanik periksa kereta tu.

Haa jadi dah tahu tips untuk jimat minyak kereta, jangan lupa amalkan. Kalau kereta korang kemik pula sebab terlanggar tiang sendiri atau pun tembok dekat rumah tu, jangan risau korang boleh baiki sendiri je. Tengok panduan ni.

 

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button