Rumah Kena Pecah Masuk Apa Perlu Buat? Ini 7 Perkara Perlu Buat Dulu Agar Selamat
Tips Apabila Rumah Dimasuki Pencuri
Antara benda pertama yang diperhatikan semasa nak beli atau sewa rumah, adalah keselamatan sebab takut rumah kena pecah masuk. Adakah rumah yang korang akan beli atau sewa tu selamat daripada dipecah masuk pencuri? Ada pengawal keselamatan tak yang jaga? Kawasan rumah korang tu terasing dari rumah orang lain ke? Dan banyak lagi persoalan yang perlu dijawab untuk memastikan rumah yang kita nak duduk dengan keluarga tu, betul-betul selamat.
Tapi, kalau dah nasib tak baik, kawasan perumahan yang perlu ada kad akses untuk masuk dan sekuriti yang jaga pun boleh jadi sasaran pencuri untuk pecah masuk juga. Memang rasanya kita akan tergamam dan terkaku kalau balik-balik je, rumah dah bersepah, tanda rumah kena pecah masuk dengan pencuri dah. Sebenarnya, korang perlu tahu apa yang perlu dilakukan sekiranya rumah dipecah masuk pencuri untuk memudahkan proses penangkapan pencuri dan proses claim dengan insurans (sekiranya ada).
Tips Apabila Rumah Kena Pecah Masuk, Apa Perlu Buat?
Hubungi Polis Secepat Mungkin
Sumber Gambar Iluminasi
Bila nampak je tanda-tanda rumah korang dipecah masuk seperti pintu yang terkopak dan terbuka, atau tingkap dipecahkan, cepat-cepat telefon polis. Jangan pula korang pandai-pandai nak masuk rumah sebab takut pencuri masih ada di dalam. Sebaiknya, tunggu polis sampai dulu, baru masuk ke dalam. Tu pun lepas dapat kebenaran polis.
Jangan Sentuh Apa-Apa
Bila dah selamat untuk masuk ke dalam rumah, jangan sentuh apa-apa barang. Ada kemungkinan korang akan merosakkan apa-apa bukti yang boleh dijadikan klu oleh pihak polis untuk menangkap pencuri tersebut. Jadi paling mudah dan selamat tak perlu sentuh apa-apa barang di rumah selagi polis belum berani kebenaran.
Ambil Gambar Sebagai Bukti Tambahan
Selain polis, korang juga perlu tangkap gambar sebagai bukti tambahan yang mungkin pihak polis terlepas. Korang juga boleh jadikan gambar yang diambil ni sebagai bukti tambahan kepada syarikat insurans masa nak claim insurans nanti (kalau ada).
Bagi yang mempunyai insurans, korang kena cepat-cepat hubungi ejen insurans supaya diorang boleh bantu untuk senaraikan barang-barang yang hilang dan percepatkan proses tuntutan.
Senaraikan Barang yang Hilang dan Cari Dokumen Bukti Pemilikan Harta
Sumber Gambar Oh Bulan
Pastikan korang cepat-cepat senaraikan barang-barang berharga yang hilang sekali dengan anggaran nilainya. Kalau boleh sekalikan dengan gambar, lebih baik. Buat dua salinan, satu untuk simpanan sendiri dan satu lagi untuk syarikat insurans. Dalam masa yang sama, korang juga kena cari dokumen bukti pemilikan harta seperti resit, geran kereta dan rumah supaya boleh dijadikan bukti yang kukuh masa tuntutan insurans nanti.
Hubungi Bank
Kalau antara benda yang dicuri tu adalah kad bank, korang kena cepat-cepat telefon bank supaya mematikan kad bank yang hilang tu. Tak adalah nanti pencuri tu boleh gunakan kad bank korang sesuka hati je. Selepas matikan kad tu check sama ada ada atau tidak transaksi terakhir yang mencurigakan dibuat menerusi kad tersebut, kalau ada mungkin di situlah lokasi pencuri tu berada. Tapi apa-apapun maklumkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
Minta Perkembangan Siasatan dengan Pihak Polis
Dari semasa ke semasa, hubungi inspektor yang ditugaskan untuk menyiasat kes pecah masuk rumah korang untuk dapatkan perkembangan siasatan semasa. Kes jenayah seperti pecah masuk ni susah untuk diselesaikan dalam satu hari je. Jadi harapnya korang bersabarlah dan jangan pula ganggu inspektor tu setiap hari.
Kukuhkan Keselamatan Rumah
Sumber Gambar Facebook
Bila rumah kena pecah masuk, itu tandanya korang kena tingkatkan lagi sistem keselamatan di rumah. Ada bermacam-macam teknologi boleh diguna pakai sekarang ni contohnya pasang alarm atau sistem penggera keselamatan mahupun CCTV. Tak semestinya perlu belanja banyak sampai perlu pasang kamera CCTV (walaupun rakaman CCTV boleh membantu siasatan). Malah bekas banduan sendiri mengatakan rumah yang ada CCTV memang akan jadi target sebab ia menandakan terdapat barang berharga dalam rumah tersebut. Kalau nak tahu tips-tips berkesan untuk elakkan pencuri masuk rumah kita, korang boleh baca di SINI.