Jangan Basuh Daging Selepas Beli! Ikuti 5 Tips Simpan Daging Tahan Lama Ini
Cara Mudah Simpan Daging Agar Tahan Lama Dan Tidak Busuk Atau ROsak
Selalunya, orang akan membeli daging lembu berkilo-kilo terus agar dapat dimasak beberapa hidangan tapi tak ramai tahu tips simpan daging tahan lama ni. Nanti tak perlulah asyik-asyik nak ke pasar saja untuk membeli daging baru sekiranya daging yang dibeli pada awalnya hanya dalam kuantiti yang sedikit. Lagi-lagi kalau nak raya memang akan beli daging awal sebab takut habis.
Sumber Gambar The Daily Meal
Nak simpan daging ni, kena ikuti cara yang betul. Kalau tak, daging yang dibeli tu akan cepat busuk. Dan kalau korang sekeluarga makan daging yang busuk, risiko untuk keracunan makanan tu akan menjadi lebih tinggi. Jadi kalau cara simpan daging tu dah salah, bukan saja akan merugikan duit, tapi ia juga akan membahayakan kesihatan korang sekeluarga.
Tips Simpan Daging Tahan Lama Yang Ramai Tak Tahu
Sebab tu lah, korang kena ikuti tips-tips ini agar daging yang dah disimpan lama di dalam peti sejuk, masih kelihatan dan rasa segar. Rasa macam baru beli daging tersebut semalam, padahal dah dekat dua minggu ia duduk di dalam peti sejuk!
Berikut adalah beberapa tips simpan daging tahan lama:
Jangan Basuh Daging Sebelum Simpan
Sumber Gambar Liputan 6
Benda ni adalah benda yang paling biasa orang buat. Perkara pertama yang seseorang tu nak lakukan apabila tiba di rumah dengan satu plastik daging adalah untuk membasuh kesemua daging tersebut sebelum menyimpannya. Mungkin korang fikir, ia adalah untuk membersihkan sisa-sisa darah dan air daging yang terdapat pada daging tersebut macam selalu buat kalau beli ayam kan.
Sebenarnya cara ni salah dan lebih membahayakan! Apabila mencuci daging tersebut dengan air paip, korang sebenarnya akan merangsang pembiakan bakteria pada permukaan daging tersebut. Kawasan yang lembap adalah kawasan yang paling bakteria suka. Sebaliknya, lapkan saja daging dengan tuala yang bersih sebelum menyimpannya.
Elakkan daripada Menyimpan Daging di dalam Plastik
Sumber Gambar Denai Hati
Ada orang yang jenis malas, dia akan simpan terus daging yang dibeli di bahagian freezer sekali dengan plastik sekali. Cara ni sebenarnya akan mempercepatkan lagi proses daging menjadi busuk. Ini kerana plastik akan menyebabkan daging berpeluh dan seterusnya akan merangsang pembiakan bakteria.
Selain tu, jika daging disimpan sekali dengan plastik, plastik tersebut akan melekat pada permukaan daging dan ini akan melecehkan proses defrost lalu melambatkan proses memasak korang. Sebaliknya, korang boleh simpan daging di dalam bekas kedap udara. Lebih baik kalau ia mempunyai penutup sekali.
Jangan Terus Masukkan Daging ke Bahagian Freezer
Memang selalunya orang akan masukkan daging ke dalam freezer terus untuk menyimpannya. Cuba ubah cara ni kepada menyimpan daging tersebut di bahagian peti sejuk bahagian bawah terlebih dahulu selama 4-5 jam untuk menyejukkannya secara perlahan-lahan, sebelum masukkan daging tersebut ke bahagian freezer. Ini adalah untuk mengelakkan perubahan suhu secara mendadak; daripada suhu bilik kepada suhu bawah 0°C.
Potong Mengikut Saiz Hidangan
Sumber Gambar Mingguan Wanita
Sebelum nak simpan daging di dalam freezer, korang bolehlah siap-siap bahagikan daging tersebut mengikut bahagian ikut saiz sekali masak. Contohnya, kalau beli daging 3 kilo, korang boleh asingkan dan potong siap-siap kepada 6 bahagian, satu bahagian untuk sekali masak. Dengan cara ni, korang dapat mengelakkan daripada daging dibawa keluar masuk peti sejuk sekiranya disimpan di dalam blok yang besar. Bakteria akan cepat membiak kalau daging tersebut mengalami proses pembekuan berulang.
Perapkan Terus Daging yang Mahu Disimpan
Sumber Gambar CD Kitchen
Antara cara untuk memperpanjangkan kualiti daging lembu yang dibeli adalah untuk perapkannya terus dengan bahan perapan sebelum disimpan di dalam peti sejuk. Kalau nak dibandingkan antara daging mentah dan daging yang diperap, daging yang diperap akan tahan lebih lama kerana bahan perapan boleh menjadi bahan pengawet. Lagipun, semakin lama daging tersebut diperap, rasanya akan menjadi lebih sedap!
Pembaziran takkan berlaku lagi selepas ni bila korang dah tahu tips simpan daging tahan lama. Daging yang dibeli takkan cepat busuk dan masih boleh dinikmati walaupun dah simpan lebih daripada dua minggu. Daging lembu, sekiranya tersalah beli, korang boleh dapat daging yang dah lama atau busuk. Nak tahu tips beli daging segar korang boleh bacanya di SINI!