TeknologiCara Mudah

Gambar Asyik Tak Cantik? Ini Tips Penting Tangkap Gambar Guna HP Dari Jurugambar Profesional!

Panduan Penting Tangkap Gambar Cantik Guna Telefon

telefon pintar

Sumber Gambar Hubspot

Kamera pada telefon pintar atau smartphone sekarang dah bertambah baik malah mempunyai pelbagai ciri menarik yang membuatkan proses tangkap gambar sangat mudah dan cantik. Syarikat yang menghasilkan telefon pintar menambah baik kamera pada telefon pintar yang mereka hasilkan termasuklah dari jumlah resolusi gambar, menambah lensa, dan integrasi untuk pilihan menyimpan gambar sama ada di dalam telefon atau di cloud storage.

Kalau kita tanya mereka yang mempunyai akaun sosial media seperti Instagram, pasti benda pertama yang mereka tengok dalam memilih telefon pintar ialah kamera. Kalau dalam tangan korang sekarang ada telefon pintar, terutamanya keluaran yang terbaru, rugi untuk tak belajar skil mengambil gambar menggunakan telefon pintar dengan baik. Ini 7 tips dari jurugambar profesional mengambil gambar dengan cantik menggunakan telrefon pintar untuk korang:

Tips Tangkap Gambar Cantik – Nasihat Jurukamera Profesional

#1 Lap Kamera Telefon Tu! Kalau Tak Penuh Cap Jari

“Gambar Cantik Bermula Dari Kebersihan – Tip Henry Oji”

Sumber Gambar MakeUseOf

Sebelum korang mula nak mengambil gambar menggunakan telefon pintar, pastikan telefon pintar korang terutamanya kebersihan lensa kamera pada telefon tersebut berada dalam keadaan terbaik. Tip ini dikongsikan oleh jurugambar profesional bernama Henry Oji. Beliau menyebut: “Sentiasa bersihkan lensa kamera telefon anda sebelum mengambil gambar, itu peraturan pertama bagi saya sendiri.”

Cara terbaik untuk bersihkan lensa kamera telefon pintar korang ialah dengan menggunakan kain mikrofiber yang lembab, dan lap pada lensa kamera tersebut dalam bentuk gerakan yang memutar. Elakkan dari menggunakan kain atau tekstil yang kasar kerana boleh menyebabkan kerosakan pada lensa tersebut dalam jangka masa yang lama.

 

#2 Ambil Gambar Tegak Jangan Senget!

Jaga Framing Dan Komposisi Guna Gridlines – Tip Henry Rodriguez

Sumber Gambar HiTravels

Seni framing dan komposisi ialah dua elemen yang wajib dipelajari bagi memastikan gambar yang diambil cantik walaupun dengan menggunakan kamera telefon pintar. Framing ialah presentasi visual elemen yang korang nak masukkan dalam gambar yang diambil dan komposisi pula ialah penyusunan elemn tersebut di dalam gambar.

Kita sangat beruntung kerana kebanyakan telefon pintar sudah mempunyai ciri gridlines bagi membantu untuk melakukan memastikan framing dan komposisi yang digunakan ialah betul. Kebiasannya ciri ini terdapat pada bahagian Setting untuk applikasi kamera pada setiap telefon pintar seperti di dalam gambar di atas.

Dengan menggunakan ciri gridlines, korang boleh melihat kestabilan komposisi gambar yang korang nak ambil berpandukan garis grid tersebut, dan memastikan objek atau elemen yang korang inginkan sahaja terdapat di dalam gambar. Bak kata jurugambar Kenny Rodriguez: “Komposisi, komposisi, komposisi! Saya nasihatkan pastikan semua objek yang anda inginkan ada di dalam framing gambar yang anda ingin ambil, hanya kerana anda inginkannya di sana”!

 

#3 Tak Payah Guna Flash Camera! Gambar Pun Boleh Cantik

Gunakan Pencahayaan Sedia Ada Sebaiknya – Tip John Loengard

Sumber Gambar TechRadar

 

Untuk menghasilkan gambar yang cantik menggunakan telefon pintar korang, benda pertama yang korang perlu elak ialah menggunakan ciri ‘flash‘ yang dihasilkan lampu LED pada telefon pintar tersebut. Flash ini kebiasannya menyebabkan gambar yang terhasil nampak kasar dan mempunyai warna yang tidak nampak semulajadi disebabkan silau dari cuma satu sumber cahaya.

