MakananCara Mudah

Sayur Cepat Layu? Ini Tips Simpan Sayur Beku. Boleh Tahan 3 hingga 6 Bulan

Cara Simpan Sayur Sejuk Beku Untuk Tahan Lama

Sebenarnya ramai lagi tak tahu ada tips simpan sayur beku supaya tahan lama. Ya betul tu sayur pun kita boleh sejuk bekukan agar tahan lebih lama dan boleh digunakan sehingga 3 atau 6 bulan. Jadi tak perlulah risau kalau beli sayur dan kemudian cepat rosak pula dah membazir kan. Lagi pun sayur ni memang makanan yang cepat layu atau rosak kan kalau tak disimpan betul.

Kadang tu kalau dah simpan betul pun memang ada sayur yang tak tahan lama juga dan cepat rosak. Jadi macam mana kalau memang nak guna juga macam mana nak buat. Lagi-lagi bila musim perayaan yang selalu sayur atau daun kita nak beli tu cepat habis. Nak tak nak memang kena beli awal dulu kan barulah dapat stok. Jadi kalau dah beli awal tu kena lah tahu cara nak simpan dengan betul agar tahan lama.

Tips Simpan Sayur Beku Agar Tahan Lama

Jadi untuk sayur tahan lebih lama adalah dengan cara sejuk beku kan sayur tersebut. Perkongsian ini telah dibuat oleh saudari Hani Mynis di Facebook dengan cara berikut:

Jenis Sayur Boleh Sejuk Beku

Menurut beliau, antara jenis sayur yang boleh disejuk beku antaranya adalah:

  • Daun kunyit
  • Serai
  • Lengkuas
  • Halia
  • Kunyit Hidup
  • Bunga Kantan
  • Daun Pandan
  • Daun Kesum

Cara Simpan Sayur Sejuk Beku

Walau bagaimanapun, untuk menyimpan sayur-sayur tersebut hendaklah mengikut cara atau kaedah yang tertentu iaitu:

1. Sayur-sayur tersebut mestilah dibersihkan dan basuh sehingga bersih dahulu

2. Lihat kepada cara penggunaan sayur tersebut, jika ingin dipakai dengan potongan hiris, maka perlu dihiris siap-siap. Contohnya seperti daun kunyit yang dihiris nipis untuk masak rendang.

3. Sekiranya hendak dipakai, keluarkan sedikit dari bekas atau plastik tersebut. Yang selebihnya terus simpan dalam peti ais bahagian beku semula. Jangan dibiarkan lama-lama atau kemudian nanti takut terus terlupa habis lembik sayur.

4. Setelah itu, bila nak pakai nanti tidak perlu basuh lagi, terus masukkan sahaja ke dalam kuali atau periuk. Tidak perlu tunggu lagi untuk defrost dahulu. Terus masukkan sayur tersebut dalam keadaan beku ke dalam periuk / kuali.

5. Untuk daun sup pula, boleh dimasukkan ke dalam bekas-bekas kecil asing untuk sekali penggunaan. Caranya tambahkan sedikit air sehingga paras daun dan biarkan ia menjadi air batu daun sup.

6. Untuk daun ketumbar, beliau tidak suka untuk bekukan kerana hilang kerangupan daun tersebut. Daun ketumbar yang rangup lebih disukai.

7. Untuk ketahanan, selagi sayur tak habis, inshaAllah boleh dipakai 3 hingga 6 bulan.

 

Setiap kali nak raya mesti susah untuk cari bahan nak memasak. Selalu habis sahaja dekat kedai. Maka kita boleh cuba ikut tips ini. Sediakan siap-siap, nak masak nanti tinggal kerluarkan sahaja. Masuk terus dalam periuk / kuali. Untuk lebih mudah faham, boleh tengok gambar di bawah:

 

Tips Simpan Sayuran Lain

Untuk sayur sayuran lain pula ada juga berkongsi tips seperti Rozlyn Farah Diana seperti perkongsiannya di Facebook:

Letak Tisu Dalam Bekas 

Untuk menyimpan sayur agar tahan lama, lapikkan tisu di dalam bekas, letakkan sayur (tak perlu basuh), lapikkan tisu lagi sekali di bahagian atas sayur dan tutupkan bekas. Simpankan berkas di dalam peti ais. Dengan cara ini, sayur boleh tahan 2 sehingga 3 minggu dan masih dalam keadaan segar.

Antara sayur yang boleh disimpan dengan cara begini adalah:

  • Kubis Bunga
  • Brokoli
  • Sawi
  • Kubis
  • Salad

Rujuk gambar di bawah untuk lebih mudah faham:

 

Semoga perkongsian ini dapat memudahkan orang ramai untuk menyimpan sayur-sayur agar tahan lebih lama. Jadi tak perlulah kita membazir duit beli sayur lagi setiap kali beli layu. Tak perlu juga ulang alik ke kedai setiap hari untuk beli sayur yang segar. Lepasni nak masak semua bahan dah ada dalam peti sejuk tinggal keluarkan je dan pakai. Jimat pun jimat yang penting masih elok dipakai. Kalau nak tahu tips-tips simpan bahan dapur yang lain agar kekal segar dan tak cepat rosak boleh baca di SINI.

 

 

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button