KesihatanInformasi

Cara Update MySejahtera Positif COVID-19 & Dapatkan Sijil Digital Kuarantin HSO

Cara Lapor Diri Atau Tanggungan Positif Di MySejahtera

Ramai tak tahu cara update mysejahtera positif Covid-19. Ada juga yang tanggungan dalam MySejahtera mereka positif dan tak tahu cara nak laporkan kes tersebut. Ini kerana mulai 10 Februari 2022, KKM telah mengumumkan bahawa tiada lagi gelang pink & Home Surveillance Order (HSO), surat kuarantin akan dijana melalui aplikasi MySejahtera. Ini bermaksud sekiranya seseorang positif covid19, tidak perlu lagi hadir ke pusat penilaian (CAC).

Kalau dulu nak buat ujian saringan Covid 19 perlu pergi ke klinik dan keputusan akan terus dikeluarkan di MySejahtera. Kini orang ramai boleh melakukan ujian saringan kendiri di rumah menggunakan ujian kendiri RTK saliva COVID-19. Jadi kalau keputusan menunjukkan positif apa sebenarnya yang perlu kita buat? Tambahan pula sekarang ni tak perlu ke pusat penilaian sekiranya tidak kritikal

Cara Lapor Diri Positif Di MySejahtera & Tanggungan

Untuk pengetahuan semua, berikut adalah prosedur terkini yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai tatacara yang perlu dibuat sekiranya positif COVID19.

Update MySejahtera Positif Covid 19 (Diri Sendiri)

Sekiranya Ujian Air Liur RTK Ag saliva yang dibuat positif, tindakan yang perlu diambil adalah:

1. Kenal pasti gejala yang dialami. Sekiranya hanya bergejala ringan Kategori 2A atau tiada gejala, berumur kurang 60 tahun, tidak mempunyai penyakit kronik seperti kencing manis (rujuk gambar Kategori 2A), anda TIDAK PERLU lagi hadir ke CAC. Anda hanya perlu asingkan diri di rumah.

2. Laporkan keputusan ujian anda di mySejahtera (rujuk langkah menerusi gambar yang dikongsikan di bawah).

3. Digital HSO (Surat Arahan Kuarantin) akan diberikan secara automatik. Patuhi dan kekal berada di rumah sepanjang tempoh pengasingan.

4. Laporkan status kesihatan anda secara harian di aplikasi mySejahtera (HAT) sehingga tempoh pengasingan anda tamat.

5. Anda hanya perlu ke CAC sekiranya gejala anda semakin teruk (rujuk gambar Kategori 2B).

6. Maklumkan pada kontak rapat anda untuk mengisytiharkan mereka telah menjadi kontak rapat menerusi aplikasi mySejahtera masing.

 

Update MySejahtera Positif Covid 19 (Tanggungan)

Untuk mengemaskini keputusan ujian kendiri bagi tanggungan, pastikan telah menambah tanggungan tersebut sebagai “Vaccine Dependent”. Ikuti langkah berikut:

1. Buka Aplikasi MySejahtera dan klik ikon Covid-19 Vaccination

2. Klik Add Vaccine Dependent

3. Tambah tanggungan anda sebagai Vaccine Dependent

4. Kembali ke laman utama MySejahtera dan Klik Covid-19 Self Report

5. Pilih Update COVID-19 Result

6. Klik nama tanggungan yang anda ingin kemas kini keputusan ujian

 

Cara Dapatkan Surat Kuarantin Kendiri Sijil Digital Kuarantin (HSO)

Untuk mereka yang telah melaporkan status positif atau kontak rapat dalam MySejahtera, anda akan menerima arahan Perintah Kuarantin (HSO) secara digital dan tidak akan lagi dipakaikan gelang. Jadi macam mana nak dapatkan surat pengesahan jika positif atau kontak rapat?  Cara untuk dapatkan surat kuarantin berkenaan adalah dengan cara berikut:

1. Buka halaman utama MySejahtera dan klik bahagian Profile

2. Paparan status Home Surveillance Order (HSO) akan dipaparkan

3. Sila tangkap layar atau screenshot laman tersebut untuk berikan kepada majikan

 

Berdasarkan arahan terkini Majlis Keselematan Negara, paparan arahan digital HSO boleh dicetak-skrin dan majikan perlu menerimapakai digital HSO sebagai pembuktian individu menjalani pengasingan atau kuarantin.

 

Tempoh Kuarantin Bagi Kes Positif COVID-19 Dan Kontak Rapat.

Berkuatkuasa 17 Februari 2022, tempoh isolasi (kuarantin) bagi individu yang disahkan positif COVID-19 adalah seperti berikut:

Kes Positif

  • 7 hari untuk individu yang telah menerima vaksinasi lengkap dan tidak bergejala
  • 10 hari untuk individu yang tidak lengkap vaksinasi atau tiada vaksinasi

Kes Kontak Rapat

Bagi kontak rapat, berkuatkuasa 1 Mac 2022, tempoh kuarantin adalah seperti berikut:

  • Telah Menerima dos penggalak & tidak bergejala : Tiada kuarantin
  • Telah Menerima dos penggalak & bergejala : 5 hari
  • Lengkap Vaksinasi & tidak bergejala / bergejala : 5 hari
  • Tidak lengkap / tiada vaksinasi : 7 hari

Mereka juga perlu melakukan ujian pengesanan mengikut hari seperti gambar berikut:

 

Jadi sekarang ni dah tahu kan apa perlu buat sekiranya positif mahupun menjadi kontak rapat . Tak perlulah risau lagi atau panik lepasni nak buat macam mana. Ikut sahaja arahan yang disarankan KKM sehingga selesai kuarantin. Tahu tak nak buat ujian kit kendiri tu pun ada masa yang sesuai, nak tahu lanjut sila baca di SINI

 

 

 

 

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button