KenderaanInformasi

5 Tips Wajib Tahu Ketika Mengisi Petrol Kenderaan. Nombor 2 Jarang Orang Tahu!

Cara Isi Minyak Kereta Dengan Betul Agar Tak Berbahaya Dan Tidak Berlaku Insiden

Tips mengisi petrol kenderaan sudah pasti korang banyak baca dan dengar terutamanya yang melibatkan aspek keselamatan. Walaupun berkali-kali peringatan sudah disebut malah diletakkan di papan tanda stesen petrol, namun masih ada yang sambil lewa dengan langkah keselamatan yang perlu mereka ambil ketika mengisi petrol.

Selain dari isu keselamatan, korang tahu tak kalau korang isi petrol kenderaan korang pada masa yang salah atau dalam keadaan yang salah, juga boleh menyebabkan kereta korang rosak. Bagi menjaga keselamatan korang dan kereta korang dari rosak, baca dan ikuti 5 tips mengisi petrol kenderaan ini:

1. Matikan Enjin Kenderaan Dengan Segera!

Sumber Gambar Car From Japan

Benda ini mungkin nampak remeh bagi korang tapi percayalah, sudah terlalu banyak kes kebakaran di stesen petrol terjadi akibat mengisi petrol ketika kenderaan masih hidup. Mungkin ada yang mengatakan kebakaran berpunca daripada enjin kereta yang hidup hanyalah sebuah mitos kerana masih ada yang melakukan perkara ini namun tiada apa-apa yang berlaku.

Tapi untuk pengetahuan korang, ketika kenderaan masih hidup, itu bermaksud proses ‘pembakaran’ petrol sedang berlaku dalam kereta korang. Wap bahan api yang terhasil dari proses tersebut, berpotensi untuk terlepas dan menghasilkan campuran bahan mudah terbakar ketika korang mengisi petrol ke dalam kenderaan, dan boleh meletuskan kebakaran terutamanya dari punca penyala bahan api seperti percikan daripada paip ekzos kenderaan tersebut. Jadi bila korang dah parkir kenderaan untuk mengisi petrol, matikan kenderaan dengan segera!

2. Jangan Tunggu Isi Minyak Bila Tangki Hampir Atau Sudah Kosong!

Sumber Gambar iStockPhoto

Rakyat Malaysia mempunyai tabiat suka mengisi minyak ketika tangki hampir atau sudah kosong. Bila mengisi petrol pula, ada yang isi tak melebihi setengah dari kapasiti tangki. Percaya atau tidak, Perbuatan ini boleh merosakkan kenderaan korang. Bagaimana?

Di dalam tangki bahan api biasanya terdapat kotoran pada bahagian paling bawah. Apabila korang isi minyak ketika tangki hampir atau sudah kosong, kotoran tersebut akan disedut sekali ke dalam boleh merosakkan pam minyak dan enjin kenderaan tersebut, terutamanya akibat risiko tersumbat kotoran itu.

Selain itu, pam minyak dan komponen kenderaan yang lain akan mengalami masalah kerana terdedah terlalu lama kepada angin apabila menyedut angin lebih dari minyak akibat tangki yang hampir kosong tadi. Jadi, kalau korang tak nak kereta korang rosak, pastikan minyak kereta korang lebih dari setengah tangki dan paling elok isi sehingga penuh tangki.

 

3. Nyahcaskan Elektrostatik Sebelum Mengisi Petrol

Sumber Gambar The Star

Badan kita secara semulajadi mempunyai caj elektrik, dan mampu menghasilkan cas elektrostatik lebih-lebih lagi setelah badan kita bergesel dengan kerusi kereta ketika memandu. Sebelum mengisi minyak kereta, sangat dinasihatkan untuk menyentuh logam pada kenderaan korang bagi menyahcaskan eletrostatik pada diri korang. Cas elektrostatik ini mampu menghasilkan percikan pada wap petrol ketika mengisi petrol dalam kenderaan dan menyebabkan kebakaran.

Korang juga seboleh-bolehnya elakkan dari masuk dan keluar kereta ketika petrol sedang diisi kerana pergeseran berlaku antara pakaian dan tempat duduk boleh menghasilkan cas elektrostatik. Masuk kenderaan cuma apabila korang sudah selesai mengisi petrol.

4. Jangan ‘Paksa’ Isi Petrol Terlalu Penuh

Sumber Gambar Must Share News

Korang pernah tengok situasi seperti dalam gambar di atas? Situasi korang boleh tengok selalu ketika kereta dari negara jiran mengisi petrol kenderaan mereka di Malaysia sebab nak penuhkan tangki minyak mereka sepenuh yang mungkin. Tadi kita dah tahu, tak digalakkan isi minyak tunggu tangki hampir kosong, tapi kalau korang isi minyak terlalu penuh, perkara ini juga boleh merosakkan kendeeraan korang. Kenapa?

Menurut Dr Ahmad Syahid A. Fawzal, pakar automotif, beliau memberitahu dengan mengisi petrol terlalu penuh ada kemungkinan petrol tadi akan melimpah keluar. Kalau kereta lama atau motorsikal berkapasiti rendah, limpahnya ke jalan raya. Tetapi untuk kenderaan moden, limpahan petrol akan mengisi vapour canister (charcoal canister). Dan ini akan menyebabkan komponen ini cepat rosak daripada yang dijangkakan.

Nak isi minyak sampai tangki kereta penuh itu tak salah, cukuplah sampai kepala pum (pump gun) tu tendang, sudah boleh berhenti mengisi.

5. Guna Otak, Jangan Merokok Ketika Mengisi Petrol!

Sumber Gambar Carlist.My

Walaupun sangat tidak masuk akal untuk seseorang merokok di stesen petrol ketika mengisi petrol dalam kenderaan, percayalah banyak punca kebakaran berlaku akibat perbuatan ini. Kalau caj elektrostatik cukup untuk mencetuskan kebakaran, apatah lagi nyalaan mancis atau puntung rokok yang menyala.

Hukuman denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun boleh dikenakan dekat korang kalau meorkok di stesen petrol sekiranya disabitkan kesalahan mengikut Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004. Fikirlah keselamatan diri dan orang lain.

Jadi, tips mengisi petrol kenderaan ini korang wajib tahu dan amalkan untuk keselamatan dan mengelakkan kenderaan korang dari cepat rosak. Jadilah seorang yang bertanggungjawab dalam menjaga keselamatan diri, orang yang tersayang dan juga kenderaan kita sendiri. Kalau nak tahu tips jimat minyak kenderaan pula boleh baca di SINI

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button