KewanganTips Jimat

Barang Keperluan Harian Mahal? Ketahui Tempat Untuk Beli Barang Murah Ini!

Tips Jimat Tempat Beli Barang Keperluan Harian Murah

Setiap bulan mesti kena kira-kira bagi perbelanjaan keperluan harian untuk di rumah dan fikir kat mana nak beli barang murah. Nak tak nak kena beli juga sebab keperluan kan, kalau tak ada susah nak teruskan hidup seharian. Masalahnya sekarang ni ramai orang main beli je tanpa merancang. Lagi parah tak tengok harga dan beli ikut nafsu. Akhirnya hujung bulan tak cukup duit. Selain tuliskan keperluan harian apa yang nak dibeli dan hanya beli barang yang dalam senarai tu je, mesti ada cara lagi kita boleh buat untuk tidak belanja lebih dan berjimat. Dapat jimat beberapa ringgit pun dah kira cukup bagus dah.

Cara dia adalah cari lubuk atau tempat beli barang murah. Ada beberapa tempat korang boleh pergi untuk dapatkan penjimatan yang banyak dalam perbelanjaan bulanan korang! Antaranya adalah seperti dikongsikan di bawah

Tips Jimat Tempat Beli Barang Murah Untuk Keperluan Harian

Beli Online je! Jimat masa, tenaga dan duit sekali!

Korang tahu tak sekarang banyak pasar raya seperti Tesco salah satunya sedang menggalakkan pembeli untuk membeli di atas talian atau online sahaja? Korang tak payah pening kepala nak kena hadap jammed, bayar minyak dan sebenarnya lagi menjimatkan tenaga sendiri sebab diorang akan terus hantar sampai ke depan pintu rumah. 

Lazada dan Shopee juga ada buat jualan barang keperluan harian macam pampers pakai buang, susu dan banyak lagi. Selalunya harga di online shopping lebih murah berbanding di kedai, tambah lagi kalau korang gunakan kupon yang mereka sediakan. Di sini sudah berjimat banyak. Cuma bila korang beli barang di Lazada ataupun Shopee, korang tidak boleh dapatkan barang itu dengan segera lah. So kalau terdesak nak guna barang tu cepat, boleh ikut langkah berikut ni. 

Lubuk atau Kedai Barangan Harian Murah!

Dekat mana tempat yang murah nak beli barang rumah ni? Sebenarnya banyak ya kedai yang menawarkan harga yang murah untuk barang keperluan harian korang. Antaranya macam ni:

1. Kedai setiap barang bermula RM2 je!

Sumber GambarOhbulan

Banyak barang keperluan harian yang korang boleh dapatkan di kedai-kedai dengan harga bermula RM2 sahaja seperti Ninso, Eco-shop, Kedai RM2, Mr. Save dan banyak lagi. Korang boleh dapatkan set peralatan memasak dan pinggan mangkuk dengan harga yang sangat berbaloi. Selain itu, barangan seperti jajan dan sayur segar turut boleh dibeli di kedai-kedai ini. Memang tak sah lah kalau keluar kedai ni tak beli apa-apa. Tapi awas, beli hanya yang perlu je! Jangan main ambil je sebab murah last-last nak bayar beratus juga bil nya. 

Sumber Gambareztakaful

2. Kedai-kedai I-KeeP, harga barang 20% lebih murah daripada kedai lain!

Sumber Gambarklfoodie

Pihak Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) ada melancarkan sebuah program yang mana mereka memilih beberapa kedai dan dijadikan sebagai Kedai Ekonomi Pengguna (I-KeeP) di seluruh negara. Ia membantu pengguna untuk dapatkan barang keperluan harian dan juga barang rumah dengan harga yang lebih rendah sebanyak 3% sehingga 20% berbanding harga di pasaran.

Dan yang istimewa nya kedai-kedai begini adalah ianya beroperasi 24jam! Katakan korang terasa nak makan di tengah waktu malam, dan gula sudah habis, boleh je pergi ke kedai-kedai ini! 

Senarai Lokasi I-KeeP:https://www.kpdnhep.gov.my/ms/senarai-lokasi-i-keep

3. Pasar Tani – Barang Basah /Barang Dapur yang segar dan harga boleh tawar menawar!

Sumber Gambartimeout

Korang juga boleh dapatkan bahan masakan di pasar-pasar pagi dan pasar tani di kawasan berdekatan. Bukan sahaja murah, malah kesemua bahan di situ kebanyakan segar dan berkualiti. Yang bestnya boleh minta tawar menawar atau kurangkan harga sikit kalau beli dekat sini. Tak macam harga di pasar raya yang memang dah tetap. 

4. Kedai Bundle – Pakaian Berjenama Tapi Harga Jauh Lebih Murah!

Sumber GambarJuice

Untuk pakaian pula, korang boleh sahaja ‘menyelam’ ke dalam bundle. Banyak je baju di bundle ni kualiti dia elok dan boleh dipakai. Kalau bernasib baik, boleh dapat baju yang ada jenama terkemuka. Ada juga bundle-bundle yang menawarkan promosi seperti 1 beg hanya RM5 sahaja. Sedikit tips buat korang, selepas membeli baju di bundle, terus basuh baju bundle itu dengan air panas dan sabun untuk lebih yakin yang ianya bersih dan selamat dipakai.  

Kesimpulannya, untuk berjimat cermat ni, korang perlu bijak dalam memilih pasar raya ataupun kedai. Perlu sentiasa bandingkan harga di kedai itu dengan kedai yang ini. Lagi-lagi di dalam ekonomi begini, banyak harga barang sudah naik secara mendadak. Tetapi ada juga pasar raya yang sering tawarkan promosi yang sangat banyak. Jadilah pengguna yang bijak dalam berbelanja! Selain cari tempat beli barang murah, boleh juga ikuti tips jimat beli barang ni.

 

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button