Gunakan pencahayaan sedia ada sebaiknya seperti cahaya matahari, lampu bahagian dalaman bangunan atau cahaya lilin kalau korang nak lebih berseni dan kreatif dalam mengambil gambar. Pencahayaan sedia ada sentiasa lebih baik dari menggunakan ciri flash tersebut lebih-lebih lagi kamera pada telefon pintar kebiasannya tidaklah sebaik kamera DSLR dalam mengesan atau menata cahaya. Jurugambar John Loengard menyebut: “Jika anda ingin sesuatu kelihatan menarik, jangan menyalakan cahaya pada semuanya.”

 

#4 Gambar Asyik Bergegar Je? Gunakan Tripod!

Stabilkan Diri Ketika Mengambil Gambar – Atau Guna Tripod – Tip João Morgado

Sumber Gambar Cnet

Kalau gambar yang korang ambil kadang-kadang kabur terutamanya gambar pemandangan seperti latar langit bandar atau matahari disebabkan gegaran atau tangan yang tidak stabil, sudah tiba masanya untuk korang biasakan penggunaan alat fotografi yang paling berguna iaitu tripod. “Tripod yang bagus sangat penting tetapi jurugambar telefon pintar selalu terlepas pandang hal ini”- João Morgado.

Kata João Morgado lagi: “Tripod mampu memberikan anda berbagai jenis teknik baru fotografi untuk digunakan seperti long-exposures, time-lapse, low light photography, light painting dan pelbagai lagi!” Malah penggunaan tripod juga dapat membantu kita mengambil gambar dari sudut lain yang tidak dapat kita ambil dengan hanya menggunakan tangan.

Bagi jurugambar telefon pintar, tripod bersaiz poket sangat sesuai untuk korang kerana mudah dibawa dan sangat praktikal.

 

#5 Gunakan Cahaya Exposure Sebaiknya!

Bereksperimen Dengan Exposure (Pendedahan Cahaya) – Tip Henry Oji

Sumber Gambar PicTrix

Dalam fotografi, terdapat satu skil yang korang wajib ambil tahu iaitu skil dalam mengatur pendedahan cahaya atau exposure. Pendedahan cahaya pada gambar elemen utama dalam memastikan gambar korang menjadi elok atau teruk. Skil ini mampu mempamerkan kemegahan objek dalam gambar namun jika tidak betul pada cara akan menjadikannya nampak kelam.

Kalau korang ambil gambar guna telefon pintar, korang boleh melaraskan pendedahan cahaya ini cukup dengan satu sentuhan pada skrin telefon sebelum mengambil gambar. Henry Oji menasihatkan: “Sentiasa sentuh skrin telefon untuk melaraskan pendedahan cahaya melalui kunci fokus ketika mengambil gambar, ini sangat berguna terutamanya ketika mengambil gambar objek berlatarbelakangkan langit bagi mengelak dari mengambil gambar yang gelap”.

Seperti dalam gambar di atas, kotak kuning kecil itu ialah kunci fokus untuk pendedahan cahaya ketika mengambil gambar. Contohnya jika hendak mengambil gambar sesuatu objek berlatarbelakangkan langit, dan korang nak cahaya tertumpu pada objek tersebut, pada skrin telefon sentuh pada objek tersebut ketika mengambil dan pastikan dalam posisi kotak kuning kecil itu.

Namun jika korang mungkin nak jadi kreatif, inginkan penataan cahaya fokus pada langit dan objek tersebut nampak seperti bayangan, pada skrin telefon sentuh pada langit dan posisikan kotak kunig kecil itu pada latar langit.

 

Itu tadi 5 tips mengambil gambar menggunakan telefon pintar yang korang wajib gunakan sebaiknya. Jangan sia-siakan telefon kamera pintar korang yang canggih tu! Sebenarnya handphone kita ni boleh buat macam-macam perkara. Antaranya boleh ganti scanner untuk imbas dokumen. Nak tahu cara lanjut boleh baca di SINI

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button