RumahKesihatan

Kenapa Mesti Tutup Mangkuk Tandas Dulu Sebelum ‘Flush’? Ini Kesan Buruknya Jika Tak Buat

Penjelasan Penting Untuk Tutup Mangkuk Tandas Sebelum Pam

Ramai masih tak anggap penting untuk tutup mangkuk tandas dulu sebelum ‘Flush’. Ini kerana kita tak tahu apa keburukan yang boleh didapati. Hampir setiap hari kita gunakan tandas atau jamban khususnya untuk buang air kecil mahupun air besar. Ianya merupakan satu keperluan atau benda wajib buat untuk semua orang setiap hari kan. Jadi adakah kita buat atau lakukan aktiviti ini dengan betul setiap hari?

Mungkin ada yang pandang remeh setakat jamban ni cuci je lah nanti seminggu sekali kan. Itu pun kalau kita cuci, kalau tak cuci sebulan sekali baru buat macam mana? Tak payah cakap kesihatan, kadang bau tu pun sendiri dah tak tahan kan. Apa lagi kebersihannya daripada bakteria dan kuman? Nanti dah jatuh sakit baru lah bising kenapa jadi macamtu, Sedangkan kita sendiri yang tak jaga kebersihan kan.

Kesan Buruk Tak Tutup Mangkuk Tandas Dulu Sebelum ‘Flush’

Terdapat banyak sebab kenapa mesti tutup dulu mangkuk tandas atau jamban sebelum flush. Antaranya adalah:

Sumber Gambar Independent

Kuman Boleh Merebak Ke Udara Kalau Tak Tutup

Ya betul! Kuman boleh merebak ke udara kalau tak tutup mangkuk tandas ni. Mungkin ada yang tahu atau tak perasan bila kita ‘flush’ akan ada udara atau tekanan apabila air dilepaskan ke dalam lubang jamban. Maka akan ada partikel kecil yang akan terbang ke udara sehingga sejauh 4 meter yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar kita.

Partikel tersebut mungkin terdiri daripada bakteria dan kuman hasil pembuangan sisa kita tadi. Ianya boleh mencemarkan barangan mandi yang lain di dalam tandas seperti berus gigi, tuala dan alatan mandian lain. Jadi lebih selamat untuk sentiasa tutup dahulu mangkuk tandas jamban yang kita guna tu kerana ianya boleh memerangkap atau mengelakkan kuman dan bakteria terbang bebas daripada jamban.

 

Boleh Elak Kanak-Kanak Atau Barang Jatuh

Selain itu, jamban juga merupakan satu tempat yang bahaya dari segi keselamatan. Contohnya ada banyak kes di mana kanak-kanak telah terjatuh ke dalam jamban, tersangkut kaki dan sebagainya. Untuk kanak-kanak kecil juga amatlah bahaya di mana mereka boleh terjatuh ke dalam lubang tandas dengan bahagian kepala di bawah dan menyebabkan kemungkinan untuk lemas.

Selain itu barang-barang kita juga berkemungkinan untuk jatuh ke dalam mangkuk tandas jika tidak ditutup. Ye lah contohnya berus gigi ataupun sabun buku tu. Kalau dah termasuk dalam tu mesti kadang tu rasa geli nak ambil semula kan sebab dah kotor. Ada yang bawa telefon dalam tandas tu kadang-kadang lepastu kalau jatuh dalam jamban takkan tak nak ambil balik semula kan? Jadi cara paling senang nak elak semua ni terjadi adalah tutup je mangkuk tandas tu.

 

Sumber Gambar Pawesomecats

Elak Haiwan Peliharaan Minum Air Kotor

Untuk yang membela binatang peliharaan dekat rumah tu, mesti korang pernah nampak situasi ni terjadi khususnya yang bela kucing atau anjing. Anjing atau kucing selalunya gemar untuk minum air dari jamban atau tandas ini. Kalau tak minum pun mereka akan bermain dengan air yang ada dalam lubang jamban tersebut. Pastinya korang tak nak biarkan mereka minum air yang ada kuman kan? Jadi paling mudah sekali tutuplah mangkuk tandas tu. Kalau terlupa tutup pintu tandas dah selamat.

 

Lepasni dah tahu kan kenapa tak boleh lupa untuk tutup mangkuk tandas sebelum flush maka bolehlah buat di rumah ya. Ingat mencegah adalah lebih baik daripada merawat. Jadi sebelum kita jatuh sakit lebih baik kita buat dulu perkara yang boleh elakkan kita daripada sakit. Kalau nak tahu tips mudah untuk cuci tandas boleh baca lanjut di SINI

 

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button