MakananCara Mudah

Sekarang Banyak Durian Lelong? Ini Tips Pilih Durian Elok Yang Ramai Tak Tahu

Cara Pilih Durian Agar Tak Dapat Durian Yang Kurang Elok

Fuh kalau cakap pasal durian, mesti kaki makan durian paling tak sabar nak makan kan tapi tahu ke tips pilih durian elok. Kalau tak hantu durian pun, orang Malaysia ni tak sah kalau tak rasa makan durian bila dah tiba musim nya. Ye lah durian ni buah bermusim jadi bila dah sampai masanya memang banyak betul buah nya.

Sekarang ni sampai dilelong kerana lambakan stok durian. Best nya bila lelong ni mestilah murah, tapi macam mana nak pilih yang elok? Nanti takut beli-beli sampai rumah je bukak dah busuk atau tak elok, membazir je kan. Selalunya yang lelong ni jenis yang selonggok RM30 atau satu plastik RM20 hingga RM50.

Tips Pilih Durian Elok Agar Dapat Durian Yang Segar Atau Isi Sedap Bila Beli

Ini adalah sedikit perkongsian mengenai cara untuk memilih buah durian agar mendapat isi yang elok dan sedap ataupun tak dapat yang lama mahupun busuk. Tips pilih durian elok ini adalah sekadar pengalaman yang dikongsikan orang dan tak semestinya 100% tepat. Jadi kita boleh cuba je buat antaranya:

Tangkai Buah

Ini tips pilih durian paling senang untuk kita tengok. Tangkai pendek dan juga tebal menunjukkan tnada durian tersebut mempunyai isi yang tebal dan banyak. Tangkai yang kering atau terpotong juga dilihat kurang sesuai, kalau tiada tangkai dikatakan tak payah beli. Boleh juga check tangkai lama atau baru dengan cara tekan dengan kuku tangkai tersebut.

Bentuk Buah

Menurut tips yang ramai kongsikan, durian yang berbentuk bulat mempunyai isi yang lebih banyak jika dibandingkan dengan durian yang berbentuk lonjong. Mungkin susah nak jumpa yang betul-betul bulat kan, tapi korang boleh lah pilih yang lebih berbentuk bulat daripada lonjong

Berat Buah

Tips ni mungkin agak pelik bila korang tahu tapi itu lah kenyataanya. Semakin ringan buah durian itu, semakin banyak isi duriannya. Maka kalau ada dua buah durian yang sama saiz, ambil lah yang paling ringan. Mungkin yang berat dia tu kulitnya kan.

Duri

Beberapa orang mencadangkan untuk memilih durian yang berduri jarang dan pendek berbanding yang berduri rapat dan panjang. Ini kerana durian sebegitu mempunyai isi yang lebih padat.

Kulit

Ini mungkin tips yang paling senang untuk dilihat. Pilih durian yang tidak merekah kulitnya ataupun yang belum terkopek. lihat juga seluruh bahagian kulit, jika ada tompoh hitam, kemungkinan besar penanda isi dalamnya buruk.

Bunyi dan Bau

Ini mungkin tips yang agak sukar nak buat sebab tak semua orang pandai. Pertama sekali bunyi buah durian tersebut. Cara dia adalah ketuk dan pilih yang berbunyi padat semasa diketuk. Untuk bau pula korang boleh ambil buah durian dah hidu yang berbau manis. Mungkin agak sukar nak buat kan kalau tak pandai. Jadi guna tips lain yang dikongsikan tadi

Sumber Gambar Rumahtanaman

Warna

Haa bila dah tengok semua tips tadi, tips terakhir ni paling senang nak buat. Bila dah pilih buah tu mestilah korang suruh penjual kopek kan sedikit untuk tengok isi dalam okay ke tak kan. Kalau tak cantik isinya boleh tukar. Selalunya memang kulit berwarna kuning yang sedap kan, tapi ada juga yang minat durian kampung warna putih putih sikit sebab lebih pahit kan. Kulit durian yang berwarna kuning juga tak semestinya isi berwarna kuning ya.

Jadi dah tahu tips pilih durian elok ni bolehlah cuba bila nak beli nanti ya. Nanti tak ada lah beli banyak-banyak tapi yang elok dan sedapnya sikit je dapat. Durian yang harga mahal juga boleh cuba tips ni. Tapi tak salah korang tanya je penjual tu mana yang elok. Tapi perlu berhati-hati juga tak semua peniaga yang jujur, jadi boleh ikut tips yang diberikan tadi. Lagi-lagi kalau beli durian lelong yang dalam bakul atau selonggok tu kan, memang kena pilih betul-betul dulu baru lah tak kena tipu. Nak tahu cara hilangkan bau durian dari peti sejuk boleh baca di SINI.

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button