KesihatanInformasi

Doktor Kongsi Tak Boleh Beri Anak Kecil Ubat Batuk atau Selesema Kalau Sakit. Boleh Bawa Maut! Ini Petua Lain Boleh Buat

Petua Menghilangkan Batuk dan Selesema Bayi & Anak Kecil Bawah 2 Tahun

Apabila kita nampak anak batuk ataupun selesema, perkara pertama yang kita nak buat mestilah nak pastikan anak sihat. Ya lah, mana sanggup nak tengok permata hati jatuh sakit lama-lama kan? Jadi cara nak bagi anak sihat mestilah bagi ubat, kan? Nak bawa anak jumpa doktor di klinik swasta, kena bayar mahal. Kalau nak ke klinik kerajaan perlu tunggu lama pula. Jadi akhirnya korang pun ambil keputusan untuk beli ubat batuk dan selesema di farmasi saja untuk diberikan kepada anak.

Sumber Gambar Motherhood

Tahu tak sebenarnya, kalau korang beri anak bawah dua tahun minum ubat batuk dan ubat selesema secara serentak, ia boleh mengakibatkan maut? Ya, inilah apa yang dikongsikan oleh Dr. Samhan di dalam threadnya di Twitter tentang bahaya ubat batuk dan ubat selesema yang dibeli dari farmasi untuk diberikan kepada anak di bawah umur dua tahun.

Ubat Batuk dan Selesema yang Dibeli di Farmasi Bahaya untuk Anak Bawah 2 Tahun

Sumber Gambar Bum Bum Cak

Menurut Dr Samhan, dah terlalu banyak kes kanak-kanak yang berusia bawah 2 tahun, yang dikejarkan ke hospital akibat pemberian ubat batuk dan selesema, lagi-lagi jika diberi dos yang berlebihan dan terlalu kerap.

Malah, The US Food and Drug Administration (FDA) pun tak menggalakkan kanak-kanak yang berusia di bawah 2 tahun untuk mengambil ubat batuk dan selesema yang dibeli dari farmasi. Malangnya, memandangkan ubat-ubat ni senang didapati di farmasi dan ibu bapa pun ramai tak tahu tentang bahaya ubat ini kepada anak, menyebabkan ramai anak yang menjadi mangsa.

Antara jenis ubat batuk yang mudah didapati di farmasi adalah:

  • Cough expectorant (guafenesin)
  • Cough suppressant (dextromethorphan)
  • Decongestants (pseudoephedrine, phenylephrine)
  • Antihistamine (chlorpheniramine)

Bila ubat ni diberikan kepada anak, lagi-lagi kalau melebihi dos yang disyorkan, ia boleh mengakibatkan rasa mengantuk dan akan juga mengganggu pusat pernafasan anak di dalam otak lalu akan mengakibatkan anak berhenti bernafas.

Pemberian ubat batuk dan selesema yang dibeli sendiri di farmasi juga akan menyebabkan:

  • Sawan
  • Jantung berdegup kencang
  • Berhenti bernafas
  • Kematian

Petua Menghilangkan Batuk dan Selesema Anak

Sumber Gambar Sirap Limau

Jadi bila dah tahu betapa bahayanya memberikan anak ubat batuk dan selesema yang dibeli di kaunter farmasi, korang kenalah tahu apa pula cara lain untuk membantu anak hilangkan sakit tersebut. Petuanya mudah je dan korang boleh cuba di bawah ni:

Jus Bawang Merah

Kalau anak korang yang bawah dua tahun mengalami selesema, boleh cuba petua ni:

  • Kupas sebiji bawang merah besar. Hiris dan tumbuk sampai dapat jusnya.
  • Tuang jus bawang ke dalam piring dan letakkan piring tersebut berdekatan dengan anak semasa dia tidur. Ia akan bantu meredakan hidung tersumbat anak.

Minyak Bawang Putih

Minyak bawang putih memang dikenali sebagai ubat mujarab untuk melawan selesema anak. Mula-mula korang kena sediakan minyaknya dulu, iaitu dengan cara:

  • Bakar beberapa ulas bawang putih di atas kuali tanpa minyak sehingga melepuh.
  • Lenyekkan sedikit bawang putih tadi sebelum direndam di dalam minyak zaitun atau minyak kelapa dara.
  • Lumatkan bawang putih tadi dan gaul dengan minyak sehingga sebati.
  • Bila dah siap, minyak tadi bolehlah disapu pada tapak kaki, tapak tangan, belakang badan, dan batang hidung anak untuk melegakan selesema.

Madu

Kalau anak korang batuk pula, madu adalah bahan yang paling sesuai untuk melegakannya. Madu mempunyai ciri-ciri antibakteria yang boleh menyembuhkan keradangan tekak. Korang cuma perlu campurkan sesudu madu di dalam cawan yang berisi air suam, dan berikan anak minum. 

PERINGATAN: Madu TIDAK SESUAI diberikan kepada anak yang berumur setahun ke bawah sebab boleh mengundang risiko botulisme.

Banyakkan Minum Air

Benda yang paling asas tapi ramai mak ayah yang terlupa iaitu kena pastikan anak minum cukup air. Walaupun kedengaran biasa, tapi apabila badan seseorang menerima air yang cukup, dia memang susah untuk jatuh sakit.

Sekarang, korang dah tahu betapa bahayanya berikan ubat batuk dan selesema yang dibeli di farmasi kepada anak berumur bawah 2 tahun. Kalau anak korang sakit, boleh cuba petua yang kitorang berikan di atas. Tapi kalau dia masih belum sihat juga selepas sesuatu tempoh, lebih baik kalau buat temu janji dengan doktor sebab takut ada penyakit lain.

Selain daripada kesihatan, keselamatan anak juga kita kena jaga, lagi-lagi apabila melibatkan perkakas elektrik. Ada 3 tips untuk elakkan anak terkena renjatan elektrik, dan korang boleh bacanya di SINI.

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button